perlukah jujur dalam semua perkara? emm.. saya rasa depends pada situation. kadang-kadang kita perlu untuk tidak berlaku jujur demi menyelamatkan sesebuah perhubungan, erkkk.. betul ke ni? tapi tak ke ini dikatakan menipu? oh..saya rasa ini tidak menipu sama sekali malah ia merupakan tindakan wajar untuk mengelakkan tercetusnya pergaduhan. bagi mereka yang cemburu buta, mungkin ini adalah jalan penyelesaiannya. namun, bagi pasangan yang mudah berdiplomasi ini bukan jalan yang terbaik. just tell the truth, and i'm sure he or she will understand. benarkah ada sesetengah manusia yang sukar untuk mempercayai kejujuran pasangannya? walhal sudah acap kali pihak tersebut menjelaskan keadaan yang sebenar-benarnya. mungkinkah akibat perasaan cemburu yang meluap-luap menyebabkan timbul masalah sebegini? buat apa berpasangan sekiranya tidak mempercayai antara satu sama lain? cemburu itu bagus! ye, memang bagus kerana membuktikan bahawa pasangan benar-benar mencintai pasangannya, tetapi apabila cemburu yang keterlaluan sudah tentu akan menjejaskan hubungan mereka. sudah pasti kemesraan yang terjalin akan pudar sedikit demi sedikit. bukankah ini tidak elok dalam perhubungan?
selagi bersama usah pertikaikan kejujuran pasangan anda. yakinlah bahawa dalam apa jua situasi yang dilakukan pasti beliau tidak akan meruntuhkan kepercayaan anda. yakinlah bahawa anda memang sentiasa di hatinya. sekiranya anda kerap kali meraguinya, maka jangan terkejut andai kata beliau angkat kaki dan meninggalkan diri anda. kikiki. sape tahan beb, kalau asyik kena tuduh yang bukan-bukan kan? tak salah kalau nak menunjukkan kasih sayang dengan ada sedikit perasaan jeles. tapi jangan sampai cemburu buta, cemburu tak tentu pasal. itu bahaya k. bagi saya, kalau nak bercinta perlulah saling mempercayai. no trust, no love. kalau nak bercinta biar kena pada tempatnya. jangn nak temper tak tentu pasal. communication is the best way to solve the problem. try it! pesanan khidmat masyarakat ini ditujukan khas untuk mereka yang sedang bercinta. saya hanya berkongsi pengalaman lalu :DD
1 comment:
saya setuju dengan pernyataan
"JUJUR PERLU BERTEMPAT"
kalau sesuatu prlu disembunyikan demi menjaga sesuatu hubungan !!
Post a Comment