Wednesday, July 14, 2010

Tamatlah sudah World Cup 2010

Habis dah world cup. Kejap je kan? Padahal masa countdown dulu memang rasa lama gila, la ni dh selesai dah. Pejam celik, pejam celik habis. Kalau dulu tertanya-tanya team mana yg akan mara ke final, team mana yg akan jd juara, sekarang ni sumenya mmg dh termaktub. Rasa tak best pulak bila world cup ni dh habis. Tak tau la nape. Padahal saya bukan la kaki bola mane pun. Tengok game pun jarang-jarang, nk bangun tengah pagi lagi la hampeh. Tapi saya tetap rasa sedih bila world cup dah habis. huhuhu. Sebab apa? Saya pun sendiri tak tau. Mungkin disebabkan bahang piala dunia ni kot menyebabkan satu dunia mengikuti benda yang sama, menonton siaran yang sama, bercerita benda yang sama, berkongsi minat yang sama. betul tak? Satu dunia tu..woooo

Macam-macam riak wajah yang kita boleh nampak sepanjang Kempen Piala Dunia ni. Muka gembira, muka sedih, muka kecewa, muka pasrah, muka teruja. Macam-macam la kan. hehehe. Tahun 2010, tuah milik Sepanyol, bermain secara 'fair-play' sudah tentu mendapat ganjarannya. Though, team Oranje saya kalah, tapi saya tetap berbangga anda semua telah ke final. German ko ade? xde kan? so, duduk diam-diam. Malaysia?? bila pulak??? huhu. Better concentrate dulu kat Sukan Asia dgn Sukan Sea, then baru leh cakap pasal World Cup. Papepun, Piala Dunia 2010 telah melabuhkan tirainya. Kempen kali ni telah diceriakan dengan adanya tiupan Vuvuzuela dan juga Paul Si Kurita. kikiki. Kita tunggu empat tahun lagi tuk World Cup 2014, di Brazil, agak-agaknya si Paul ni hidup lagi tak? heheheh. Tapi tuan dia dah tak bagi dah si Paul ni tilik-tilik lagi. Kikiki. Paul ko duduk diam-diam dalam aquarium je ye :DD jadi bahan pameran pelawat sudah. Tetiba, terngiang-ngiang pulak;

Tsamina mina eh eh
Waka Waka eh eh

Tsamina mina zangalewa

Anawa aa

Tsamina mina eh eh

Waka Waka eh eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa

Tahniah juga diucapkan pada Cikgu Sukhidin pengadil pertama Malaysia yang telah terpilih menjadi pengadil untuk world cup kali ni, even tak dpt jd pengadil utama pun, tp dah tersenarai pun dah cukup mantap. hope pasni FIFA pilih la ref yg betul2 hebat dan berkaliber dalam mengadili sesuatu perlawanan memandangkan final tempoh hari agak “keras” sket sepanjang Piala Dunia yang pernah diadakan.ok. tatata. jumpa lagi 4 tahun k. insyaallah kalau dikurniakan umur yg panjang..amin.

2 comments:

xazryx said...

hahah .paul skrg jd tatapan untuk budak2 blk .hehe .

fideila said...

xpena tgk world cup.baca kat paper jela..xsggup nk berjaga sampi pagi