Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, December 31, 2012

** my 2012 **

tahun yang mencatatkan entry paling kurang. heeee.. lets recap 2012

* JAN *
  • wedding alya awal 2012... my wish pada masa tu duk rapat2 dgn pengantin hope aura pengantin melekat kat saya..hahahhaa... (and....lucky me!!! it works!!)
  • dapat anak buah baru..muhammad muiz
  • end pensyarah sambilan at UKM for two semester

 * FEB *
  • jalan-jalan ke Langkawi dengan research group  
  • jalan-jalan ke Pekan Baru, Indonesia dengan rakan-rakan

 * MAC *
  • hp baru. heeee
  • I'm hired..yippie!!
  • kenduri aqiqah muiz and birthday celebration for muaz

 * APRIL *
  • kursus sangat banyak masa ni..exhausted

 * MEI *
  • posting at Melaka.. to be exact at Kolej Komuniti Jasin
  • my parents and sister pergi umrah
  • my majlis merisik comes to engagement day

 * JUN * 
  • jalan-jalan ke Terengganu sambil ke wedding kak nor
  • i love terengganu...yeah.. because of sutera batik, keropok lekor and the beach.. i guess

 * JULAI >>> OCT *
  • wedding preparation. sangat penat.. but now really missed that moment

 * NOV * 
  • I'm blissful married 10.11.12

 * DEC * 
  • mission 2012 rasanya accomplished!! thanks ALLAH

doaku agar 2013 dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia..and tanak jauh2 dengan suami..hopefully. and jadi isteri yg solehah, manja and tak garang2 lagi. hahahaha. oh my ;))





ok... welcome 2013



Monday, May 7, 2012

Tempat baru, Rumah Baru

sekarang dah bermastautin di negeri melaka negeri bersejarah. kena sesuaikan diri pulak dengan persekitaran baru. so far tempat kje, ok. staf sini semuanya ramah mesra. alhamdulillah. cuma biasala, timing belum dapat lagi sepenuhnya. awkard moment. xsuke la. hopefully pasni ok la kan. hari ni baru mula masuk bilik sendiri. seronok la gak. bilik besar (xdela besar mana pun, poyo je lebih) tp sebelah dgn big boss. tu yg gerun tu. fail meja belum dapat lagi, serah tugas pun belum dilakukan. skrg ni dlm tempoh suai kenal dgn institusi ni. td baru terima fax dr JPKK (Jawatankuasa Pengajian Kolej Komuniti) ada event yg akan berlangsung pd 9-10 Jun. baca fax tu, cam blur, apakah yg perlu dilakukan. xpe.. esok kita rujuk pd yg pakar.

pasal rumah baru lak...

murah sgt...mane nk dpt harga sewa mcm tu dengan sebiji rumah. tadi baru berkenalan dengan makcik-makcik akak-akak kejiranan. rupa-rupanya diorg perhatikan je aku dari jauh. kikiki. sib baek la ringan mulut nk menyembang dgn diorg. kenala buat-buat ramah mesra walau pun hakikatnya xdela mcm tu sgt. heeeee. kawasan ni insyaallah tgk rasa selamat la. jiran kiri kanan depan belakang ada, sunyi pun tak. kalau tgk cara diorg, mmg close each other. ok la tu. harap aku dpt sesuaikan diri dengan sebaik mungkin.

all the best ain, till then.. as-salam







Friday, March 16, 2012

Cerita itu ini

ehem... ehem.. uishh..

lamanya dh tinggalkan blog ni. hari ni biarlah aku update sket. ok. tp nk citer byk pun mcm xde idea gak. heee. sama je mcm tak update blog.

nk citer psl percutian ke indon pun, tak dan g. gamba2 sume xde lg. yela, dh kita menumpang kat camera org kan. haruslah bersabar sket. kuikuikui. nk harapkan hp canggih ku.. oppss.. i dh beli hp baru. meletopsss. bukan sesaje beli ok. ni gara2 screen hp lama betul2 rosak. maka terbelila hp baru. model lama je pun, tp tetap feeling curlass ok pasal touch screen. hahahaha. cian aku, sgt ketinggalan :))

upgrade hidup?? berpasangan? insyaallah la.. soon. sekiranya diberi petunjuk. maluu. pang!!! bagi pelempang sedas. haruslah mencari yang terbaikkan.

kerjaya.. insyaallah akan melapor diri end of this month. so far, 3c's dalam hidup alhamdulillah dah tercapai. tinggal satu je lagi. kena kerja keras sket. esok ada kenduri aqiqah untuk adik muiz. nk jemput kawan2 blogger pun, mcm la aku ni blogger famous amous. hahahaha. just a small feast for family and relatives.

ok la.. will update soon..till then.. bye. as-salam..

Monday, October 3, 2011

transformasi keKEMBANGan

oh no... badan aku memang cepat je kembang kalau tak jaga makan. bantai makan sedap-sedap dengan penuh minyak dan berlemak memang haru la jawabnya. hari tu duk beria-ia jaga makan masa bulan puasa, la ni pas raya dah kembali ke seperti sedia kala (sangat teruk ok). obvious gila bila tgk balik gamba konvo. tang pipi tu memang naik berkati-kati rasanya. nyampah betul. see..lagi kembang, lagi lebar pulak senyum.



yang bawah tu gambar masa 1 syawal, yang atas tu masa 26 syawal. tak sampai sebulan boleh makan, badan sudah mula kembang semangkuk. kalau 11 bulan nnt, dah tak tau la rupanya mcm mana nnt. lemak byk kumpul dekat pipi. xfaham aku. tudung tak mempengaruhi ok, sebab pakai tudung yg sama di kedua-dua kejadian. nampak sangat dah gem#k yg melampau. tak sanggup nk g timbang badan. tsk tsk tsk.

Friday, June 10, 2011

bosan..cliche...

boringkan dengan blog aku skrg ni? aku pun boring gak.. sebab nyampah sgt tgk blog still tak cantik lagi. jadinya mmg tak kuasa nak update. esok lusa sepupu kawin, so mmg takde masa nak cara kat blog la. tgk nx week pulak cane? heheehhe.


next week dah bukak sekolah, agak2 pagi2 jam tak. saya pemandu baru ok. tangan n kaki still lagi menggeletar sometimes. tipu la..xdela sampai mcm tu. over sangat okay. baru2 drive pun, tp dah lepas dah bawak kat bukit putuih pilah tu jang. hahahaha. nak tau kul bape pg2 saya kuar g office? hoho. kul 6.55 bertolak and kul 7.20 gtu dah tercongok kat bilik. kiki. tu pun kete dah banyak gak. tau je la jalan kajang silk banyak kete, pahtu masuk bandar baru bangi banyak lak traffic light. but alhamdulillah, dari hari ke hari semakin yakin dalam pemanduan :) pk satu je, kalau orang lain boleh, nape kita tak boleh kan.


buat korang2 semua yang memandu ke tempat kerja or nak ke mana-mana jua, jangan lupa baca doa menaiki kenderaan k. semoga selamat sampai ke destinasi serta perjalanan kita dilindungi oleh Allah. mana yang tak berapa nak tau doanya, jom kita tgk kat bawah ni.




Maksudnya: Maha suci Allah yang memudahkan perjalanan ini (perjalanan kenderaan) bagi kami. dan tiadalah kami berkuasa menggunakannya tanpa kurnia dariMu, sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami.


kita sama-sama amalkan ok!!

Sunday, May 22, 2011

Berbengkel kita

sekarang ni asyik ada worksyop je. awal bulan ke Klana, and now sedang berbengkel lagi di Residence (aiyooo..weekend lak tu). sangat padat for the whole month. lum lg dgn dateline paper yg nak kena submit. hoho. nx month ke langkawi (if selected). end june di Pullman pula. huhu. penat2. tp besst mkn byk. hoho. perut sudah manyak muncit. kepingin pb, tp lately ni terbaca pulak blog aidibleaks duk ckp byk psl hai-o scam org melayu. emm. entahla. no decision till now. oh pb~still dlm angan-angan lagi.

Tuesday, May 10, 2011

Saya Anak Bongsu

err...bukan bapak saya nama bongsu. kui3x. gni, tadi melawat blog Kak Jemah, pastu meleret2 ke adek beradek beliau, lalu singgahla ke sepet. terbacala satu entry si sepet ni --> Bongsu?????

terusla teruja..dah nama pun anak bongsu mestila excited lebih bila de benda2 yg berkaitan kan?? hehehe. ada org mengklarifikasikan anak bongsu seperti yang dinyatakan dalam ciri 1 - 10 tu. meh kita tgk tepat ke tak dgn ciri saya sebagai anak bongsu yang sebenar.


1.Paling Manja dengan ibunya!
tak sangat. rasa lagi manja ngan abah. sebab abah selalu panggil saya 'si bongsu'. teeeheee.

2. Paling pendiam dan suka memendam rasa kecuali pada ibunya.
pendiam tu tipula. sebab mulut saya rasanya senyap time tido je. hahaha. sometimes mmg selalu gak memendam rasa, tp sy pun jarang cerita2 kat mak. certain2 thing yes, but a few things lg selesa share dgn kawan-kawan. makan dalam wooo.

3. Penceria dalam adik beradik.
of coz..sampai ada yang nangis2 bila kena sakat. kikiki

4. Suka menurut perintah abang dan kakaknya.
takdela terima arahan sangat pun. sebab biasanya saya ni ringan tulang. omg

5. Bijak juga tetapi terkebelakang sedikit dari angahnya.Lebih suka be...rsuka ria. 
angah?? kalau ikut study sama je bijak, tp acu dh de master la. oppss.. tp kalau bab hidup mmg respect la kat angah. pengalaman dia tak ternilai. tp kalau ikut kaya, angah lagi kaya la. bersuka ria tu mmgla. kalau boleh 24/7 nak karok, nak tgk wayang, nak lepak, nak futsal, nak holiday.

6. Paling lama nak berpisah atau tidak sekatil dari ibunya.
Umur 10-12 tahun baru berpisah dari tempat tidur ibunya.Manja katakan.HeHeHe
tak igtla yg ni. tp rasanya umur 4thn lagi dh tido dengan adik beradik. see..i ni takdela manja mane pun.

7. Suka buat abang dan kakak mereka jeles dengan apa yang mereka miliki.
oh!! memang!!! yg ni mmg tepat sekali. contoh terbaik yg baru berlaku recently; i bought new scholl, then time beli tu angah cakap dia pun akan pastikan dia akan beli gak nnt, and yesterday kak long ckp, she's already got her new one. and i asked about the price, and she said "mane leh kalah dengan acu.." pffttt. oh my beloved two sis. hahaha.

8. Tetapi ramai yang tidak tahu,golongan bongsu sangat hidup berdikari walaupun mereka manja kepada ibu dan ayah mereka.Kalah abang dan kakak mereka.Yelah mahu menunjukkan bahawa diri mereka juga boleh berdikari seperti abang mereka.
yg ni mmg tepat sekali..act, selain nampak seorang yg manja tp sebenarnya saya sangat berdikari. oohh. anything semua nak buat sendiri, tanak nyusahkan mak bapak.

9. Tak semestinya abang/kakak mereka berjaya dalam hidup,mereka juga menuruti jejak langkah mereka.Dan tak juga abang/kakak tak berjaya dalam hidup,mereka juga tak berjaya seperti mereka.Tidak.

boleh disimpulkan my kakak2 semuanya berjaya. and honestly i envy with 'em.

10. Paling cepat menyusuaikan diri dengan keadaan hidup yang baru dan mencabar.Tapi anak bongsu paling cepat putus asa.Betulkah?
mmg takde masalah bila nak sesuaikan diri, mulut ringan and sentiasa nk bertegur sapa dgn org. but i hv to admit mmg adakalanya cepat give up, cepat fed up, cepat mengaku kalah. it sucks. luckily i have family which is always support me during 'that' time.

proud to be bongsuians..hahahaha. and muaz pun dah pandai sebut 'acu'. yeaa~ tak kesahla korang anak bongsu ke tak, yg penting masing-masing ada tanggunggjawab masing-masing kan?



hidup bongsu ever!

Sunday, April 10, 2011

dah beli baju raya?

hai korang!!!! assalamualaikum




lamanya kita tak bersua. heeeee. i kan baru balik dari bengkel last week. so, ni baru dapat bersenang-lenang siket. sket je pun, bukannya banyak. mana taknya, time weekend pun leh ade kje gak sket2. sebab now we all organizing one big conference kan, dats why la keje pun tak kira masa. yang penting kena siapkan gak. bersengkang mata woo nak siapkannya. 




berbalik pada tajuk post ni kan... jadi, u all dah beli baju raya ke? ke awal sangat soalan ni saya tanya?? tak kot. kita puasa bulan 7 kan, raya end august, so, dah tak lama lg dah tu. sekarang pun dh mid of April. kejap je tu. so dah beli belum??




tu la...alkisahnya gni. we all sefamily niatnya hari ni nak g Jakel/Alamoda searching for baju raya. tp memandangkan angah nak balik sekolah dia, so tak sempat la. jadinya kami menuju je trus ke Nilai 3 since tak jauh sgt dr rumah kan. tp tak banyakla pilihan kain yg cantik2. kain mmg banyak, tp mata tak rambang sangat nak memilih. hehehe. taste saya haruslah yang tampak exclusive. teeeheee. tp dah sampai sana kan, so beli jela selai dua cotton tuk pakai basahan g opis. jadila. dah round 5-6 kedai, style kain still sama. at the end takdela dapat baju raya. tsk tsk tsk.




conclusion, misi gagal hunting for baju hari raya. kikiki. next time la. kami sepeti biasa ada theme colour for 1st Syawal, so uols macamane?? dah de dah ke baju pilihan tuk hari raya? puasa dah habis ganti ke? oppsss...cer citer cer citer cer citer... :)

Tuesday, March 29, 2011

Solat, your life, your choice

assalamualaikum semua,



dah solat?? 


siapa saya nak tanya korang kan? tapi sebagai rakan and saudara seislam sepatutnya we should do this. Remind each other are they have done perform their solat. Bila kita cakap pasal solat, pasal agama is not mean that I'm good nak suruh-suruh org buat itu ini. cuma, saya sekadar untuk mengingatkan diri saya dan anda semua akan kewajipan kita sebagai Muslims. Saya sendiri pun sedang berusaha untuk mengubah diri saya untuk menjadi lebih baik lagi. Kadang-kadang saya pun lalai dlm urusan solat, (shame me) selalu melewat-lewatkan waktu sampai solat kunci pintu takut mak nampak sebab mmg dekat-dekat nak abis waktu. huhuhu. 


sebagai contoh, let say, waktu zohor pukul 1.30pm then saya selalu assumed masa tu panjang lagi. masa tu la sibuk nak fb, time tu la nampak ada baju cantik kat boutique online sibuk nak beli, time tu la de member duk ajak skype-ing, macam-macamlah lagi. and katakanlah tiba-tiba kalau Allah nak tarik nyawa kita dalam pukul 3pm (ajal maut mana kita tau kan?), tp masa tu kita tak solat zohor lagi. fuhhh. mati dalam keadaan tak sempat nak solat semata-mata urusan duniawi yang lagha. takutnya..... sebab tu la dalam al-quran dah cakap, segerakanlah menunaikan solat, solatlah di awal waktu, janganlah kamu melengah-lengahkannya. sampai bila saya tgk satu video ni, baru benar-benar ia terkesan dalam hati saya. so, saya nak sharekan pada awak semua.

 


 
 kalau dah terlambat, menyesal pun tak guna....


iktibar buat kita semua ok??

Wednesday, March 23, 2011

why why why??????

pesal eh org yg keje kat front line ni slalu tak mesra alam?? eeee. ko igt ko pakai mekap tebal tu dah cantik sgt ke??? lagi buruk adalah. dah la muka mmg tak cantik, ko tepek tebal mana pun mmg tak cantik gak. cubala perangai tu senonoh sket, keje deal dgn org ramai kena la show PR yang baik. eeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ni dah kali keberapa aku menyumpah ko.. dah mmg patut pun dapat! kalau sepuluh org menyumpah ko, tak taula. mmg agaknya mulut ko longkang kot. dari dulu lagi, asyik bermasalah je bila deal dgn dia ni. hantar surat layang karang baru tau!
aku punya geram tak tunjuk lagi tu. nak lawan? huhuhu


fuhhhhh... lega. astaghfirullahalazim.

Sunday, March 20, 2011

mmg la best kalau cantik..tp...

 
hahahha. memang kelakar la mamat ni. 
 
 
kreatif sungguh. tabik toing toing toing
 
 
cantik??
sape yg tanak kan, tp kalau Allah dah bagi rupa itu, itulah sebaik2 ciptaan yang telah dijadikan. cantik tak semestinya dari paras rupa. ada org tu mungkin cantik, yes dia mmg cantik tp perangai..... hampeh. still nampak hudoh kan. so??? biarlah dari segala aspek kita bersederhana je. deal???

Tuesday, March 15, 2011

happy being stalker??

sape sape sape???


adela. huhuhu. seronok eh boleh stalk2 page org? tgk pe yg dia update, tiap kali de gmba dia lekas-lekas nak usha. pahtu dalam hati kata "alah..kalau takat gni, bukannya cun mane pun." tapi esok-esok pun ko menggelabah gak try search dia kat fb, kat blog, kat twitter (aku rase dia tak reti twitter ni, kalau tak mesti dia dh tweet dh). hahahha. try2 nak add, tapi jangan harapla. sebab me only approve person whom i know. hik3x. boo kamu di situ. lol




pe fekdahnya nk stalk org?? pe yg dapat??


myb kepuasan kot. sebabnya dia seboleh-boleh nak compare sape lg bagus. sape lg cun. atau rasa kedudukan dia terancam. hahahahaha. saya rasala. heee. pastu mcm de sekelumit dendam or sakit hati or any kind of jealousy. kiki. lantak ko la kan. do i care??? hmm. xkoser.


psstttt..pssttt.. kalau korang pun de tanda-tanda gni, eager nk tau psl someone, asyik nk bukak fb dia je, nak bukak blog dia, nak tgk pic latest dia, nak tau dia g mane, pape je la nak tau any news psl dia, psl tok nenek kerabat dia, sampai sanggup create any fake account, pastu mcm de rasa2 nk kutuk or dengki2 kat dia atas pe yg dia buat. eeewwww!! beware!!! myb korng pun tergolong dalam golongan stalker. kikiki. enaf la do such things.


you happy being stalker n i automatically happy being famous :D yippieee~

Saturday, March 5, 2011

happy Saturday

hee..hari ni sabtu la.

obviuosly saya duk rehat-rehat je kat rumah. tp semalam dah listkan few things to do for today.
  • bangun pagi
  • rendam baju
  • kemas bilik
  • basuh baju 
  • sidai baju
  • prepare lunch 
  • angkat baju
  • lipat baju
  • correction thesis - in progress (target siap malam ni gak, supaya esok boleh bersenang-lenang and by monday leh tunjuk kat examiner n supervisor)
    • tambah frequent pattern method kat literature
    • elaborate more on result analysis
    • edit sket kat problem statement
    • add t-test
overall, everything still under control. heee. nape tak de dlm list prepare for dinner?? makan luar la maksudnya tu. heeee. so, how was your day?? me, is fine. hope u guys as well. managed your time wisely!! enjoy weekend ;)) chill!!

ps: td ber'fb'ing, and blogwalking noticed one thing. kebanyakan baby girl yg baru-baru lahir ni, nama mcm standard je kat depan mesti ada alya. teeeheeee. browsing td jumpa alya marissa, alya irdina, alya farisya, alya maisara, alya safiya, macam-macam lagi la.mesti elok kan maksud dia. tu yg sume bubuh alya tu. tp pe eh maksud dia? ngeee~~ kalau anak saya nnt nak nama ape?? Umi Kalthum sudaaaa. sonang ;) nama anak nabi tu kan. xpun, nur aminah, hehehhe..insyaallah.

Saturday, February 19, 2011

senyum nyum nyum nyum



wouldn't it be great if we could just smile like this every single day :)

.
.
.
.





 
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

 
 
kami semua sudah boleh senyum meleret2 kegembiraan ;))
heeeee

Tuesday, February 15, 2011

hye semua

heee...assalamualaikum semua,

hari ni cuti sempena Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW bersamaan 12Rabiulawal. so uols buat pe? jalan2, duduk saje2 di rumah or dating?? oppss. almaklumlah semalam kan konon2nya diisytiharkan hari kekasih. xsesuai ok! hari kekasih or valentine or mende semua tu tak boleh rite. not nice. kalau kita sayang kan orang, tak kan la kita nak sayangkan org tu satu hari je kan? mestila hari2 kita kena sayang dia.

so, toksah la muda mudi zaman skrg ni lagha dengan benda mcm2 ni. sempena Maulidurrasul ni baik kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW. mudah-mudahan mendapat syafaat di akhirat kelak. amin ya rabb. insyaAllah.

Rasulullah dalam mengenangmu,
Kami susuri lembaran sirahmu,
Pahit getir perjuanganmu,
Membawa cahaya kemenangan...

.
.
.
.
.

Tak terjangkau tinggi pekertimu,
Tidak tergambar indahnya akhlakmu,
Tidak terbalas segala jasamu,
Sesungguhnya Engkau Rasul mulia,
Tabahnya hatimu menempuh dugaan,
Mengajar erti kesabaran,
Menjulang panji kemenangan,
Terukir namamu di dalam Al-Quran..


lately ni macam2 benda jadi. semoga saya mampu dan tabah menghadapinya. sigh***

viva punya story..ALHAMDULILLAH..everything went well. yippieeeeeee. yg ni saya update nnt k. till then. hope today is better than yesterday ;)

Friday, December 31, 2010

this and that 2010

whooaaaa... time flies!! how fast isn't??
 
sikijap je sudah mau masuk tahun baru. for me..bila tahun baru...yg paling nampak sekali usia akan berganjak satu lagi ke hadapan. eee. bila besar dh besar ni, rasanya nak umur tu statik je (aci tak mcm tu je??). heeee.
 
2010...pun dah nak melabuhkan tirainya. so whats your achievement?? saya?? emm. obviuosly apa yang perlu dilaksanakan memang telah pun dilaksanakan. alhamdulillah. cuma ade few things je yang tak tercapai lagi. (ni kes belum kesampaian lagi nak upgrade status. hahahaha). sokay. tahun depan myb. rasanya la. sebab asyik mimpi ular je. teeheee. uols mcm mane pulak? is that everything settled? hope so. xpe..mane yang ada cicir tu carry forward je ke tahun depan. yang penting semua accomplish. ok. kita tutup buku 2010, kita buka buku baru 2011 pulak. mana yang tak baik, kita tinggalkan jauh-jauh. buku baru, misi baru, semangat baru. yeahh.

2011...semoga bertambah cemerlang, ain shalalala akan lebih OPTIMIS untuk segalanya. ready dengan azam baru. ready dengan cabaran yang mendatang. ready for everything. few determination for new yr resolutions; (biarlah rahsia). tet! teeheeee. yg penting mau lebih kurus pasti uols sudah muak dengan ayat ini, mau lebih comel agar dapat menyambar jejaka ganteng di luar sana, and yang paling penting sekali mau buat semua org happy. itu saje. bab2 kerjaya, cita-cita, semua tu, biarlah tersemat di dada saya sendiri. wokay.

Thursday, November 11, 2010

Lelaki perlu tahu yang perempuan...

Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks : SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkannya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

source: sini

ps: apabila takde mood untuk updet, maka keluarla entry2 mcm ni..teeheee..

Saturday, October 23, 2010

job hunter

oo.. sekarang ni saya dalam misi mencari kerja. parah. sudah 25 thn baru mula terhegeh-hegeh nak mencari. malu tak?? opsss. 

source
selama ni kak, ko buat ape??

akak selama ni sambung belajar la. tu yg akak rilek2 je. teehee. la ni baru akak teringat yg akak kena kawin. mane de duit nk cekau, so akk terpaksa la cari kerja. 

xpekan?? boleh terimakan alasan tu dah 25 thn baru nak mencari kerja. hahaha. haru2. baru la terkial2 nak bukak website sana sini, nak ngantor resume, nak buat resume satu hal lak. adoii. plz, sape yg de soft copy sample resume email kat saya. hehehe. (pemalas). target, januari 11 mesti dah mula kerja, mesti dah mula menabung, mesti mula membayar hutang, mesti lunaskan segala tanggungjawab yg patut. huhu. banyaknye mesti. takutla pulak. tak leh dah duk bersenang lenang bawah ketiak mak bapak lg (mentang2 la anak bongsu, selama ni mak suap je. kikiki). 

oh bonda, anak bongsu mu ini sudah sedar akan tanggungjawabnya. doakan saya ye mak =)

Saturday, October 16, 2010

intro J&A

ada cerita yang ingin dikongsikan bersama.. kisah antara si J dgn si A. suami org dgn si jelita dara. tettttt. ini mmg cerita benar, tapi empunya diri minta dirahsiakan identitinya. sekadar ingin berkongsi cerita. hehehe. tempat inilah medium untuk meluah rasa dan isi hatinya. saya sekadar membantu merealisasikannya. teeheee.. mampu ke saya ni?? kikiki..nanti kalau ade masa jom kita berkongsi bersama. tp buat masa ni, saya sudah mau lena. besok lusa kita mula.


teaser: mereka pasangan bercinta, namun setiakah mereka??

Sunday, August 29, 2010

abg motorcross hijau. kamjat!!

tetiba teringat balik kat brother yg ride motorcross hijau hari tu. pahal la duk usha2 saya yang cun melecun ni. nak cari pasal or nak cari cinta?? ermm. antara kemungkinan yang bermain di fikiran saya mungkin disebabkan;
  1. cuba untuk menarik perhatian saya..
  2. cuba memberitahu yang dia mempunyai motorcross yang jarang2 dimiliki oleh jejaka lain..kira dia rasa dia jaguh la.
  3. cuba untuk menyatakan yg saya terlalu anggun mengenakan baju kurung pahang warna merah jambu..kikiki..terus terang je la ckp depan2.
  4. cuba mengajak saya untuk menemankan dia..lariiii. jgn marah..
  5. cuba mengajak saya membonceng motorcross hijaunya bersama-sama..apa kata kita siar2 naik motorcross abg. leh terbang2. oh pelisss..i berbaju kurung ok.
  6. cuba untuk tackle saya..auwww. hahahhaa. gentle la kalau ye pun.
  7. cuba memberitahu yang saya agak selebet pd hari kejadian..emm..teori ni tak mungkinla..org sebelah kata saya comeii..even dia tak kata, tp saya tau dia kata dlm hati..muahahahaha. sbb saya rasa org sebelah saya pun smart gak masa tu. wink ;)
    gamba hiasan. ;)

    tuk abang motorcross hijau.. rilex2 la kalau pandang2 or usha2 org. i tak suka la mcm ni. kalau ada bnda yang tak kena ko ckp je la depan2. tak yah nak gerek pandang org semacam je. tak elok tau mcm tu. bwk motor hebat, nmpak mcm educated tp takkan mentaliti mcm org 3rd class. huh.