memang terukkan kalau kita tgk balik video-video amatur yang sempat dirakam sewaktu kejadian gempa dan tsunami berlaku. cuba bayangkan rumah-rumah dihanyut air, feri, kereta, bangunan-bangunan runtuh. rasanya Allah baru jentik sket je dah jadi sampai mcm tu, mcm mana la pula nnt bila tibanya hari qiamat. nauzubillah, tak dapat dibayangkan.
kun fayakun
bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah," maka jadilah dia
tiba-tiba saya teringat dekat sensei saya masa saya belajar Jepun dulu. hope Ms Akiko n family tak terlibat dalam gempa tu, ye la kalau tgk kat map Saitama takde la jauh sangat dengan kawasan timur laut Jepun tu. hmm. semoga misi menyelamat dapat berjalan dengan lancar dan bantuan dapat disampaikan dengan segera.
beruntunglah kerana kita berada di Bumi MALAYSIA. bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. hari semalam Jepun, besok lusa kita pun tak tau.
No comments:
Post a Comment