Showing posts with label tsunami Jepun. Show all posts
Showing posts with label tsunami Jepun. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Pray for Japan

sedih kan dengan gempa yang berlaku baru-baru ni. harap-harap usaha menyelamatkan mangsa dapat berjalan dengan lancar, ye la dengan suhunya yang mencecah -5*c, dengan ancaman radiasi nuklear lagi, dengan susulan beberapa gempa kecil. harap bertabah ye semua warga Nippon. satu dunia sekarang ni sedang mendoakan kesejahteraan kamu, walau kita berlainan agama, berlainan keturunan, berbeza bahasa, adat budaya resam tapi atas semangat kemanusiaan dan keprihatinan i guess semua pihak sedang berusaha untuk membantu sedaya mungkin.

memang terukkan kalau kita tgk balik video-video amatur yang sempat dirakam sewaktu kejadian gempa dan tsunami berlaku. cuba bayangkan rumah-rumah dihanyut air, feri, kereta, bangunan-bangunan runtuh. rasanya Allah baru jentik sket je dah jadi sampai mcm tu, mcm mana la pula nnt bila tibanya hari qiamat. nauzubillah, tak dapat dibayangkan.

kun fayakun
bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah," maka jadilah dia


tiba-tiba saya teringat dekat sensei saya masa saya belajar Jepun dulu. hope Ms Akiko n family tak terlibat dalam gempa tu, ye la kalau tgk kat map Saitama takde la jauh sangat dengan kawasan timur laut Jepun tu. hmm. semoga misi menyelamat dapat berjalan dengan lancar dan bantuan dapat disampaikan dengan segera.



beruntunglah kerana kita berada di Bumi MALAYSIA. bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. hari semalam Jepun, besok lusa kita pun tak tau.

Friday, March 11, 2011

[Gambar] Tsunami di Jepun

assalamualaikum semua, sekali lagi dunia ditimpa musibah. kali ni gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Ritcher telah mengakibatkan tsunami setinggi 10m berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun. this time lg worst dari masa kat Acheh dulu. tsk tsk tsk. bumi udah semakin tua :( gegar sana sini. ini peringatan buat kita semua. insaf seketika. nauzubillah











*** prayers for all my friends in Japan. hope u guys are all ok. semoga kita semua berada di bawah lindunganNya tak kira la walau berada di mana-mana jua. Amin Ya Rabb