(umrah 21apr - 6mei 2010)
day 5 barangkat ke Mecca..perjalanan lebih kurang 5jam lebih la naik bus. around 10pm sampai kota Mekah. cahaya lampu bergemerlapan. panorama malam yg memang mengasyikkan. kota mekah tidak sunyi dr org ramai. lepas dinner terus melakukan umrah wajib, memandangkan kami semua dh niat miqat di bir ali.
sepanjang berada di Tanah Haram, Mekah hati memang tenang je. langsung xde masalah. kepala pun tak serabut. rase seronok sgt. rase dekat dengan Allah. tatkala bersolat jemaah di Masjidil Haram rasa sayu je dgr bacaan imam mengalunkan ayat2 suci Al-Quran. timbul perasaan yang memang tidak dapat digambarkan. Bacaan imam2 di Masjidil Haram memang menyentuh hati terutamanya bila waktu maghrib di mana alunan bacaan Imam Sudais sgt2 meruntun sanubari, kadang-kadang beliau menangis sewaktu mengimamkan solat. bergetar hati ngan jantung aku.
di Mekah, after solat fardhu kebiasaannya ada solat jenazah sama mcm di madinah. untung sgt bg mereka yg meninggal dunia kat sini. jutaan manusia menyembahyangkan jenazah mereka.
10 hari di Mekah byk tempat dilawati. antaranya Padang Arafah, Jabal Tsur, Jabal Nur, Muzdalifah, Mina, Ladang Unta, dan Muzium Sejarah Mekah. Pendek kata 10 hari di Mekah sebenarnya rasa singkat je. huhuhu. apepun, alhamdulillah syukur byk2 kerana akhirnya sampai juga aku menjejakkan kaki di rumah Allah. moga pertemuan ini, bukanlah yg terakhir untukku. kaabah: suatu hari nnt aku akan dtg melawatmu lg. insyaALLAH
enjoy pics below k :))

in front Hotel Holy Days



ok la..dengan ini berakhirlah episod UMRAH..moga2 korg semua dapat info yg tak seberapa ni dr aku.
No comments:
Post a Comment