Wednesday, December 26, 2012

Kad Perakuan Nikah JAIS

kita dah ada kad nikah uolsss. ni la dokumen yg paling penting memandangkan kami ni kan buat masa ni pjj.. so kad ni la sebagai bukti untuk kami ke mana-mana sahaja berdua-duaan dengan bebas. hahahaha. bagi pengantin yang bernikah di selangor, untuk urusan kad nikah ni senang je.




lepas settle akad nikah, segala dokumen urusan pernikahan  yang kita isi tu (borang 2B dan 2C) akan dihantar terus oleh pendaftar nikah di pejabat agama. then, korang cek la selalu kat website NCR, JAIS tengok urusan sijil nikah. if dah ada details tarikh kita kahwin maksudnya surat nikah kita dah siap la. kalau nak lg senang, call je tanya dah siap belum. then, bila nak amik surat nikah make sure suami isteri mesti ada sebab nak proof read details pada surat nikah tersebut dan perlu tanda tangan. untuk urusan kad nikah pula, yg ni sebenarnya optional dan ia adalah berbayar sebanyak RM40 untuk dua kad. siap dalam masa 5 hari waktu bekerja selepas kita submit surat nikah. waktu ambil kad tu, salah sorang je ada pun dah boleh.. ok la.. tu je.. masih lagi menunggu gambar nikah.. huhuhu. story board je dah siap.. ;(


No comments: