semalam kami jalan-jalan di MAHA International 2010. dah dekat dgn rumah kan, rugi la kalau tak pergi. sambutan kali ni rasanya lebih hebat dari tahun-tahun sebelumnya. macam-macam ada. nak-nak lagi adanya Sua Rasa TV9, mmg pengunjung maha hebat la. heee. kitorg pergi pagi, sbb tau kalau pergi ptg confirm la susah nak parking, lgpun takut hujan. belah pagi, alhamdulillah la org tak berapa ramai sgt, tapi, tak ramai pun parking beratur gak nak masuk. sekali parking RM3. mmg puasla kalau berjalan dalam tu. mau patah kaki rasanya. tapi tak yah risau, sbb ada perkhidmatan tram dan bus disediakan bila nk pergi mana-mana dewan pameran or tpt lawatan. cuma beware dgn keselamatan anak-anak k.
masa sampai, kitorg terus pergi ke tapak Sua Rasa. pagi lagi, so org pun tak ramai mane. sbb saya igt nk jumpa dgn Sharifah Nur pengacara Nasi Lemak Kopi O memandangkan dia kawan saya masa kami sama-sama belajar kat Melaka dulu, tp tak dpt lak nak jumpa dia. hhuhuhu. but then, dapat la jumpa Farah Adeeba. oh gosh. Farah mmg baik sgt. very friendly. heee. cth personaliti yg boleh dibanggakan ada ilmu dan tak sombong.
sekitar tapak sua rasa |
later after that, kitorg terus g kat tpt MAHA lak. perghh..kena jalan kaki sket la nk turun ke bawah tu. masa ni org dah ramai berbondong-bondong. nasib baik la Muaz baik tak meragam. bagusla muaz. boleh bawak jalan lagi mcm ni. byk tpt yg leh lawati tp kitorg tak khatam semua tpt la. just masuk tempat yang utama je.
area buah-buahan..ada nangka gedabak dgn tembikai 4 segi |
area bunga, kraftangan, makanan laut |
so far, pada pemerhatian saya mmg bagusla adakan MAHA ni. memberi peluang kepada petani, penternak, peladang untuk memajukan lagi perusahaan mereka. meningkatkan lagi kualiti produk pertanian melalui R&D yang dijalankan di samping membantu menjana pendapatan ekonomi negara.
kepada uols yang belum sampai lagi, jangan ketinggalan k. masih ada banyak masa lagi until 5dec2010. lokasi di MAEPS, Serdang. make sure datang awal bagi mengelakkan kesesakan. kalau tak, confirm korg akan stuck kematu kat tpt nk masuk parking mau la sangkut dlm beberapa jam. heee. dats y ramai yg amik keputusan parking kat tepi2 highway. huhuhu. untuk keselesaan toksah pakai high heels, bawak payung, tisu, kipas bateri, sun glasses and mana yg ada baby bawak stroller bagi memudahkan pergerakan anda ;)
No comments:
Post a Comment