Selepas dari entry tekanan perasaan yang lepas, saya telah mengambil keputusan sebulat hati, ye..mmg keputusan telah dibuat, dan keputusan itu muktamad. Keputusan ni dibuat bukan sehari dua, mmg dah lama dah. Cuma selama ni saya tak mampu untuk merealisasikannya. Selama ni, saya tahu saya telah melakukan sesuatu yang salah. Yep. Sekali lagi saya mengaku. Memang saya tahu benda tu salah, tapi atas keinginan hati yang membuak-buak lantas saya abaikan kesalahan itu. Akibatnya, telah saya terima hari ini. Memang betul lah, kalau dari mula lagi benda yang kita buat tu salah, pasti akan berkesudahan dengan sesuatu yang buruk juga. What you give, you will get back. Got it. Sekarang ni, saya telah mula merasai punishment atas perbuatan yang saya lakukan. Huhuhu. Saya selalu merasakan kenapa dunia ini selalu tidak adil pada saya? Kenapa saya selalu tidak bernasib baik? Kenapa saya selalu menerima malang? Why me??? Kenapa ia tidak datang kepada orang lain. Mungkin sangat kurang ajar kalau saya pertikaikan semua ini, kerana saya tahu ini semua adalah qada' dan qadar tuhan yang mahu menguji hamba-Nya. Adakah Allah begitu menyayangi saya sehingga ujian-ujian ini diturunkan? Hikmah?? Entahlah. Mungkin saya belum lagi cuba mencari di mana hikmahnya.
Saya harap panas sampai ke petang, rupanya hujan juga di tengahari. Itulah dia yang boleh saya simpulkan. Kadang-kadang rasa fed up dengan hidup ini. Tapi apa pun, perjalanan hidup masih jauh dan mesti diteruskan. Saya tak akan give up cuma dengan hal sekecil ini, mungkin dugaan ini adalah sekecil zarah berbanding dengan orang lain yang masalahnya menimpa-menimpa. Melepaskan seseorang yang bukan milik kita adalah jalan terbaik daripada terbelenggu dalam situasi ini. Dia datang secara tiba-tiba dan pergi pun secara tiba-tiba. Satu lagi kisah akan terpahat di sanubari saya. Biarlah...buat apa nak paksa-paksa.
No comments:
Post a Comment