Friday, September 24, 2010

bila musim buah-buahan??

sebenarnya bukan apa citer pasal buah mangga kat entry sebelum ni. kalau korang nak tau mangga tu adalah mangga dari pokok yang abah tanam. kira menikmati hasil pokok sendiri la ni. bila berbudi pada tanah pasti tak rugi. mangga tu memang manissss sangat2. tp pokok mangga ni takde la buah banyak sangat, mmg berbunga banyak, tp last-last tak lekat. last yr langsung tak berbuah. maybe sebab dia jeles sbb muaz lahir. so dia majuk tanak berbuah. hehehe. 

tgkla tu, yang berbalut kertas tu tgh nak masak la tu. saya pun taktau motif kena balut kertas, sebab tiap kali hujan kertas tu pasti jatuh kat bawah. kikiki. meh intai sket yang dalam kertas.. hohoho. belum kuning lagi ;) kena tunggu beberapa hari, xpun dalam 2minggu lagi kot.


selain dari pokok mangga, byk gak pokok buah-buahan lain ada kat sekeliling rumah ni. tp alkisahnya, yang lain-lain tu mcm hidup sogan mati tak mahu. huhu. kerekot-kerekot nak membesar. hik3x.

rambutan kuning - c kena bertopang dgn kayu..kiki
rambutan merah - yang kekurangan zat, daun mcm kena makan ulat
manggis 1- makin tinggi tp nan ado lai buahnye
manggis 2 - kurang klorofil kot
jambu batu - asyik gugur je bunga dia
mangga 2 - belum lg menampakkan hasil
hehehhe. banyakkan?? tapi belum berbuah lagi. abah cakap, tanah kat sini banyak batu besar-besar dalam tu, tu yang tak berapa nak subur sangat. padahal dah letak baja berbeg-beg dah. mungkin sekarang ni belum de rezki lagi. perhaps besok lusa sape tau?? ke sape2 kat luar sana yang ada idea mcm mana nak menyuburkan pokok-pokok ni, leh share kat sini ye :)

2 comments:

Wan Gerrard said...

hmm Gerrard rasa kertas tu mungkin tak nak bagi orang nampak kot, nanti ada orang curi =P

theorangelily said...

manggis akan mengambil masa 10-15 thn utk berbuah. tempoh juvenile manggis adalah lama. sekian...=)