begitu pantas beliau meninggalkan kami semua. tidak sangka syawal yang lalu merupakan kali terakhir kami bersamanya. walaupun riak wajahnya cuba menunjukkan muka kegembiraan, namun jauh di lubuk hati saya terdetik mengapa Mak Long tidak seceria selalu, dlm hati berfikir "oh mungkin kerana anaknya beraya di Ampang, mungkin sebab tu la mak Long tak berapa happy mcm selalu." kami ttp berbual seperti biasa, bergurau spt selalu. Mak long sepanjang hayatnya beliau merupakan seorang yang ceria, wajahnya sentiasa mengukir senyuman, keramahannya menyebabkan dirinya sentiasa disenangi. Mulutnya sentiasa mengeluarkan kata-kata nasihat buat kami anak-anak buahnya, sentiasa berpesan supaya jangan tinggalkan solat, belajar setinggi yang boleh. Kata-kata perangsang darinya sentiasa tersemat di hati kami tiga beradik. Dari kami kecik hinggalah sekarang Mak Long tidak putus-putus memberi nasihat yang berguna. beliau seorang yang pemurah, sentiasa memberi sumbangan tiap-tiap kali kami berjaya melanjutkan pelajaran. bila tiba hari raya jangan cakapla, duit raya drpd beliau sentiasa mencatatkan jumlah tertinggi berbanding yg lain. alhamdulillah. Kami beruntung kerana adanya beliau.
Selepas ni, saya tidak akan lagi mendengar panggilan drpd beliau. Beliau the one and only person yang call my name "anne". "anne, buat apa skrg ni???", "anne, dah makan belum?", "anne, dah ada boyfriend ke?" terngiang-ngiang rasanya suara Mak long di gegendang telinga saya ni. Rasanya saya mungkin bertuah kerana dapat mengiringi beliau ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah baru-baru ni. Baru sangat rasanya kami bersama-sama, makan sama, ke masjid bersama, tidur bersama, sepanjang berada di sana banyak kisah-kisah keluarga yang Mak Long cerita, banyak pengalaman beliau yang dikongsi, banyak nasihat beliau curahkan. Kadang-kadang tak tertahan-tahan perut bila dgr cerita kelakar beliau. hik3x. Mak Long mmg seorang yang ceria, sebab tu la ramai org tidak sangka yang beliau sudah berumur 71thn padahal kebanyakan org menganggap Mak Long dalam lingkungan awal 60-an.
kenangan manis bersama beliau |
Kini, beliau tiada lagi. kami redha atas pemergiannya. Cuma beliau pergi terlalu pantas. Mak Long jatuh dari bilik air menyebabkan terdapat 6 blood clot di kepalanya. Ya Allah, saya dapat bayangkan betapa sakitnya Mak long ketika itu. Pada pagi kejadian, beliau bersiap-siap mandi untuk balik ke KL (Mak Long tinggal di Batu Gajah, Perak bersama anaknya Kak Ida). Sejurus menerima panggilan dr Kak Long Watie, kami terus ke Hospital Batu Gajah untuk melihat keadaan Mak Long. Akibat terlalu kritikal, maka beliau terus dirujuk ke Hospital Ipoh. Namun, doctor pakar yang merawatnya masih tidak dapat berbuat apa2. Kecederaan di kepala beliau begitu serius sehinggakan sebarang pembedahan tidak dapat dilakukan. Sewaktu sampai, saya terus ke Zon Kritikal, ICU untuk melihat mak Long. Air mata memang tidak dapat ditampung-tampung lagi. berjujuran sedih, sayu melihat keadaannya dengan alat bantuan pernafasan. Namun, wajahnya sangat tenang seolah-olah beliau sedang tidur lena tanpa berasa sebarang kesakitan. Kami sekeluarga berusaha untuk memindahkan Mak long ke Ampang Puteri, namun doctor seolah-olah tahu yang beliau sudah tidak mempunyai masa yang lama dan pihak hospital tidak membenarkan memandangkan beliau terlalu kritikal. Kami terus berdoa dan berdoa, namun Allah lebih menyayanginya. Petang Ahad sekitar 5.50pm, mak long menghembuskan nafas terakhirnya di samping Abg Iju (sepupu). Mungkin ini jalan yang lebih baik buat beliau.
rupanya ada maksud yang mendalam yang tersirat di situ. Hajat beliau ingin balik ke KL telah pun terlaksana, kini beliau telah bersemadi selamanya di Kampung kami di Bt 9 Cheras. Semoga Mak Long tenang di sana. InsyaALLAH, kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Mak Long.
No comments:
Post a Comment