Thursday, October 1, 2009

bumi semakin tua

bumi semakin tua, tah berape la usianya skrg. kalau masa nabi naik ke langit usia bumi dh mcm org tua yg bongkok dan berjanggut, skrg ni tah apela lg. sana sini bencana. gerun2. simpati sungguh aku pd mereka2 yg ditimpa bencana tsunami dan gempa bumi. syukur alhamdulillah, malaysia negaraku tercinta terhindar dr kejadian2 buruk. doala byk2 tuk kesejahteraan kita semua k. tgh2 aku duk cari2 berapa usia bumi skrg ni, i found this from http://rezekihalal.com/

Baca dan renung-renungkan… Allah sahaja yang tahu kebenarannya…

Bukti kebenaran Al Quran…

Fenomena ini telah disebut di dalam Quran 1400 tahun dahulu…

a) Mengikut hadith, umat Rasulullah s.a.w akan hidup selama 1500 tahun. Sekarang sudah 1443 = 1430 + 13 tahun hijrah. Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 57 tahun lagi. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066. WALLAHUA’LAM…

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi. Telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi, Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi. Dan planet ini lebih besar daripada bumi. Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.

WALLAHUA’LAM…

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007. Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa a.s. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062. Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.

WALLAHUA’LAM…

Semua ini telah dikaji dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun. Kita telah berada di bumi ini selama 1443 tahun. Cubalah anda kirakan sendiri.

WALLAHUA’LAM…

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian. Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba, hanya orang yang leka dengan dunia sahaj yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. Sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

**ya ALLAH, ampunkan dosa2ku, kedua2 ibu bapaku, keluargaku, guru2ku, rakan2ku dan semua muslimin serta muslimat



1 comment:

MamaZen said...

~~ tq so much 4 d info..insap insap..

p/s: selalu insap..pastuh kejap je...pastu zen notty balik..pastuh insap..pastuh notty..huhu..bila nk berubah ni..huhu