Thursday, December 29, 2011

good luck and all the best!!

exam is just around the corner, sekarang ni pun tgh study week. kalau zaman study dulu, time study week ni la baru aku duk struggle belajor. barulah terhegeh-hegeh mencari kawan2 untuk study group untuk discussion. kikiki. masa ni la duk menebeng kat bilik Fiza, Sab, ima or kdg2 g cari adek nk tips exam. hahaha. mmg tak patut dicontohi langsung. masa ni la baru salahkan diri sendiri, duk berzikir dalam hati kenapalah dari awal tak study, kenapalah tak buat nota. kenapalah tak itu, kenapalah tak ini..

la ni..diorg yg kena exam. wakakakakaka. aku dh faham perasaan cuak mereka. kikiki. masing-masing sibuk nk mintak soalan bocor. heppp! mana boleh.. miss korang yg terbaik ni dah bagi byk dah hint-hint soalan yg keluar. tinggal korang hadap baca je. insyaAllah =)



ni sebahagian dari student i.. yg ni klik ustaz ngn ustazah. yg geng brutal dah balik awal dah. tak sempat nak gambar2. xpela..lenkali jumpa lagi kita gambar ok. de yg request suh miss yg comel ni ada masa hari diorg exam. how sweeeet. kekekeke. insyaallah i'll be there.

sekali lagi selamat menempuh peperiksaan dan selamat berjaya.


ps: pic from fb syibli and husna

Sunday, December 18, 2011

Pilihan di tangan anda

lately ni kan korang, aku mmg suka sgt beli barang online. bersepah-sepah kan sekarang ni kedai jual tu, jual ni dgn harga yg agak mengujakan. mmg dah jadi habit aku pulak duk browse online shop ni. tengok-tengok gambar terus berkenan, yela, bukannya susah mana pun kan. click click click je, paid. dok susah mane pung. tak yah kuar-kuar. berpanas, berhujan, berpusing-pusing mencari parking. cuma yg perlu ada just pc, internet, cimb click or maybank2u and that's all. kalau dah berkenan, order, confirm and paid. pastu tgu sehari dua sure brg sampai depan muka pintu. sooooooo easyyyyy. rite???


tapi!!!!!


bukan semua barang yg kita inginkan sama seperti yg kita harapkan. huk huk huk. tang ni yg aku tak berapa nak gemar sangat. masa nak beli,  mcm-mcm janji manis yg ditaburkan. material bagus la, gred AAAA la, tahan lama la. byk customer puas hati la. sumenye yg indah-indah belaka. hehehe. tp, bila sampai kat aku, seminggu dua pakai hancus dah. pekebendenya tu. keciwa akak. 

bila difikir-fikir balik, yg ko pegi beli brg yg fake sape suruh??? muahahahahaha. dah namanya pun FAKE, REPLICA, INSPIRED dah terang-terang dah bnda tu semuanya not original yg pergi beli buat pa?? salah ko la kan. mana la nk sama quality dengan yg original kan? aiyoooo. gelak la gelak..(i tau, i tak banyak duit lagi nak beli brg yg mahal2. no no no.. nak beli brg yg beriban-riban hanya untuk sebuah beg, so not me~ kalau dah kaya sgt, maybe yes. kalau hidup pun masih cukup-cukup toksah la nk mimpi semua tu)

sedikit pesanan la buat mereka yg jual brg online yg not so ORI ni kan, kalau boleh brg yg diambil dari supplier tu biarlah ada mutu sket, janganlah yg cap ayam sangat kan. and the price biar setara dengan quality barang tu. lagi better, post gambar real product tu, toksah la letak gambar product yg original coz it might confuse your buyer. lets buyer tgk betul2 brg yg korang jual tu bukan yg korg copy paste dr website barang yg 100% original. pleased me~ yg penting sekali, nawaitu korg berniaga tu kenala 'lillahi taala.' jangan nak untung je. and peringatan tuk aku gak, kalau nak barang tahan lama, beli je barang yg original. toksah nak gaduh-gaduh. hahahahaha. tp bukan semua la yg mcm ni, de gak la beberapa kedai yg jual those inspired thing but still have the quality. pokok pangkalnya, pilihan semua di tangan anda. you decide yourself :))

Thursday, December 15, 2011

Jumpa rakan-rakan matrikulasi

setelah 8 tahun meninggalkan bumi Londang (read London) maka akhirnya kami bersua muka. tak plan mana pun asalnya, ye la tiap kali plan je selalu tak jadi. so mls nak beria-ia plan. kali ni mana yg sempat je dtg, yg tak sempat pun xpe. next time leh buat lg. kan??

janji 11.30 kad midvel, as usual aku sentiasa punctual. meh sini aku sekeh korg2 yg lmbt tu (*joke). eee. menci tau tunggu2. puas la aku tawaf carnival MPH, sib la tak boring sgt.

dlm 12 lebih sket, baru minah-minah ni sampai ngan muka gedik masing-masing. adegan peluk-peluk mula berlaku. hahaha. eee...ko kurus la, eee..ko makin "comel" la. biasalakan dah 8 tahun tak jumpa. tu la ayat yg first keluar. standard!

xramai pun yg ada; cuma sofia, cheah, hajar, laili and yours truly. Wanie dah sarat mengandung, so tak leh nk dtg. ika pun ada hal. maka kami berlima je. ampun ye kak Yanie kalau awk baca this post, saya lupa nk ckp kat awk. tetiba tukar jd saya-awak :))

hajar tak leh lama, sebab ada hal. comel betul Husni anak Hajar, geram aku. mcm anak cina. heheh. so pas makan, hajar meninggalkan kami berempat. pastu sembang-sembang lagi, sembang lagi  dan sembang lagi sambung gosip pulak, citer kenangan-kenangan lama. hoho. mmg terasa tak matang langsung masa kat matrik dulu. kikiki. boleh ke lepas solat isya' kat surau boleh lumba lari balik hostel, apakah?? heh. kalau nak citer semua kenangan mmg tak larat la. mau pecah perut gelak. tu pun terpaksa cover sebab mak and adik sof join sekali. settle makan, solat and bergambar la.


dan ada banyak lagi gambar.. nanti aku letak lagi. sebab tak transfer lagi dalam notebook. bila-bila masa lapang nnt aku update balik. ni pun blog mana yang sempat je, sepatutnya entry ni nak buat masa cuti hari isnin tu. dah namanya cuti, maka lagi sedapla kalau golek gelantang kat rumah. kelmarin dengan semalam sibuk berbengkel pulak. ni hari la dapat update sket.


lai hari tu mmg kena bahan je dari awal hingga akhir. sian kat lai. kikiki. tapi nak buat cane kan, mmg dari dulu lg selalu kena sakat. hihihi. lai yg berbaju kuning, cheah yg kecik molek dgn cardigan hitam, sofia yg pakai tudung purple. 4 org ni mmg sgt rapat la dgn aku masa matrik dulu, especially dgn sofia (satu lecture dgn aku). memori dowh. segala kisah suka duka aku byk bersama sofia la. hehehhe. seronok sgt dpt jumpa balik. to A4 aras 1 wing B yang lain, nnt bila-bila masa lagi kita gather semua org k.

pic update

Monday, December 12, 2011

Hari ni...

Selangor cuti...








heeee.. sat g aku update blog eh. 

Tuesday, December 6, 2011

Nombor anda yang mana satu?

Jom kita cek mana satu nombor kita. Info ni sy copy dari blog sis ni.

TARIKH LAHIR !

Jika dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dlm mana-mana bulan, anda adalah no.1
Jika dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dlm mana-mana bulan, anda adalah no.2
Jika dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dlm mana-mana bulan, anda adalah no.3
Jika dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dlm mana-mana bulan, anda adalah no.4
Jika dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dlm mana-mana bulan, anda adalah no.5
Jika dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dlm mana-mana bulan, anda adalah no.6
Jika dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dlm mana-mana bulan, anda adalah no.7
Jika dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dlm mana-mana bulan, anda adalah no.8
Jika dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dlm mana-mana bulan, anda adalah no.9

No.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

No.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

No.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9. 

No.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

No.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

No.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

No.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

No.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

No.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.


ps: saya yg bernombor 6... pd mereka yg bernombor  1, 3 atau 9, meh la dtg approach saya.. ngeee :))

Monday, December 5, 2011

Breaking Dawn Part I (my point of view)

sambung lagi review film. kali ni Twilight Saga: Breaking Dawn Part I. since from first Twilight came out, aku mmg tak pernah missed la tgk movie ni. nak kata peminat tegar, takdelah sangat. tapi movie ni mmg menggamit-gamit aku untuk tgk. mungkin dek penangan werewolf and vampire yg hensem-hensem kot. teeheee :) (obviously indeed).

part I kali ni, lebih santai la. the film started dengan wedding antara Bella and Edward.




lovely wedding dress



edward and bella on their honeymoon


Edward sgt rasa bersalah tiap kali together dengan Bella mesti esoknya badan Bella lebam-lebam and bilik akan jadi bersepah yang amat. couldn't imagine how vampire ngan manusia bersama. hahahaha. and Bella got pregnant, the real journey begin...




Bella mengandungkan anak vampire sehinggakan kandungannya hampir membunuhnya sendiri. mmg kesian la tgk sebab Bella dah mcm skeleton, di mana kandungannya telah menyerap kesemua nutrisi dan zat-zat badan Bella. but still dia nk pertahankan baby tersebut. jacob suggest Bella minum darah untuk menambah tenaga sebabkan dia mengandungkan baby vampire. and she said, it's nice.. blueeeekk

Edward and Jacob terpaksa berbaik demi menjaga keselamatan Bella memandangkan kalau Bella mati, perjanjian antara Cullen and werewolf akan terbatal dan diorang akan menyerang. sampai masa Bella melahirkan yg ni merupakan kemuncak movie la, baby selamat dilahirkan akan tapi Bella kaku seakan-akan mati, adakah Bella mati??? hehehhee.. semua org saspen je masa ni. tp tak logik la part I bella dah mati kan. tp b4 end movie, Bella bukak mata tapi...with red eye..ngeh ngeh ngeh. Bella bertukar jd vampire??? tgu la part II nnt k.

overall.. bolehla. best gek. 8/10

ps: image source Google. byk gak la scene atas katil, manja-manjaan semua tu, tp awal-awal lg mmg dah noticed this film is categorized under PG13 and adegan make love pun dah dipotong oleh FINAS. lebih baik tak payah la bawak kids tgk movie ni. tq

Ombak Rindu (my point of view)

hye korang.. dah tgk ombak rindu? rasa mesti kebanyakannya dah tgk kan?? byk jugakla status kt fb update psl ombak rindu ni. ada yg menangis, ada yg feeling habis and ada yg siap tepuk tangan bila habis movie. macam-macam la kan.

as for me.. biasa-biasa je cerita ni. hmmm. bolehla. hmmmm. hmmmmmmm.. quite boring la.. bila dh sejam lebih tu, asyik tgk jam je bila nk habis. rasa dh tau what next, what next. sebab ape? ni ikhlas la pendapat aku yg jujur. no offended k.
  • first of all, lakonan Maya Karin yg membawakan watak Izzah tak berapa ummph sgt. mungkin sebab aku tak suka sgt intonasi suara Maya Karin. mcm terlalu formal. Kalau best watak ni diberi kat Fazura, Eira Syazira, Umie Aida or Elly Mazlein atau Tiz atau mereka-mereka yg boleh bwk air mata dengan lebih touching.
  • second of all, kenapalah tudung Izzah tu selebet sgt. pakai la kemas-kemas sket. even pakai tudung bawal pun, biar la kemas lipatannya, jgn la nampak serkup byk sgt. fail dh kat situ. huhu
  • third, byk sgt adegan di ranjang yg aku rasa mcm ape bende citer ni. dah la tontonan umum tapi byk pulak scene berkemban and romen-romen. tak sesuai la. (korang nk kata aku kolot, who cares??)
  • Lakonan Lisa Surihani dengan watak Mila, biasa-biasa je. tak sampai lagi tahap yg menjengkelkan, kalau ikut novel watak Mila ni mmg annoying tahap dewa la. myb sebab Lisa ni cute sgt kot tu yg tak berapa nk menjadi sgt membawakan watak Mila.
  • Datuk Sufiah ~ alahai tak jadi sgt la. kikiki. 
  • part OST memang terbaik la. ni mmg aku puji giler-giler sbb lagu mmg sedap menyengat. 
  • yang lain-lain tu semuanya ok, boleh dipertingkatkan lagi. 
  • AA (aaron aziz), wa biasa2 je dengan dia ni. acting dia bolehla.


overall, i boleh bagi 6/10 for this movie. lain org lain pendapatnyakan. harap karya-karya yg diadaptasi dari mana-mana novel pasni akan lebih hebat setara dengan penceritaan asalnya. ok la. pasni nk review Breaking Dawn Part I pulak. ngeeee :))

Wednesday, November 30, 2011

Jalan-Jalan Terengganu 3

cukupla tu tiga episode je. hari nya ada dua je, tapi episodenye kemain over byk. teehee :))

bila perut dah kenyang, majlis pun dah selesai kami pun bersiap-siap untuk berangkat pulang. almaklumlah perjalanan jauh kan dengan risau cuaca yg tak menentu kan. tp b4 tu singgah balik kat kedai kepok lekor nk beli bwk balik la kan. memandangkan kitorg order byk, so terpaksa la kena tunggu dia siap buat. so, nk menghabiskan masa pergi la balik ke Pasar Payang sambung beli barang lagi. kali ni cari t-shirt je. semalam tak sempat kan. dptla selai tuk aku, selai lg tuk Muaz. org lain punya tak sempat nk cari. ngee. ampun** settle cari t-shirt patah balik ke kedai kepok lekor, ngam-ngam sampai dah siap keropok lekor. maka meneruskanlah perjalanan pulang.

dlm pukul 2 berhenti solat kat Masjid terapung tu. ni lah dia....style and design lebih kurang sama dengan masjid terapung Jeddah.



cantikkan

kak izan setia amikkan gambar sebab dia tak suka gambarnya diambil. sebab tu la muka kak izan tak byk sgt. marah sokmo org tangkap gambar dia. kikiki. overall, trip kali ni even singkat sgt, tp besssssstttt sgt2. we should organize trip mcm ni byk lg pasni k. calculation belanja tak buat lagi. hehehe. nnt la kita kira berapa byk sorg kena bayar. hahahaha. bajet trip kan, semua kena tong tong la. 

ok.. tamatlah sudah episode Jalan-Jalan Terengganu. 

Jalan-Jalan Terengganu 2

lepas sarapan kat hotel, kitorg bertolak ke rumah kak Nor untuk agenda kemuncak yang sebenarnya. tujuan nak ke KT ni adalah sebab kak nor nak betunang. yeaaaa!!!! kak nor's e day. hehehehe. semangat tak kitorg datang. yes... sangat bersemangat sekali. dah la dari kl, tdo semalam je, mcm dekat je kan KL-KT. kikiki. bukan ape, ni majlis pertunangan yang memang dinanti-nantikan sangat. kena excited lebih la kan. as closest friends we know the liku-liku yg dihadapi untuk sampai ke hari bahagia ni. hee :)) tu yg sanggup dtg tu.

sampai-sampai je, kak nor tgh mekap. mmg lainla. hehhehe. org yg jrg mekap, sekali mekap mcm dh tak kenal dh mula2. heheh. cantik. pandai tukang mekap tu.







"mcm nok nikoh je ase.."


kak nor n kak sha


mereka

alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. ramai sungguh rombongan pihak lelaki. gambar masa sarung cincin tak berapa cantik sgt, gelap. menu hari tu adalah nasi dagang. mmg pure terengganu punya. sebelum ni aku mcm tak berapa suka sgt nasi dagang ni, tapi bila dh makan kat sini pun mcm biasa-biasa jugakla. heheheh. sedap la tapi kalau nk compare dgn yg ada kat sini. sedih. dah salam muah muah muah semua kitorg pun berangkat pulang.

Jalan-Jalan Terengganu 1

sampai je Marang, inform kak Nor sebab kak Nor suh tunggu dekat masjid terapung nnt senang nak gerak sama-sama ke rumah dia. yang kitorg ni kan sumenye outsider so jenuh la nk mencari masjid terapung tu mana satu. puas la duk mata melilau cari signboard 'Masjid Terapung' tapi tak jumpa-jumpa. rupa-rupanya masjid terapung tu namanya Masjid Tengku Tengah Zaharah. hahahhaha. sengal. dah terlepas rupanya kitorg. nasib baik tak jauh sgt. noticed ye kalau korang pun nak cari masjid terapung. sampai ke sudah tak jumpa nnt kalau refer signboard masjid terapung.

sampai rumah kak nor, lunch dulu situ. perut mmg tgh laparkan. makan mmg tak hengat la. semuanya sedap-sedap. lepas solat rehat-rehat jap, gambar-gambar sket. 






pastu gerak terus g bandar, sebab masa kitorg kejap je kan so tanak buang masa la. destinasi seterusnya mana lagi?? pasar payang la. famous amous punya tempat kat KT kan. sesak sket bandar KT sbb tgh monsoon cup so ada jammed sket. heee. kak nor ikut sekali, senang la kitorg nak tawar-tawar nnt.



kak sha's family




ok. ops mencari sutera sudah bermula... masa ni mata dah start berpinar-pinar sket. ooo. semuanya mmg comei-comei belaka. tak tau dah nk pilih yang mana satu. semuanya berkenan di hati. kopak aku kalau duk kat Tganu. 





nasib baik banyak penasihat. hehehhe. pilih punya pilih, rembatlah dua helai. dapatlah murah sket sebab beli kat pakcik kak nor punya kedai. tu pun dah puas tawaf banyak kedai. rata-rata harga semua lebih kurang sama. ok la tu. so dah beli masing-masing punya barang, turun plak kat area keropok. terus beli keropok keping and rushed balik hotel sebab time tu nak kejar baca doa akhir tahun. tak kira kat mana kita berada, selagi sempat kita lakukan maka kena buat kena baca doa biarlah pengakhiran tahun kita ditutup dengan baik dan buka lembaran baru dengan penuh bermakna. alhamdulillah sempat buat kedua-duanya. kitorang stay kat Midtown Hotel, sebab hotel lain semua dah penuh. jadila semalam je kan.

after maghrib keluar balik, teman kak nor amik kek. kek ape? surprise! tu citer kat next entry. then g jalan-jalan jap kat Pantai Batu Burok. angin sangat kuat, ombak sangat besar tapi best la duduk tepi pantai sambil menikmati jangung bakar. bila perut lapar terus g dinnner. part ni mcm tak suka sket. huhuhu. restaurant tu ramai org, nampak mcm menarik la kan tapi apa-apa makanan yg nak diorder semuanya dia ckp lmbt. so dah patah selera, at the end makan yong tau foo je. tp sangat tak menarik, ada satu bnda dlm tu mcm basi sket. sabor je la. 

settle makan, g umah kak nor hantar dia balik. the main agenda will be tomorrow. tgk umah kak nor pun dah siap-siap kemas. sembang-sembang dulu dgn mak, and kakak kak nor. dlm kul 10 pm gerak balik hotel. mata mmg tak larat sampai hotel terus kebabom. kroh kroh kroh. zzZZZZzzzzZZZzzz. 

jalan-jalan Terengganu

yeaa... akhirnya setelah bertahun-tahun yang dulu kini dpt lg menjejakkan kaki ke tanah tganu kite. teruja!!. short trip je pun. g sabtu balik ahad. masa singkat je, tp rasa entry kat blog ni kena berpart-part juge kot. hahahahaha. biasala, sekali sekala g Terengganu sume gambar nak di amik.



sebagai bukti ke Terengganu, maka gambar signboard harus di'snap'. ni dh dekat area Kerteh kot kalau xsilap. cuaca nasib baik ok sepanjang perjalanan, walaupun sekarang kan musim hujan tp alhamdulillah hujan cuma sekejap-sekejap je. tapi ombak kat pantai mmg tinggi gak la. bertolak dalam pukul 7am dan lebih kurang kul 2 sampai ke destinasi --->> Gong Tok Nasek. trip kali ni disertai oleh kak izan, kak sha, hakim, abah hakim and me myself.

bergambar before bertolak. janji nak gerak lepas subuh, tp.. sudah terang daa.






hakim belum bangun lagi, terpaksa diangkat terus masuk dlm kereta. otw nnt baru mandi la ye hakim cayang. masyam-masyam sket takpe. heee. 

next entry, kita story bila dah sampai sana. korang ingat senang ke, mak aku nk lepas aku pegi ni, dgn musim hujan nya, dengan banjirnya. tapi alhamdulillah setelah meyakinkan dengan sepenuhnya maka impian dah jadi kenyataan :p

Wednesday, November 23, 2011

Never Mind...






I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you....




...............




never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you...




what a sad love song :'(

Tuesday, November 22, 2011

120 minit yang mendebarkan

dari saat pertama sepak mula, sampai ke wisel penamat aku melekap depan tv. wahh. berbaloi rasanya. bergoncang-goncang dada rasanya. mulut ni mmg tak benti2 la mengulas. kikiki. heyy. penangan bola sepak kan. sebab final, haruslah bg sokongan sepenuh hati. aku tgk dgn mak. mak pun boleh tahan gak komen, dengan si octopus, si patrich, sinaga, bonai la,  la. teeheee. tak paham aku tiap kali dpt corner, free kick ke mesti si bonai tu nak touch jaring gol. bajet leh goal la pastu. tp mmg debar yg amatla tiap kali bila bonai, and the geng lepas dr defends malaysia. dub dab dub dab jantung aku.

player Malaysia semuanya boleh dibanggakan, walaupun de satu dua yg nmpk mcm tak syg bola sgt tp takpela sebab uols kan muda lg, nama pun harimau muda. so byk lg peluang nk asah taring tu. mmg mata aku tak lepas la kat captain badrol. cair der tgk lu sepak bola. muslim pun hebat gak (cute je bila angkat tgn menunjukkan tanda tak bersalah masa de player indon jatuh kat kwsn gol malaysia), asra pun power gak, n tak lupa gak la kat si apek tu, even aku mcm tak suka sgt kt dia ni tp simpan dulu la rasa tak suka tu, bola punya pasal kan. kena sokong 110%. hehehe. so far mmg puas hati sgt game mlm td. tp syg la Fakri missed satu penalti. tsk tsk. masa captain sepak and bola dpt ditepis gk indon, aku dh mcm pasrah dh. tp...kuasa tuhan..boleh bola tu masuk bergolek dlm goal. senyap Gelora Bungkarno. heeeee. nice!!!!!

secara rasminya Malaysia Juara Bola Sepak Sukan Sea 2011 dengan tendangan penalti 4-3 setelah seri 1-1 di waktu permainan.

tahniah harimau muda!!!! aummmmm!!!

Thursday, November 10, 2011

Masterchef @ home

sekarang tgh hot pasal masterchef kan, dengan isu-isu nangis2nyer, dengan jurinya pulak yg palsukan CV. aiyooo. tapi aku tetap suka dgn reality show ni. depa nak nangis biarlah, honestly aku takde masalah la dalam bab-bab diorang nangis ni. touching beb tukang-tukang masak ni. hati mereka kan lembut, bila masak dengan penuh kasih sayang sekali tersingkir or at bottom place mestilah sedih kan. lumrah la, bila benda passion yg kita buat tapi tak achieved confirm la nangis. tsk tsk. Malaysians, accept je la reality tv show. tak yah la nak condemn sangat. okay?

yang si Chef Riz palsukan CV tu pulak pekejadahnya buat mcm tu. everyone knows yg u mmg talented chef, y should u do that??? shame on you la. huk huk huk. kang dah sume org kutuks u. takpela, u pun dah admit your mistake kan. tp malu dow. obviously aku mmg suke la chef riz ni masa judge resepi diorg tu. tp tak leh lawan dekat my fav chef la, Chef Jo. heeee. Chef Jo kalau merasa food memang tak leh blah, kemain sedap aku tgk dia makan. teheeee :p

bila tgk masterchef mcm rasa cool giler bila pandai masak, so aku pun perasan gak la jd org yg pandai masak kat rumah tu. kah kah kah. terus potong bawang ala-ala masterchef (sila tgk episod yg awal-awal Chef Yahaya ada show cara potong bawang). kikiki. pastu terus update blog masak aku. padahal dah bersawang giler blog masak tu. so kalau korang baca blog ni, jangan lupa singgah sekali kat blog masak aku ye. padahal baru de 3-4 resepi dah kecoh. haiyaaa. heee. do visit resepimakKita.ok bye :)

Wednesday, November 9, 2011

penangan Soffiya

citer Soffiya nampaknya dah berakhir semalam. aku bukan nak ulas ape pun, just tak tau mcm mana tiba-tiba je dah jatuh hati dengan Ilyas (watak Fizo Omar) ok. heeee. o.m.jeee.. ngeh~ ngeh. senyum cam kerang busuk. bagi pelempang lak kang.

serious wey. Ilyas lakonan Fizo mmg menjadi, very the gentle and soooo handsome nampaknya dalam citer ni. selama ni aku agak racist sketla kat mamat ni sebab dia kan org K*L@73. kah kah kah. aku pun tak tau pe kene mengenanye. kihkihkih. sumpah tak tau dari mana dtg penyakit ni. kalau dedolu asal nmpk si Fizo ni berlakon je terus bolayan. "alah mat K*L@73 ni bukan terer beno berlakonnya, harap muka je hensem." ohh.. itu antara words yg selalu ku lemparkan pada mu Fizo. *ampun! teeheee~

now, acting ko pun dh makin matured.. ok la. not bad la, compare cam dulu agak batang kayu siket la. *ampun lagi* hehehehhe. suka part bila Fizo(Ilyas) marah kat Fiona. terserlah kejantanan mu bro. sampai aku ckp padan muka Fiona *over ok aku tgk citer Soffiya ni. hahahaha. emotional sgt. nk buat cane dh hati gua selembut Soffiya..wek wek , muntah hijau kuar :D kikiki. overall, citer mcm ni sesuai la buat tontonan petang. light-light je pun jalan ceritanya, cuma pada awal episode tu je yg horror nk mampus dengan dr gila tu a.k.a bapak yaya. si Muiz tu pun aku tak paham kesengalannya dalam citer ni. mcm nk bg penyepak gak kat dia ni. intai-intai rumah org lak, pastu dengan kepala teleng-teleng sket, serious psiko giler watak dia ni.

tu la citer dia, nk bg sedap kenala variety kan watak dia kan, plot kena kasik up sket. baru adrenaline rush sket masa nonton. good job la overall. rasa citer yg ganti Soffiya ni pun mcm hebat gak. Tentang Dhia. ok fizo.. good luck! tetiba. :)) 

ps: bertambah-tambah lak suka kat Fizo sejak-sejak dia mengacarakan Nasi Lemak Kopi O. *melts*




*


*


nk update siket lagi tp tak de kaitan dengan Fizo pun... ni pasal Mat Luthfi. kah kah kah. tak larat nak gelak dah. enjoyed his video much much much :)







Saturday, November 5, 2011

ketam bercili

semalam beli ketam kat Jusco, rasa teringin sangat nk mkn ketam. kalau aku pilih haruslah yg besar-besar. baru puas sket, hari tu kak long beli ketam kecik sgt. kikiki. kalau uols nak tau, ketam pun ada jantan ngn betina (ke aku je yg baru tau), kalau nk sedap amik ketam betina, terbaek penuh dengan isi yang gebu. kikiki. yg menentukan jantan atau betina pd ketam tu adalah pd kulit cangkerang dia kat belah belakang, tempat yg boleh selak-selak tu. kalau jantan, tempat selak dia tu tirus je, kalau betina tempat selak dia tu lebar.



ada faham?? bukan pe, kadang-kadang aku pun lupa gak. beli ketam sekali sekala, abih tu tiap kali nak beli duk asyik tanya abah mana satu jantan mana satu betina (abah mmg expert ye part beli barang-barang basah ni). bila dh tulis ni, sekurang-sekurangnya aku igtla nnt, bukan aku saje ye, tp kedua-dua akak aku pun sekali. hari tu kak long dia pegi beli ketam jantan. alahai ciput sgt isinya. (nmpk sgt kak long pun tak kenal jantan tina). hahahahaha

nak tau masak pe dgn ketam tu. oleh kerana kami membesar dalam keluarga yg mengamalkan pemakanan yang sihat, maka biasanya ketam tu masak tumis air je la. see...




sihat ok!! namun, disebabkan anak bongsu mak ni suka makan yg pedas-pedas makanya aku sendiri masak ketam aku. boleh?? hahahaha. 3 ekor ketam yg lain masak tumis air, aku punya sekor masak ketam cili. hihihi. sendiri nak makan, kena masak la kan. so..ni lah hasilnya.




hehehhe. setaaapppp. tp terlebih minyak sket.. oppss. cara-cara masak:
  1. goreng ketam dengan kunyit sampai masak (kemudian asingkan)
  2. tumis bawang merah, putih, dan halia dengan minyak gorengan ketam td
  3. masukkan cili yang dikisar
  4. tumis hingga masak
  5. tambah sedikit cili sos, tomato sos n tiram sos
  6. gaulkan ketam dengan bahan-bahan tumisan
  7. siap untuk dihidang
dan rasanya amat menyelerakan. kalau sape tgk aku makan ketam, mmg aku makan yg paling lama sekali la sebab mmg habis semua bahagian aku korek kasi licin. mmg tak membazir. ok. selamat la memasak ketam bagi sesapa yg nak mencuba.

noted: ketam di atas adalah ketam bunga :))

Wednesday, November 2, 2011

ww {update previous entry}

kerja

baru la rasa semangat balik nak update blog. lega dah hantar paper kat dr. asal buat paper je, mula la stress. asal buat paper je, mula la hidup tak keruan, asal dr tanya je mula la menggelabah tak tentu pasal. kikiki. itulah aku. tapi ni pun mungkin lega hanya tuk smentara waktu je. confirm pas dr baca mesti ada yg nk kena edit lg. sementara menunggu dr baca and email back to me leh la bersuka ria kejap. kikiki.

minggu ni pun, aku dh cancel kan kelas sebab budak-budak tu semua mintak nak balik raya pasal kelas jumaat ptg kan. ok la. boleh tolerate la kat sini sebab hari raya haji kan. kalau perayaan lain, rasa tak bg la kot. jangan lupa kelas ganti nnt k.

ada lagi satu benda yg bikin hati panas membara sampai ke hari ni. gambar studio konvo sampai sekarang tak siap-siap lagi. janji 2 weeks je, tp ni dah sebulan lebih dah tak dapat-dapat lagi. geram betul la. payment dah settle, tp barang tak dpt lagi. tak baik la buat mcm ni dekat customer. ko kalau nk kejar sgt g tangkap gambar konvo kat uni lain tu pun man-man la. janganlah tamak sgt sampai ke kedah, terengganu bagai ko nak pegi. kalau nak pegi jugak sekalipun, takkan la org yg buat editing pun ko angkut sekali. kedai dah la asyik tutup je. hari-hari aku duk usha kedai tu, hangin je badan bila tutup. eee. ptg ni aku nk round lagi, kalau bukak aku nk bg sedas dua. pffttt#@%^@R$^&* bikin panas. dush dush dush

esok ada futsal. tak tau nak main ke tak. dah lama dah tak main sejak bulan puasa hari tu. mcm malas rasanya. tgkla mcm mana nnt.

Sunday, October 30, 2011

jom senamrobik


meh sihatkan badan dengan coach!!



lapan lapan lagi~



kikiki

rusa dah kalahkan penyu..

penyu jangan menangis. teeheee. game mlm td menarik gak la. even tak tgk sgt, tapi kehangatannya tetap dirasai. dua-dua team are not my favorite. so, aku biasa-biasa je la. as for me, kalau dah sampai ke final meaning these 2 team yang terbaik la kan. kira hebat lettew. bg aku yg sentiasa mnjadi pojaan hati semestinya "Red Giants." forever red giants sambil tepuk dada. over. kah kah kah. even Selangor kalah ngan Terengganu kat semi, tapi sokong tetap sokong.


die hard fan ok!  merah kuning lambang kebanggaan.. syok sendiri~


sebab selangor tak ke final, maka kita harus tenangkan jiwa dengan melakukan aktiviti yg berfaedah. yippieee. shopping spree!!! sangat excited. rasa dah lama tak menghadiahkan sesuatu pada diri sendiri. nampak sgt penipunya. mood membeli-belah telah dtg kembali. its awesome!. kesiankan aku sebelum ni, tak de rasa nak shopping. ngee. now, i'm back to normal. senget.

Wednesday, October 26, 2011

murah rezekinya

hari ni cuti deepavali melepak saje di rumah. kan bahagia kalau esok lusa cuti gak. baru betul-betul 1Malaysia. dah kira untung rakyat kat Malaysia ni kan, india raya kita cuti, cina raya kita cuti, melayu raya diorg plak cuti. best kan.

di petang hari hujan pulak, baru je bercadang nak pergi makan-makan kat Bagan Lalang. terpaksa cancel. lain kali la kan. ada muaz baru best. muaz sekarang dah banyak cakap dah. banyak perkataan baru yg keluar dari mulut dia. contoh: bila atuk bersin, dia akan cakap "atuk acem." paham-paham la kan bunyi bersin mcm mana kan. so dia akan interpret ikut yg dia faham. hehehe.

sebab plan nk mkn ikan bakar cancel, so weol decide nk g sate Kajang. tp bila fikir-fikir balik, mesti ramai org kat Samuri. so malas la. jadi angah ajak makan Kenny Rogers. act, kitorg jarang sgt2 mkn KRR. ni pun kali ketiga for me. almaklumlah selera aku lebih kat sambal belacan kan. lidah Melayu asli katanya. murah pun murah, sedap pun ye gak, tp bila org nk belanja, maka kecil tapak tangan, tersenyum-senyum kegembiraan. hehehehe. ye, aku bukan biasa makan mahal-mahal mcm korang. makanya haruslah teruja lebih :)) 


sedaaappp. mocha ice blended


the muffins. fresh from oven. sedaappp


mine: quarter chicken with BBQ baked beans, mashed potato and macaroni cheese. tempting~




mak, abah, ngan angah pun lebih kurang sama je menunya. cuma side dishes je yang lain-lain. mula-mula igt nak makan spaghetti je, tp rasa tak cukup kenyang nnt tu yg order ayam. hehehe, keji. 

alhamdulillah, semuanya licin. thx angah for the treat. next time belanja lagi. 


sama tak muka kitorang??


sedap memang sedap, tapi mak ckp sekali sekala boleh la. emm. nampak sgt mak tak gemar. kikiki. takpela, next time acu lak belanja. kita makan ikan bakar kat Melaka yg terbaeeekkkk punya!

Tuesday, October 25, 2011

kalau la hari-hari cuti sekolah..

lately ni sarapan sorang-sorang je. lama dah tak breakfast together-gether dengan kak nor and kak izan. g office pun awal dah skrg. kalau lambat seminit dua je, alamak stress la pagi2 dengan kesesakan lalu lintas. sape yg tinggal area ni, mmg dah masak dah ngn situation ni. ada polis jaga ke tak sama je jem nya. tsk tsk tsk. tapi terima kasih gak la kat abg polis, sekurang-kurangnya bila ada dorg pantas sket la perjalanan tu even tak nampak effect sgt pun. kikiki. bangunan kiri kanan naik, projek perumahan mcm cendawan tumbuh, shopping complex mekar berkembang tapi jalan mcm tu gak. kecik cinonet. nothing change. dari 5-6 lane nk susur kuar jd 2 lane yg sempit. mana la tak jem kan???

tapi semalam jalan raya mcm syurga. kereta tak byk. mungkin byk sekolah cuti nak deepavali kan. best giler. lengang yang amat. kalau hari-hari mcm ni. mmg senyum je sepanjang perjalanan. ngee. akibat kegembiraan yg melampau maka breakfast semalam rase nak makan lain dari yang lain. (aku pun tak tau pe kaitannya) hehehhehe. rasa mulut ni kecur-kecur nak makan mee kari. makanya. tadaaa..


teruja tak korang???


waa.. sedaaaapp. tambah lagi part tahu serap air tu. bila kunyah dalam mulut, perghh.. kelembutannya memang terserlah. terasa keluar kuah kari tu dari liang-liang roma tahu. aku tak tau la pe nama tahu besar tu. aku panggil tahu besar serap kuah. hehehe. sambil makan mee kari sambil layan tonton. ni mmg rutin hari-hari kalau breakfast kat office. mmg dari dulu lg makan mesti wajib tgk tv. terima kasih tonton. mana citer yg terskip tu, xde masalah nak tgk balik. tp part bila diorg bt maintenance. mmg sedih la. seolah-olah tiada peneman ketika makan. menggelabah tak?? hahahaha.

Monday, October 24, 2011

panggilan Tanah Suci

seronokkan bila menjadi tetamu Allah. walaupun bukan aku yang pergi, tapi bahangnya masih tetap dirasai. kat kelana jaya ni pun dah penuh umat Muhammad, semuanya berpakaian serba putih, berihram ditambah pula dengan laungan 'Labbaikallahumma labbaik'... wah..ni baru kat kl, kalau kat mekah tak tahu la mcm mana rasanya. berjuta-juta umat muslimin dan muslimat berhimpun di tanah suci kota mekah dan madinah untuk menunaikan ibadat haji. seronok rasanya.

kali ni, alhamdulillah tercapai hasrat Pak Ngah dan Mak Ngah nak ke sana. muka ceria je. nampak bertenaga je masing-masing walaupun umur dah mencecah hampir 80 tahun.


 segakkan..

ada sorg budak kecik tu, boleh pulak time org semua sibuk bergambar dia g bantai mengorat. heyyy. ini budak aa mmg tau. boleh pulak beramas beramah mesra dengan budak-budak kat situ. gegirl okay. pandai betul pilih kawan. silakan tgk aktiviti dia.






aishh.. geram sungguh. kakak-kakak pulak melayan. lagila dia excited. kemain betul dia skrg ni.



baju tak larat ada bunga-bunga. gap from cambodia. hehehehe. besar dah muaz acu. tak lama lg nk ada adik dah.


berbalik pada citer asal, flight Pak Ngah and Mak Ngah akan direct ke Mekah. maksudnya diorg akan buat haji dulu baru umrah. semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan selamat menunaikan ibadat rukun islam yg ke 5. kami doakan semuanya selamat.

Sunday, October 23, 2011

simpanan lantikan

ok. bawak bertenang. tarik nafas dalam-dalam. tarikkkkk... lepasssss.. orait.

kalau sape-sape yg follow blog ni, mesti almaklumlah yg aku de g interview SPA tuk jawatan pegawai kerajaan kan. hee. mcm la ramai yg sebuk nk amik tau psl aku kan. tak kesahlah, ni korg dh terjah ni, makanya baca je lah kan?? heee

keputusannya dah keluar ok. tak sengaja lak bukak website spa td. tup tup ada dah. nebes ok terus sejuk2 tangan masa tu. kikiki. bila dah masuk ic semua, mata pun bukak ciput je konon2 tanak nmpk sgt la keputusan tu. padahal bukannya nmpak pun dia tulis pe. so besarkan balik mata dengan gagahnya. masa ni dah imagine result antara TAHNIAH or DUKACITA. kita kan akan grab first word dia kan, tp kali ni tak nampak lgsg dua-dua perkataan tu. tak leh jd ni. lantas terus membuntangkan biji mata agar dapat membaca keputusan dgn tenang. tarik nafas lagi. dan keputusannya adalah..



sebelah kaki dah dapat, sebelah lagi tertinggal. cane? xpela. bersyukur je la kan, simpanan pun simpanan la. at least nama still dalam list. belum time lagi agaknya nk commit dgn government. ececeh. mcm skrg tak kje gomen. mmg la, cuma position skrg belum meyakinkan lagi. emm.. we'll see.

adakah ini petanda nak suruh aku focus mengajar? ataupun bg sign tuk further Ph.D? (mcm menarikkan? mcm nk sambung je rase). maybe i'm not good enough masa interview tu kan. pfftt. tula. tak alert isu semasa. ditanya soalan apakah dasar yang dibubarkan baru-baru ni pun xleh jwb. kikiki. series aku igt satu je time tu.. papepun, kena improve lg next time. mungkin ada salah silap dlm diri yg menyebabkan menjadi halangan tuk dapatkan sesuatu. misalnya hubungan kita dgn tuhan (byknya dosa), hubungan dgn ibu bapa (alahai..selalu je melawan), hubungan dgn kawan2 ke (korg de makan hati ngn aku ke??) or dengan makhluk tuhan yg lain. who knows?? untuk menempuh hari-hari yang mendatang ni, kerojela dgn apa yg ada skrg ni. tul tak.

to those yg berjaya, congrats :)) mana yg sipi-sipi mcm aku ni. berdoa je lah agar kena panggil nnt. mana yg tak dapat tu, igt..cuba lg. rezeki ada kat mana-mana je. don't give up :D  NEVER SAY NEVER~

Saturday, October 22, 2011

Tuesday, October 18, 2011

Quarter Pounder Promotion

hohohooho.. peminat mcD especially peminat tegar quarter pounder jgn lepaskan peluang ni kay. nah jgn lupa print ni.



*


*


*





cepat-cepat.. murah2 :)

Wednesday, October 5, 2011

first lecture

wah. excited kay. tapi dalam hati tuhan saje yg tau macammana kekocakannya. bak buk bak buk. tak sabar nak tgk muka my student. muka toye ke, muka interested ke, muka blur ke, muka bosan ke. hehehehe. semuanya bercampur baur dalam hati.

nak ke diorang ni dgr cakap aku, pay attention ke idok. ye la. almaklumla pengajarnya bertubuh kecik. keh keh. student so far ada 46 org combine dua fac which is from fpi and fssk. dua faculty yg berbeza so background  student quite different. my first expectation student from fpi kita leh classkan diorg as yg sopan santun, polite, yg tunduk-tunduk, while from fssk rasa-rasa mereka yg jenis huha, spontaneous, outspoken. but i'm totally wrong. ustaz2 pun boleh tahan loyar buruknya. hehehhe. one of the situation...below:

miss, miss... yes... xde papela. saje je panggil miss..

boleh ke macam tu?? sabar je la.. kebanyakan my student dlm lingkungan usia 21 la. sebab most of them second year student, mixed malay and chinese. indian tak nampak lagi. cuma ada sorg pelajar istimewa yang dipanggil 'abi'. guess why?? because of his age dah cecah 59 years old. punyalah semangat nak buat degree. kagum miss kat situ :)).

and satu lagi ayat yg buat miss terharu adalah:

miss, miss.. umur miss berapa? nampak muda la. 23 ye?? kikiki.

terus kembang kuncup hidung miss. hahahaha. and now, miss tgh siapkan lecture notes untuk kamu semua. insyaallah miss akan cuba bagi yg terbaik buat kamu semua.. ahaks (perghh..ayat tak larat.) kikiki. tatatititutu. c u on friday. till then. adios amigos.

Monday, October 3, 2011

transformasi keKEMBANGan

oh no... badan aku memang cepat je kembang kalau tak jaga makan. bantai makan sedap-sedap dengan penuh minyak dan berlemak memang haru la jawabnya. hari tu duk beria-ia jaga makan masa bulan puasa, la ni pas raya dah kembali ke seperti sedia kala (sangat teruk ok). obvious gila bila tgk balik gamba konvo. tang pipi tu memang naik berkati-kati rasanya. nyampah betul. see..lagi kembang, lagi lebar pulak senyum.



yang bawah tu gambar masa 1 syawal, yang atas tu masa 26 syawal. tak sampai sebulan boleh makan, badan sudah mula kembang semangkuk. kalau 11 bulan nnt, dah tak tau la rupanya mcm mana nnt. lemak byk kumpul dekat pipi. xfaham aku. tudung tak mempengaruhi ok, sebab pakai tudung yg sama di kedua-dua kejadian. nampak sangat dah gem#k yg melampau. tak sanggup nk g timbang badan. tsk tsk tsk.

Wednesday, September 28, 2011

ww [graduation day]









ALHAMDULILLAH





sempena





Majlis Konvokesyen UKM

Sidang 2 (24.09.2011)