Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Monday, May 28, 2012

moga dipermudahkan...

ya allah ya tuhanku, kau permudahkanlah urusan ke dua ibu bapaku dan kakakku sewaktu menunaikan umrah.. Kurniakanlah mereka kesihatan yang baik, kesabaran dan kekuatan semasa berada di sana. semoga mendapat umrah yang mabrur...



kami mendoakan kesejahteraan mak, abah n angah di sana. as-salam.. till then

 

Thursday, June 17, 2010

umrah: epi 5 - Makkatul Mukarramah

info: blog tentang umrah ini adalah backdated k. harap maklum
(umrah 21apr - 6mei 2010)

day 5 barangkat ke Mecca..perjalanan lebih kurang 5jam lebih la naik bus. around 10pm sampai kota Mekah. cahaya lampu bergemerlapan. panorama malam yg memang mengasyikkan. kota mekah tidak sunyi dr org ramai. lepas dinner terus melakukan umrah wajib, memandangkan kami semua dh niat miqat di bir ali.

kaabah~ jutaan manusia mengelilinginya. subhanallah

sepanjang berada di Tanah Haram, Mekah hati memang tenang je. langsung xde masalah. kepala pun tak serabut. rase seronok sgt. rase dekat dengan Allah. tatkala bersolat jemaah di Masjidil Haram rasa sayu je dgr bacaan imam mengalunkan ayat2 suci Al-Quran. timbul perasaan yang memang tidak dapat digambarkan. Bacaan imam2 di Masjidil Haram memang menyentuh hati terutamanya bila waktu maghrib di mana alunan bacaan Imam Sudais sgt2 meruntun sanubari, kadang-kadang beliau menangis sewaktu mengimamkan solat. bergetar hati ngan jantung aku.

di Mekah, after solat fardhu kebiasaannya ada solat jenazah sama mcm di madinah. untung sgt bg mereka yg meninggal dunia kat sini. jutaan manusia menyembahyangkan jenazah mereka.

10 hari di Mekah byk tempat dilawati. antaranya Padang Arafah, Jabal Tsur, Jabal Nur, Muzdalifah, Mina, Ladang Unta, dan Muzium Sejarah Mekah. Pendek kata 10 hari di Mekah sebenarnya rasa singkat je. huhuhu. apepun, alhamdulillah syukur byk2 kerana akhirnya sampai juga aku menjejakkan kaki di rumah Allah. moga pertemuan ini, bukanlah yg terakhir untukku. kaabah: suatu hari nnt aku akan dtg melawatmu lg. insyaALLAH

enjoy pics below k :))

antara waktu magrib n isya'

laluan safa - marwah

masjid lil haram dr luar (yg tinggi tu zam zam tower)

kota Mekah

in front Hotel Holy Days

Melawat ladang unta (susu unta 5 riyal sebotol)

sekitar Jabal rahmah

atas jabal Rahmah - tempat pertemuan Adam dan Hawa

Jabal Tsur

Air ZamZam

ok la..dengan ini berakhirlah episod UMRAH..moga2 korg semua dapat info yg tak seberapa ni dr aku.

Thursday, June 10, 2010

umrah: epi 4 - menziarahi makam Rasulullah SAW

info: blog tentang umrah ini adalah backdated k. harap maklum
(umrah 21apr - 6mei 2010)

salam semua,

rasenye mmg dh terlalu lama aku tak update pape story kan. hehehehe. memang sibuk sket la sejak dua menjak ni. ramai dh bising psl aku stop cerita psl umrah hari tu. sorry ye rakan2. ok la, aku try sambung balik ri ni.

selesai solat subuh di Masjid Nabawi, kami semua kembali ke hotel untuk bersarapan pg. terpancar muka keletihan di raut wajah masing2. sarapan pertama di tanah suci Madinah adalah nasi lemak and it's awesome. gler sedap. hehehhee. sewaktu sarapan, ada sorg pekerja Indonesia yg tya aku "adek, mau beli sim kad untuk tepon ke malaysia?" hati sudah mula berbelah bg. hari tu aku pk2 tak yah la beli, lgpun bukannya lama sgt pun 2minggu tu. tya punya tanya, last2 aku beli gak. yeaaa!!!!!!! 35 riyal je. ok la. yg penting dpt call direct ke malaysia.

pas sarapan adalah aktiviti bebas. sape nk rehat leh rehat. sape nk tgk kedai2 leh g, sukati masing2. tp kak niah ajak aku pegi raudhah. bile sebut je raudhah bulu roma aku naik. it's the time now. raudhah..here i comeee!!. buat pengetahuan semua, raudhah ni merupakan salah satu taman syurga, tempat di mana segala doa dimakbulkan.

alhamdulillah syukur. tp nk masuk ke raudhah jgn ckpla, memang ramai betul org. nasib baik ada polis wanita yg jaga. kalau tak, memang yg kecik2 tu abis kena penyek, kene sondol, tolak2 tu toksah nk ckpla dengan badan mak2 arab yg besar gler tu. huhuhu. bila sampai turn group org asia, maka kami semua pun bergerakla ke raudhah. almost 50 metre nk sampai raudhah. make sure pegang tangan kuat2, sbb org terlalu ramai berhimpit2 n berasak2. sampai je area raudhah, ya allah..aku memang tak tertahan2 air mata. automatic berlinang dengan sendirinya. ya allah, ya rasulullullah. syukur sgt2. akhirnya dapat menjejakkan kaki ke raudhah. subhanallah mmg cantik sekali. mulut tak putus2 memanjatkan doa. berdoa dan terus berdoa. Ya Rasulullah, aku dtg ya Rasulullah. menziarahi makamMu. ada satu perasaan sayu dan hiba bila betul2 berada di sana. seolah2 rasenye benar2 bertemu dgn Rasulullah. Rasa betul2 dekat dengan baginda, rase seolah2 bertentang mata dengan Baginda. rase sedih mengenangkan dosa2 yg telah dilakukan, rase malu dengan perbuatan jahat yg pernah dilakukan, rasa sayu dan hiba kerana dengan izinNya aku dapat menjejakkan kaki di makamMu, di mana suatu ketika dulu tempat inilah merupakan tempat di mana Baginda SAW pernah berpijak, tidur, solat serta menyampaikan khutbah. 1001 mcm rase yg memang tak dapat nk digambarkan. kau lihatlah, betapa ramai ummatmu yg dtg untuk bertemu mu, mendapatkan syafaatmu, tanpa mengira warna kulit, kaum, negara sumenya sama di bawah satu bumbung ISLAM. sekiranya ummat-Mu bersatu ya Rasulullah...pasti ISRAEL laknatullah itu.........sekiranya bersatu......

syukur tak terhingga, dengan rezki yg ada aku berpeluang solat sunat tahiyatul masjid betul2 di barisan hadapan skali itupun atas bantuan kak niah, mak long n mak ngah. kene ada org jaga, kalau tak takut je ade yg kene pijak kepala. bukan sume org sabar dan boleh nk bertolak ansur. huhuhu. lepas semua dh siap solat sunat, kitorg pun keluar meninggalkan raudhah. kasi chance la kat org lain. mane boleh conquer lama2. tu la pengalaman yg paling berharga sewaktu di madinah yg sampai bila2 pun aku xkan lupakan. raudhah salah satu taman syurga. masyaAllah. kadang2 terbau2 wangian raudhah sampai skrg. sejuk dan nyaman sekali. alhamdulillah.. terima kasih ya Allah..mata kembali berkaca2..

Wednesday, June 9, 2010

umrah: epi 3 - gambar sekitar di Madinah Al-Munawwarah

info: blog tentang umrah ini adalah backdated k. harap maklum(umrah 21apr - 6mei 2010)
























Tuesday, May 18, 2010

umrah: epi 2 - day 1 (arrived at medina)

info: blog tentang umrah ini adalah backdated k. harap maklum
(umrah 21apr - 6mei 2010)

dr jeddah, kami terus bertolak ke madinah. perjalanan ke sana menaiki bus mengambil masa lebih kurang 5jam lebih. hampir sepanjang perjalanan aku tidur akibat keletihan setelah berada dlm flight hampir 10jam. lg pulak kalau time Malaysia mmg tgh syok tdo time ni. beza waktu kita dgn arab adalah 5jam. kalau kat malaysia kul 12pm kat sane baru kul 7am. frst, two days tu mmg terkebil2 gak la mata aku tahan ngantuk. tp lama2 ok dh.

kitorg sampai di madinah dlm kul 3.00am. meremang gak la bulu roma bila mutawwif kata "wahai tetamu Allah yang dirahmati, kini kita telah memasuki tanah haram madinah....bla bla bla" dari jauh dah boleh nampak Masjid Nabawi tersergam indah. Subhanallah. (naik lg bulu roma aku). di Madinah, kitorg menetap di AlFayroz Shatta Hotel. mmg tip top, mmg selesa hotel ni. makanan pun xde masalah. sumenye aku telan, sumenye sedap. hehehehe. lokasi hotel ni mmg strategik, sbb btl2 dekat dgn masjid nabawi. kota Madinah terang benderang even kalau tgk jam waktu skrg ni mmg tgh sedap membuta zzzZZZzzz. tp mmg berbeza kat sini, org ramai dh mula berbondong2 keluar pergi masjid. ya Allah, kalau aku time gni mmg tgh syok dibuai mimpi sampai kekadang2 subuh gajah pun ade. astaghfirullahhalazim, beza sgt2.

after luggage sampai, aku, mak long n mak ngah terus siap2 g masjid. kat madinah ada dua azan subuh; first azan, b4 subuh dlm kul 3.30am tuk remind org ramai n second, azan subuh biasa la pukul 4.30 lebih kurang. first time menjejakkan kaki di Masjid Nabawi, perasaan yg tak leh digambarkan. mata dh berkaca2, ahhh..gugur lg. huhuhu. kagum aku dgn masjid nabawi, design mmg cntik gler, tp yg lebih penting yg aku tau, aku berada dekat dengan Rasulullah SAW yg mane kita semua tau jasad Baginda mulia keadaannya hingga ke hari ini.

Ya Rasulullah, aku dtg menziarahmu wahai kekasih ALLAH. sayu je rasa hati. again tears in my eyes.

bersambung....

episod akan dtg...5 hari di madinah

Sunday, May 16, 2010

umrah: epi 1 - klia to jeddah

info: blog tentang umrah ini adalah backdated k. harap maklum
(umrah 21apr - 6mei 2010)

hari yang dinantikan hampir tiba..rasenye semua kelengkapan telah siap. beg baju aku, as usual mak yg tolong kemaskan. hehehe. jubah, sarung kaki, sarung tangan, dan kebanyakan barang2 aku pinjam dr angah ngan mak je. almaklumla angah kan mmg dulu belajar kat sek agama, jd bykla koleksi jubah dia. same goes to mak, mak kan dh penah pegi haji of coz la tahu pe yg patut bawak, pe yg tak kan. aku duk rileks goyang kaki, sambil2 tu baca la gak pape yg patut. even, last week ade kursus but somehow aku rase mcm tak reti n kdg2 tak berape clear sgt. huhuhu. tp mak ckp, jgn stress sgt, sbb insyaAllah bile kite dh sampai sane mesti terus jd tau.

21 april 2010 mmg hari yg bersejarah dlm hidup aku. sesuatu yg mmg aku xdpt lupakan. all family members ade tuk hantar aku kat airport. syahdu sket time tu. muka mmg ceria gler, tp dlm hati tuhan saje yg tau. huhuhu.

tau tak korg pe dlm pale otak yg sentiasa buat aku susah hati saat nk pergi umrah ni?? bkn psl sedih nk tinggalkan family, masalahnya adalah period. ya ampun..bile kak niah ckp tarikh bertolak adalah 21april, oh gosh...itu adalah masa yg tpt tuk bulan mengambang. huhuhu. haru cm gni. aku penah gak terpikir nk mkn pil kan, tp cm takut lak dgn side effect. de yg aku dgr lg bertambah byk, de yg aku dgr terus tak teratur jadual piyed tu nnt. mcm2 la, tp sumenye yg negatif je. takut la kan. ckp ngn mak kan, mak kata doa byk2. sehari sblm tolak, tanda piyed tu mmg dh ade korg, kite kan leh rase kan bile dia nk dkt dtg kan?? adoii. tawakal je la, aku ckp dlm hati..huhuhu

lebih kurang kul 2pm kitorg sume check in, group kitorg de dlm 19org. kesemuanya dr kampung aku la, Bt 9 Cheras. saat2 berpisah mmg la sedih, tp pk2 balik bt pe nk sedih kan..sebab nk g bt umrah. kena happy la. heheheheh. ye..aku mmg tersangat2la happi..perjalanan ambil masa lebih kurang 9jam 20minit. dlm kul 8.30pm waktu tempatan kitorg sampai kat airport Jeddah. wakil kat sane dh ready tgu kitorg dgn bus. masing2 sume muka keletihan :)) ok la, sampai sini sje kali ni k.

bersambung...

episod akan datang...Madinah Al-Munawwarah

Friday, May 14, 2010

pre-umra

hye semua,

hari ni aku dh mula rase meluap2 nk update blog. sejak lama tinggalkan blog ni, income nuffie aku pun merudum sket2 dr hari ke hari. sadis gler. dr puluh2 ringgt /week, tukar ke ringgit2 /week n skrg 50$ je masyuk. hehehhe. jadi la kan. hits pun dh tak semenggah cm dulu lg. wakakakakaka. xpe la. hopefully pasni ok la kot. pelan2 aku updet eh.

so now, seperti yang dijanjikan aku nk update story psl umrah ri tu. aku pun sebenarnya xsangka yg benda ni akhirnya menjadi kenyataan. syukur sgt2. act, my parents yg should go there, but since they're bz with lil muaz so aku la yg bersemangat ckp kat pak ngah aku nk pegi. memandangkan kak long wati(my cousin) pun pd mulanya nk join so i thought ok la de geng. hehehehhe. it's just mcm ckp2 kosong je la, but then, mesti mintak permission mak abah gak kan. ye la mane aku nk cekau duit nk bayar tambang sume. terang2 akak tak mampu. hikhikhik. discuss punya discuss, last2 my parents allowed me to go there. mula la buat persiapan sket2 dr masa ke masa.

bila pk punye pk, aku ni dh cukup bersedia ke nk pergi sane? kekadang rase mcm nk cancel, tp hati ni mmg bulat2 ckp "baik ko pergi nurul ain.." ye la, kita pun dgr mcm2 kesah kan org pergi sane, de yg tak nampak kaabah la, de yg jd giler, de yg bdn dia xleh terima air zam zam la. mcm2 cerita kan. sumenye gara2 kesilapan yg telah dilakukan. aku pun mcm tu gak risau, byk gak dosa, tp entah mcm mana mmg dpt satu semangat n keyakinan untuk buat umrah. alhamdulillah. lagipun aku yakin Allah maha pengampun, lagi maha penyayang. dan aku sentiasa igt pesan ima "jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu."

byk persiapan yg nk kena buat b4 nk g umrah ni:
  1. first thing bnda yg nk kena ada of coz la Malaysia Passport. sekarang korg boleh dpt passport 2yrs for RM100 or 5yrs for RM500. both hv 32 pages. aku sarankan kalau nk buat passport baik kuar awal2 pg or else korg akan naik darah sbb kne tgu dlm 4-5jam kat sane. huhuhu. adoiii..sbr je la.
  2. second thing yg uols must do is to get an injection which is called Anti Meningitis Meningococoal Quadrivalent (ACYW135). the injection is a must to those who are visiting Kingdom Saudi Arabia. sekali injection charge minimum Rm100 tahan for 2 or 3yrs depends pd dose yg doc bg. mcm aku, i buat kat Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi.
  3. third thing adalah kena amik gmba passport 4 keping size 4x6 with white background. it's quite big compared to common passport picture
  4. the fourth thing is buat salinan birth certificate and salinan ic abah korg especially for anak dara yg pegi without parents.
  5. and last but not least, the important thing is you need to have duit tambang n belanja sewaktu berada di sana.
  6. sume document ni kne bg dekat travel agency yg uruskan tu la. kita xyah susah2 nk bt pe pun. visa sume diorg yg uruskan including insurance :))
passport + buku kesihatan + gmbar passport 4x6

i think the information are good enaf to those yg nk mengerjakan ibadat umrah. insyaAllah, kalau niat kita baik segalanya pasti akan dipermudahkan.


bersambung....

Wednesday, May 12, 2010

nnt kita share sama2 ye

slm semua,

first of all, aku nk ucapkan terima kasih byk2 pd semua yg mendoakan kesejahteraan aku sewaktu pergi, berada dan pulang dalam mengerjakan umrah. zillion thanks to all of you guys. some readers pun dh de email, suh blog psl umrah, cter pengalaman kat sane. later ek. insyaallah if ade kesempatan aku akan share dgn sume org. bt mase ni, pale aku still lg ting tong ah. hehehhe. mood nk updet pun masih lg tidak kelihatan. nnt dh pulih cm biasa aku update k. don't worry.

PEACE!!!!