Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, August 9, 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..
Salam 24 Syawal..

Ucapan selamat hari raya kepada semua. tahun ni dan isyaAllah tahun2 mendatang akan berhari raya di Seri Kembangan dulu. hahahaha. (consensus laki bini tuuu...).  jadi terimalah gambar raya dari kami.



** bukan main susah nak bergambor dengan si manjer ni.. nasib2 je dapat shot elok..waaaaa..


Tuesday, August 26, 2014

Warna-warni raya 2014





syawal pun dah hari terakhir hari ni.. makanya nak cerita raya pun dah xde mood dah..

so sebagai tanda beraya kita wrapped kan je la semua gambar raya sekaligus. lets pic talking.




















sekian, ini sahajalah cerita raya kami..


Tuesday, August 19, 2014

Citer tak berapa best before raya

orang lain dah khatam cerita raya, tp kita baru nak mula. heheehehe.. ni alkesah pre-raya :)

raya kali ni kat belah suami.. dah tahun lepas kat sk kan. prinsip giliran, mcm tu lah gamaknye. tp tahun ni ada citer tak berapa nak best sket. lagi dua tiga hari nak raya kami sekeluarga sakit mata. hhohohoho. mmg tak best sungguh. dimulakan dengan baby adam yg terjangkit dengan anak buah, pastu adam sebarkan pada mommy and mommy donate kan pada abah. maka lengkaplah satu family kami terkena infection. luckily baby adam recover cepat. alhamdulillah sangat2. kuasa susu ibu memang hebat dengan izin Allah juga :)

kecian anak mommy.. bangun tido mata melekat. nasib la ptg tu je dah sembuh

ada sape2 berani tentang mata? hehehehe..

mommy dengan abah agak lambat sket nak baik, almaklumlah semakin matang kan, makanya sel2 banyak yang dah mati. huhuhu. tu yang lambat sket bertindak tuk menghapuskan kuman tu. raya pertama still ada merah2 sket, kitorg pun mls nak pandang org sgt, nak salam2 pun pk dua tiga kali. takut tersebar virus tu. janganlah ada yang kata kami berlagak pulak. hahahaha. tp mmg sakit woo sakit mata. setelah sekian lama tak kena berdenyut2 juga rasanya. akibat nak cepat baik, amik susu sndiri letak kat mata kat sendiri, buh gak kat mata suami. untunglah ada susu. hahahaha


Wednesday, August 13, 2014

Ucapan Hari Raya

assalamualaikum semua,



dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua umat islam di seluruh dunia. marilah kita sama-sama meraikannya dengan penuh kesyukuran, dalam pada kita bergembira  janganlah dilupakan saudara kita yg sedang berjuang habis-habisan memmpertahankan tanah suci Gaza. moga kita mendapat keberkatan di aidilfitri ini.

yeaa!! esok jamuan raya!!

moh datang wisma persekutuan, terengganu.. banyak makanan  :))




Monday, September 12, 2011

open house

kalau raya memang tak boleh nak dipisahkan dengan open house. pasti sana sini penuh dengan undangan rumah terbuka. sekarang ni pun dah berderet-deret dah jemputan. tak kan la tanak dtg kan, dah org bagi makan free. hehehe. rezeki jangan ditolak katanya. cuma, open house ni bukanlah satu kewajipan untuk melaksanakannya. siapa yang ada lebih, dia boleh buat, yang kurang datang makan je la kan. hahahaha. yang paling penting konsep ziarah menziarahi tu yang perlu ditekankan. ukhwah silaturrahim tu yg perlu dijaga.


rasanya, raya tahun ni lebih meriah sketla kat taman rumah ni, kalau dulu rasanya boleh dibilang dengan jari kot org yg sy kenal kat sini, tp sejak surau taman ni mula beroperasi masa bulan Ramadhan lepas, rasanya bilangan mak cik-mak cik yang saya kenal kat sini dah mula bertambahlah. hehehe. betullah kata Nabi, melalui surau dan masjid kita dapat mengeratkan silaturrahim dan menjalin kemesraan dengan jiran tetangga.

bukan apa, kehidupan di bandar berbeza dengan kehidupan di desa...renung-renungkan :)

Sunday, September 11, 2011

jalan-jalan Raya

hampir semua saudara-mara sepupu sepapat datang rumah masa raya ke-empat. kitorang mmg tak pergi mana-mana pun the whole day sebab masing-masing still lagi shocked dengan accident semalamnya. read this. hehehe. ptg tu, Pak Ngah call cakap nk dtg beraya rumah dengan nak mkn malam sekali. hoho.

bila call pun dh ptg, masak je la pe yang ada kan. nak buat yg special-special mmg tak dan la. mujurlah ikan, ayam, sotong semua ada. bolehla nak masak dua tiga jenis lauk. dlm pada nk tunggu lauk siap masak, yang boys semua duk tengok kereta yang remuk tu. terpaksalah flash back balik cane incident tu berlaku. huhuhu. bila semangat sdara mara tu ada, hati yg susah tu terubatla sket. heehehehe.


siap makan, tengok balik album-album lama. hehehe. nostalgia betul. tahun ni, best raya sebab mostly semua ada. keluarga makin besar, even tak besar mana pun. esoknya (5 syawal) pakat ramai-ramai pergi rumah Busu kat Shah Alam. gambar tak amik pulak. takpela.

semalam (12 syawal), pergi Melaka tgk Mak Tua kat Alor Gajah. Alhamdulillah Mak Tua nampak sihat. then terus ke rumah abg Wan. Muaz pun join gak kali ni. kemain manja dengan Kak Aina (dua pupu Muaz). tp aina demam. sian dia.



last sekali rumah yang diterjah adalah rumah mak lang dekat Kuala Pilah. Arwah Pak Lang (abg mak) kawin dengan org sana, walaupun dia dah takde, hubungan kekeluargaan tetap diteruskan. berpusing-pusing nak ikut jalan shortcut, last-last bukannya dpt shorcut, makin jauh adela. sabor je la.


finally, family picture. tak complete lagi ni. baru 3 family. nampak tak Muaz yg kat belakang yg pakai baju biru?? hee. sib baik la abohnye tinggi. mamanya tak nampak pulak kat mane. kiki. next time kita kasi kumpul semua ok! kesah jalan-jalan raya ni, semuanya at my mom's side. belah abah kita dah jalan semua rumah pd raya ke 2. sayangnya satu keping gambar pun tak amik. sadis. padahal sdara mara semua ada masa tu. hampa :'(

insiden 3 syawal

dalam pada kita semua bergembira di hari raya...

tiba-tiba.........


bertukar menjadi duka. kejadian yang tidak terduga berlaku. luckily kitorg semua tak de pape. masih lagi boleh beraya dan selamat pulang ke rumah. alhamdulillah.

sebelum kejadian.....


sape sangkakan?? malang tidak berbau. hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

Wednesday, September 7, 2011

pagi 1 Syawal

masih lagi mood hari raya kan, walaupun dah 2 hari masuk office. tak puas kan cuti seminggu. kalau dpt tambah seminggu lagi alangkah bahagianya. hehehe. kat blog pun semua cerita pasal raya, kat fb pun semuanya upload gambar raya.

cerita 1 syawal, kitorang raya kat umah je. pas solat raya baru balik Cheras. family member semua cukup. Muaz raya sini tahun ni. persiapan raya ala kadar je, keluarga pun tak besar mana. cukuplah sekadar masak rendang, nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh. menu biasa kami di hari raya.

tema kali ni, warna biru. so, semuanya berbiru la di pagi raya. tp xsama pun biru semua org. hehehe. pas solat raya (opss..thn ni akak tinggal solat raya la) salam bersalaman mcm biasa la kan. takde la feeling mane pun. kikiki. tahun ni, muaz rasa dah faham sket erti hari raya.. xdela faham mana, tp faham yg orang bg angpow, kena salam dan amik pegang kuat-kuat. hahahhaa.


 

selamat hari raya semua. mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan segala yang ter-ter la kan. jemput datang rumah. takdela open house, bila2 nak dtg dialu-alukan. ok!

Friday, September 2, 2011

sepasang kurung biru


kurung nan biru di pagi Syawal 1432H.  nnt kita citer yer... selamat hari raya semua :)) rasanya tahun ni ramai yg bertemakan biruuu

Sunday, August 21, 2011

baju raya, nahi he (read in hidustani)

mood malas mengupdate blog telah datang melanda semula. kah kah kah. sorry guys. nnt mood rajin datang tak terkejar pulak korang nak baca nnt.

baju raya? tahun ni weols satu family memilih warna biru. tp..percaya tak baju raya saya yg khas untuk dipakai masa hari raya pertama tak de lagi. act, awal2 lagi dah tempah kebaya yg kirim kat sab masa dia g bandung hari tu kat tailor. namun, memandangkan saya lupa nak ckp suh bubuh lining kat baju tu, maka rasanya tak daya la pulak akak nak memakai baju kebaya yg jarang di pg hari raya. kang tak pasal2 de yg lebam biji mata di pg syawal. sadis tak?. tsk tsk tsk. tapi baju untuk raya kedua, ketiga, keempat, kelima berderet dah 6 pasang baju baru. wakakakaka. ni kes, hantar kat tailor selai dua dlm sebulan, tp dia siapkan semuanya sekaligus. nangis gak membayar upah jahit tu. cepatla hari rabu, cepatlah gaji oi. dah la kopak bulan ni dengan renew insuran keretanya, dengan raya lg. sosak dado den dibueknyo.

nangis lagi. syahdu... hati ini makin sayu...

ps: adeq ngan kak zen, nape i tak leh baca blog korg dah??? why? why? why?

Wednesday, November 17, 2010

mekap blog + Raya Idul Adha

layout lama telah ku nyahkan. heee. sekarang pakai layout baru pula n tak tau la akan bertahan sampai bila. rasa mcm bersih sket blog ni. selama ni mcm bersepah-sepah je bnde dlm blog ni. pendek kata layout baru ni buat mata saya bertambah clear. de yg complain, layout dulu lambat loading, kuar warna merah background buat sakit mata. so saya dh kemas sket2. but still tak leh lari dr tema colour ye. masih lagi mengekalkan warna kesayangan merah, tp kali ni merah jambu. adik beradik la kan. yang ni mmg tak leh nak ubah la. dh peberet kan, nk wat cane? seriesly, saya mmg tak suka warna pudar2. ok.

so far hari raya hari ni disambut mcm biasa. sempat bersolat iduladha di masjid bersama dgn keluarga tercinta. alhamdulillah makmum mmg ramai melimpah ruah. nampaknya tak ramai yg pulang ke kampung berhari raya. bilangan lembu yang dikorbankan thn ni, rasanya berkurang sket compared last year. ada 5 ekor je. masing-masing muka sayu je. teehee. nothing special cook for today, just mak masak nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh. rendang tak de. tsk tsk tsk. lagipun kitorg empat org je, muaz balik kampung abah dia. huhuhu. nx yr dua2 raya muaz kena sambut kat sri kmbgn k. 

rasenye setakat ni je kot...

******************

updated: 18/11/10 layout sudah tukar warna fefel ;)) sejak bila saya suka warna purple ni?? aihhh.. saya pun confuse.

******************

updated: layout baru tidak dapat bertahan lama. mata saya tidak serasi dgn warna fefel. yang lama juga tetap menawan kalbu.back to basic. merah ini juga yg menjadi pujaan hatiku. harap maklum.

Tuesday, September 21, 2010

Syawal Prep's

tak de balik2 kampung pun kitorg raye ni. memang kami residen tetap di Sri K3mbang4n. kiri kanan rumah kosong, sunyi dan lengang. takde sape pun. sumenye balik kg. jiran kiri balik mache, jiran depan terbang ke sabah. tinggallah kami hok 4 beranak di rumah. muaz beraya Maran. huhuhu. nak kata sedih sgt, xde pon. cuma terasa sunyi sket, first time ahli keluarga tak complete. tapi, tu kan lumrah kehidupan manusia. yang bekeluarga mestila bergilir-gilir, thn ni rumah mertua, thn depan kenala rumah sendiri lak. ye dok?? hehhe. 

persiapan still buat mcm biasa, kemas rumah, vacuum, lap tingkap, lap kipas (tipu), pasang karpet, tukor langsir, sume la. saya dgn angah duk kemas2 ni la. tang masak sume diuruskan oleh mak. menu utama di hari raya of coz la rendang daging, lodeh, nasi impit dan kuah kacang. tiap-tiap thn mesti adala sume ni.

seperiuk kuah lodeh
rendang in progress
rendang ready to eat. tp biasanya mak akan masak lg till kering

mmg letih satu badan masa last day puasa tu. hisshh. penat sungguh rasenye. tiak pun bacin gak mase tu. kiki. tp, tgh2 duk kemas, pesal la rase tak selesa ni. tup2 didatangi "shbt baik". OMG, last day puasa dia dtg lg. sudah la penat, dan dan time tula bergogok2 minum air. fuhh..lega. angah angin je satu badan. hahahaha. 

semua dh siap..tadaaa!!
disebabkan tak puasa di hari terakhir so, semua masakan mak td tu saya la tukang rasanya. kejap2 mak panggil, suh rasa tu, rasa ni. nekmatttt. hik3x. tp biasala, akak kalau first day mmg tergolek berguling-gulingla atas katil. later kita sambung pasal hari raya k ;)) over tak saya kemas rumah sampai kena pakai mask. padahal bukan berabuk mana pun. teehheeee ;) 

Friday, September 10, 2010

pesanan buat semua di hari raya

*entry yg saya penah keluarkan dulu pada raya tahun lepas, tahun ni saya bg lagi. teeheeee ",



Selamat pulang ke kg halaman . Jgn lupa ,,. jgn lupa angkat. Perkakas elektrik jgn lupa di OFF,rumah, baju supaya senang di kg nanti. Mana yg berhati-hati di jalan raya, pastikan kereta yg dipandu & dan jgn jika h/way jam.Yg naik , , & berhati-hati. Yang memandu & jgn ingat mcm di , silap haribulan kejar kena saman. Hati-hati dgn   yg suka melintas. Sesiapa yg ada bela , jgn ditinggal kelaparan. Kalau mengantuk singgah berehat sekejap (mlm ajelah). anak jgn lupa. Nampak sign board berenti le kejap. Pekena syok juga. Jgn nanti naik keje ada yg . Jgn makan lebih-lebih nanti susah. Ingat-ingat makan tu, mana yg diet jgn lupa, nanti masa puasa turun , naik raya tambah 10kg xpsl2 kne loncat2 mcm ni. Semoga selamat sampai ke kg & pulang kerumah semula. Ingatlah tercinta