Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Wednesday, June 25, 2014

New life

Mana yang tak tau, sekarang ni aku dah bermastatutin di negeri terengganu.. hmmmmm..  hmmmmmm... hmmmmmm...

still mencari kesesuaian. errrmmmmmm.. mengikut suamikan. nak buat macam mane?? tabah je la. tapi beruntunglah untuk adam, sekurang-kurangnya kakak ipar aku yang jaga. tak de la risau sangat kalau hantar taska atau pengasuh. dah pindah terengganu, maka tempat kerja pun bertukarlah. masuk balik jabatan, kira ok la. pelan-pelan la kan.. harap semuanya ok je.



Adam masa 24 hari :)) comel sangat.. cepat je muka berubah. caerita macam mana adam lahir tak share lagi. hehehe. nantila yer. kalau ikutkan nk sangat update blog selalu, tp kekangan masa betul sekarang ni. hehehe. ok la.. nnt kita update lagi.. bye..


Sunday, November 10, 2013

Wednesday, November 23, 2011

Never Mind...






I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you....




...............




never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you...




what a sad love song :'(

Wednesday, January 5, 2011

i'm trapped

huhu..terperangkap dalam jerat sendiri amat menjerihkan. bermain dengan api maka inilah yang harus ditempuh. sigh. ***

masalah bertimbun, complicated bagai. yet kena hadapi juga semua ni. salah saya ke semua benda ni terjadi?? why me???

Monday, November 22, 2010

Biarlah...buat apa nak paksa-paksa

**sambil-sambil sibuk membetulkan tesis, time-time tu la pula sibuk idea nak mencurah-curah untuk berbelog. heee.

Selepas dari entry tekanan perasaan yang lepas, saya telah mengambil keputusan sebulat hati, ye..mmg keputusan telah dibuat, dan keputusan itu muktamad. Keputusan ni dibuat bukan sehari dua, mmg dah lama dah. Cuma selama ni saya tak mampu untuk merealisasikannya. Selama ni, saya tahu saya telah melakukan sesuatu yang salah. Yep. Sekali lagi saya mengaku. Memang saya tahu benda tu salah, tapi atas keinginan hati yang membuak-buak lantas saya abaikan kesalahan itu. Akibatnya, telah saya terima hari ini. Memang betul lah, kalau dari mula lagi benda yang kita buat tu salah, pasti akan berkesudahan dengan sesuatu yang buruk juga. What you give, you will get back. Got it. Sekarang ni, saya telah mula merasai punishment atas perbuatan yang saya lakukan. Huhuhu. Saya selalu merasakan kenapa dunia ini selalu tidak adil pada saya? Kenapa saya selalu tidak bernasib baik? Kenapa saya selalu menerima malang? Why me??? Kenapa ia tidak datang kepada orang lain. Mungkin sangat kurang ajar kalau saya pertikaikan semua ini, kerana saya tahu ini semua adalah qada' dan qadar tuhan yang mahu menguji hamba-Nya. Adakah Allah begitu menyayangi saya sehingga ujian-ujian ini diturunkan? Hikmah?? Entahlah. Mungkin saya belum lagi cuba mencari di mana hikmahnya. 

Saya harap panas sampai ke petang, rupanya hujan juga di tengahari. Itulah dia yang boleh saya simpulkan. Kadang-kadang rasa fed up dengan hidup ini. Tapi apa pun, perjalanan hidup masih jauh dan mesti diteruskan. Saya tak akan give up cuma dengan hal sekecil ini, mungkin dugaan ini adalah sekecil zarah berbanding dengan orang lain yang masalahnya menimpa-menimpa. Melepaskan seseorang yang bukan milik kita adalah jalan terbaik daripada terbelenggu dalam situasi ini. Dia datang secara tiba-tiba dan pergi pun secara tiba-tiba. Satu lagi kisah akan terpahat di sanubari saya. Biarlah...buat apa nak paksa-paksa. 

Saturday, November 20, 2010

agegegegegeeee

gegegeggegegegegege grrrrrrrr grrrrrrrrrrrrrrrrrr grrrrrrrrrrrrrr.. sedang menghadapi mood dan situasi yang bercampur baur, berserabut, berserabai, yang kadang-kadang mengakibatkan conflict dalaman, luaran juga turut menampakkan kecelaruan serta dalam masa yang masa membuatkan persekitaran menjadi tidak kondusif. mengalami kelemahan dalam mengawal emosi diri, tekanan perasaan serta telah terrrrmelampiaskan kesannya kepada mereka-mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan masalah tersebut. perasaan yang bercampur aduk, meluap-luap hingga menyebabkan ketidaksenangan hati yang membuak-buak. oh Allah, gimme strength to face all this thing. it is not over till it's over. i won't let this stupid thing make me down. hate this feeling. ssyyuuuhhhhh.. go away from me. winner never quit!!! yahh...dats me ;))

insyaallah



Saturday, October 30, 2010

almost 1yr..

dah lama dah kesah saya dengan dia berlalu. saya tahu dia sudah punya pilihannya sendiri. saya tak kesah, bagi saya mungkin kekurangan saya membuatkan kesah kami tidak kesampaian. dengan kekurangan saya  juga menyebabkan dia memihak kepada si dia orang baru. dia tulis kesemua kekurangan saya. wth. ko pk ko tu bgus sgt ke??!! sampai hati kan. (kalau ko rasa aku tak bagus, ko 1000x jahat dari aku. jahat! jahat! jahat!)

semalam secara tak sengaja, terimbau kembali zaman kami berchatting2, zaman berkongsi suka duka. almaklumla cinta jarak jauh. hanya dgn IM je yang mendekatkan kami. bila diimbas kembali, rasanya kami memang tidak bermasalah, kalau gaduh siket2 tu adatla kan. tp, mcm yg saya ckp tadi la..kekurangan saya menyebabkan dia berpaling. 

after broke up, kami tidak pernah lagi berhubung antara satu sama lain. bagi saya, perpisahan ini adalah yang paling menyakitkan. dan sampai bila-bila pun saya tak kan lupakn sms terakhir drpd dia. since that moment, saya bertekad tidak akan memaafkan dan akan membenci dia sepanjang hayat saya..i did it!. i really did it.

gth!

Monday, October 11, 2010

lega

just one word can describe my feeling rite now...


lega


totally happy!!! praise to Allah..Alhamdulillah

Wednesday, August 18, 2010

Kenapa buat tesis, tak best mcm update blog?

macam org giler tukar layout selalu..teeeheeeee..selagi tak puas selagi tu saya akan tukar dan terus menukar. mungkin akan berenti menukar apabila mendapat panggilan Dr. spvsr. opsss.. masa tu baru muka pucat, jantung mcm jatuh gedebuk, menggeletar tangan dan dan tu la sibuk nak buat keje balik. dr, sila jangan tipon saya buat masa ini. plzzz.. saya tidak berniat untuk mengabaikan tugasan saya, cume lately ni saya belum berjumpa lagi dengan simtom2 anomali dalam data KDD'99. sambil-sambil, saya baca journal, sambil-sambil tu la saya cari2 template baru. lempang siket budak ni. buat keje main-main. 

kenapa buat tesis, tak best mcm update blog? 


rase mcm nervous je skrg ni..huhu..yela dah lama tak bersua muka dgn Dr. spvsr. mcm nak tercirit lak rasa. ok.  ok. saya tutup ini blog..sambung buat keje balik. teeeheeee :) sambung cari pattern bagi outlier dalam data KDD'99. sape ye boleh tolong saya? huhu. tak minat la buat benda ni. adooiii. kalau la doremon ada, mesti siap dah. nk poket ajaib doremonnn.. nak gak. nak gak! huhu. eee...tak pun nak keja la, boleh tak nak tangguh master ni?? 

Wednesday, August 11, 2010

Bulan di pagar bintang



Malam bulan dipagar bintang..
Tambah seri cuaca malam..
Murni sungguh ciptaan Tuhan..
Bulan bintang lampu alam..

Andai kata bintang menyepi..
Bulan tidak berseri..
Malam menjadi sunyi..
Tidak berseri lagi... = (


hati macam tidak senang. tak tahu apa yang difikirkan, apa yang dirungsingkan. ada saje yang tidak kena. mungkin kah sebab bulan tidak bertemu dengan bintang. emm. sakit kepala. buntu. tercari-cari apakah jalan penyelesaiannya, apakah kesudahannya. ataupun mungkin jawapan memang telah ada di depan mata. mungkin bulan tak kan bertemu dengan bintang lagi. apakah ini yang terbaik? namun, bintang sahabat setia bulan. manakan boleh dipisahkan. 

Wednesday, August 4, 2010

ibu....oh ibu jari ku

saya memang anti betul la dengan bab-bab kena scan ibu jari semata-mata nak access sesuatu benda. tak suka la. mungkin kat awak-awak semua tak la kot, tapi kat saya ye. saya memang bermasalah la dengan scan thumbprint ni. sob sob sob. sebab apa?? sebab tangan saya bangsa berpeluh sepanjang masa. eeewww. nak buat cane, since lahir lagi memang dh dapat tapak tangan mcm ni. berpeluh2 je. pasal tu la saya tak suka bila kena scan thumbprint ni, selalu mendatangkan masalah kat saya. scanner tak detectla, verification fail la, line-line ibu jari tak sama la, xnmpakla, mcm2 la. kadang-kadang tu rasa malu gak kat org yg jaga kaunter, byk kali nk kena lap-lap ibu jari before scan last-last tak detect gak. kat klia pun slalu gtu, time nk g oversea selalu je de masalah kat kaunter passport pastu mula la petugas-petugas soal itu ini, buat passport kat mane la, ibu jari tak scan ke masa bt passport dulu, mcm-mcm la. kadang-kadang tu bengang gak kan. apa ko igt saya buat passport tipu ke? lempang kan baru tau. pasal dh tak leh detect sgt, terpaksala masuk kat kaunter manual. tak kan la saya suka-suka nak main-main ttg thumbprint ni. dah tak leh nak detect nk buat mcm mane kan. tangan dah berpeluh-peluh, lap pun tanak kering. apa kata kan korg sediakan hair-dryer je kat kaunter thumbprint scanner lagi senang, kalau sape-sape yg jari basah guna je hair-dryer tu. tak yah nak gaduh-gaduh. bukan kami yang bertapak tangan basah ni saje-saje nak mengadakan isu ni. masalahnya dah mmg semulajadi gini kan. nak buat cane?

baru-baru ni pun, ada satu lagi kejadian. di mana, bila biarlah dirahsiakan cuma tempatnya berlaku di sebuah lab di sini. kerana terlalu canggih sangat sampai kadang-kadang menyusahkan buat segelintir yang mempunyai tapak tangan basah seperti kami. untuk mendapatkan access masuk dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan, terdapat satu sistem pengesanan cap jari yang memerlukan semua pelajar melakukannya terlebih dahulu sebelum mendapat kebenaran menggunakan service yang disediakan. dan sekali lagi, pemilik tangan emas seperti kami yang menjadi mangsa. banyak kali saya try access tapi tak detect sampai terkeluar ayat ni dari mulut saya.."tak kan la sebab tangan berpeluh je tak leh nak guna lab ni, cara manual tak de ke? kami pun bayar yuran sama mcm org lain gak." tapi dalam nada bergurau la. plastik sungguh, dlm hati membara yg amat. nasib baikla petugas kaunter tu baik, kalau tak habis dah mcm2 ayat yang tak sedap keluar. kikiki. saya dipanggil ke dalam untuk melakukan thumbprint semula. kakak kaunter yg baik tu, capture balik sample ibu jari saya and at last dapat gak guna lab tersebut. hehehe. tapi jenuh gak la nk dapatkan cap jari yg sama. kakakkaka.

honestly, kadang-kadang saya sendiri pun tak berapa selesa bila tangan berpeluh, basah dan lembap sepanjang masa. especially bila nak salam-salam dengan org. terasa kurang keyakinan diri. kalau boleh mesti nak lap-lap dulu tangan, tp tak jd gak, hormon dh kuat sgt susah gak nk kering. sampai bila ada org tegur lagila rasa malu. huhu. sedih. papepun, bukan saya sorg je kan kat dunia ni alami masalah mcm ni. just need to think positive. some people said kalau org tgn basah bagi pelempang mmg melayang. korg nak?? kikiki. xdela. gurau je. ada nenek sdara saya ckp, kalau tgn basah means org tu pandai menjahit. so, mungkin ni la kot bakat terpendam saya yg perlu diasah. hehehehhe.

Sunday, August 1, 2010

Ramadhan hampir menjelma

sedar tak sedar dah nak dekat bulan puasa. yeaaaa!!! adakah anda semua telah melangsaikan segala hutang piutang?? hehehhe. saya dah beraya dah khamis lepas. alhamdulillah. lega rasanya. satu hari  pasang lagu raya nak meraikannya. excited giler. padahal dah berbuih mulut mak tu bising sound saya suh ganti awal-awal. biasa la kan, kalau tak sampai last minit tak kannye nak buat. unless kalau buat puasa 6. huk huk huk. tersedak lak. nmpk sangat muka ni tak puasa. melantak sebulan berhari raya :)). 

bulan Ramadhan mmg dinanti-nantikan, sebabnya ada solat terawih malam-malam. last yr, ada lobang-lobang tp thn ni berusaha untuk mengurangkan lobang-lobang tersebut. lagi, ada param. sangat best ye bila pergi param. param ialah Pasar Ramadhan ye. beraneka hidangan, kuih muih, lauk pauk, air yang berwarna-warni dijual. memang meleleh je tgk. pasti thn ni meriah lagi - destinasi pilihan param presint2. ada roti john sedap kat sini. org ramai dh mula beratur panjang seawal 4.30pm nk beli roti john ni. hope thn ni, brother2 tu ada lagi k. emm, tak lupa juga kat makcik laksam. perggghhhh mmg tabik spring toink toink toink punya sedap la laksam makcik tu.  harap makcik pun ada lg berniaga thn ni. hehehhehe. first time makan laksam, terus jatuh cinta ok. sampai makcik tu ingat cek ni org tganu. guane  gtu? byk no angan-angan saya. kikiki. 

lagi, harapan Ramadhan thn ni dapat khatam kalamullah. huhu. sedih last yr xsempat abis. lagi..apa eh.. moga-moga masa bulan Ramadhan ni makin dekatkan diri dengan Allah Yang Maha Esa. lagi, harap-harap makin kurus la eh. kikiki. amin.

muaz nk puasa tak tahun ni?? kalau penuh acu bagi duit raya k :)

Saturday, July 31, 2010

tentang jujur

perlukah jujur dalam semua perkara? emm.. saya rasa depends pada situation. kadang-kadang kita perlu untuk tidak berlaku jujur demi menyelamatkan sesebuah perhubungan, erkkk.. betul ke ni? tapi tak ke ini dikatakan menipu? oh..saya rasa ini tidak menipu sama sekali malah ia merupakan tindakan wajar untuk mengelakkan tercetusnya pergaduhan. bagi mereka yang cemburu buta, mungkin ini adalah jalan penyelesaiannya. namun, bagi pasangan yang mudah berdiplomasi ini bukan jalan yang terbaik. just tell the truth, and i'm sure he or she will understand. benarkah ada sesetengah manusia yang sukar untuk mempercayai kejujuran pasangannya? walhal sudah acap kali pihak tersebut menjelaskan keadaan yang sebenar-benarnya. mungkinkah akibat perasaan cemburu yang meluap-luap menyebabkan timbul masalah sebegini? buat apa berpasangan sekiranya tidak mempercayai antara satu sama lain? cemburu itu bagus! ye, memang bagus kerana membuktikan bahawa pasangan benar-benar mencintai pasangannya, tetapi apabila cemburu yang keterlaluan sudah tentu akan menjejaskan hubungan mereka. sudah pasti kemesraan yang terjalin akan pudar sedikit demi sedikit. bukankah ini tidak elok dalam perhubungan?

selagi bersama usah pertikaikan kejujuran pasangan anda. yakinlah bahawa dalam apa jua situasi yang dilakukan pasti beliau tidak akan meruntuhkan kepercayaan anda. yakinlah bahawa anda memang sentiasa di hatinya. sekiranya anda kerap kali meraguinya, maka jangan terkejut andai kata beliau angkat kaki dan meninggalkan diri anda. kikiki. sape tahan beb, kalau asyik kena tuduh yang bukan-bukan kan? tak salah kalau nak menunjukkan kasih sayang dengan ada sedikit perasaan jeles. tapi jangan sampai cemburu buta, cemburu tak tentu pasal. itu bahaya k. bagi saya, kalau nak bercinta perlulah saling mempercayai. no trust, no love. kalau nak bercinta biar kena pada tempatnya. jangn nak temper tak tentu pasal. communication is the best way to solve the problem. try it! pesanan khidmat masyarakat ini ditujukan khas untuk mereka yang sedang bercinta. saya hanya berkongsi pengalaman lalu :DD

Wednesday, March 3, 2010

confirmed

the date is already confirmed!
jeng jeng jeng jeng....
adakah aku sudah bersedia??
insyaALLAH..
ku serahkan segalanya padaMu ya ALLAH

Wednesday, February 3, 2010

aku telah dilamar!!!

aku telah dilamar...c...nmpk tak shining2 tu ;)) ngeee~~~sukeee

hoho..sgt2 tak sangka. setelah mengalami kekecewaan, akhirnya sinar yang dinanti muncul jua. aku syukur padaMu ya ALLAH. terima kasih kerana Kau perkenankan doaku. hari bahagia aku tak lama lg je. aku mcm panik2 je. mujurlah ahli keluarga ramai yang membantu. butik puteris sekali lagi telah menjadi pilihan hati, rentetan kualiti kerjanya yang bermutu sewaktu kenduri kahwin kak long tempoh hari. nampaknya kali ni, aku btl2 yakin dgn pilihan aku. walaupun tempoh perkenalan kami begitu singkat, namun keyakinan aku untuk memilihnya menjadi teman hidupku melebihi 200%. gerak hatiku begitu kuat mengatakan yang dialah orangnya, yg dititipkan ALLAH untuk membimbingku dekat ke arahMu. sekali lg aku bersyukur. aku masih berdebar2. persiapan harus dimulakan dari sekarang. sebab kitorang dh berpakat untuk tidak melengahkan perkara ni. angah?? nmpknya aku terpaksa la langkah bendul. sorry ye ngah. nk wat cane? rasenya jodoh adik dh sampai dulu. hehehhehe. aku dh pk2 nk pakai baju kaler ape? nk tema macam mane? nk bg gift ape? sekarang ni aku dh nk kena pk benda2 alah ni. takpe2, nnt aku nk refer kat blog yanie psl yanie de buat wedding check list. i'm so excited. tak terkata2 rasanya. tgh sibuk2 bincang dgn kak wawa the wedding planner, hp aku asyik bunyik2 je. aishh..kacau btl!!!. sabar la jap. aku kan tgh discuss ni. eee..tp phone aku nk tak reti nk diam. berdering je. aku capai hp aku, aku tgk, ya ALLAH!!!

rupanya2 alarm aku bunyik. ya ampunnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!

alaaaaaaaaaaaaaa MIMPI rupa2nya. cis!!! dah subuh la. pesal la cpt sgt alarm tu bunyi. kalau tak boley gak aku tgk muka bakal laki aku tu cne. hahahhaha. tak kasi can lgsg. xoxo

adakah ini satu petanda??? musykil?? oh dear.. di manakah kamu bersembunyi ;)) keluar la cepat2.

"angah: ko jgn berangan2 nk langkah bendul! biar aku dulu"


doa pembuka 12 pintu
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga.

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. AMIN

gambar hiasan
(amboi..kemain aku dulu memadu kasih atas laut. couple ring la ni kekononnya)
tp yg tgn kedut2 tu nk kawin dh kot bulan 6 ni. kalau xsilap aku la. i pray the best for u. so sesape yg nk adjust aku still de chance g la. hahahaha. gatal sungguh, myb sebab kak zen kata bulan februari bulan kasih sayang, tu yg menjadi2 tu ;))

Monday, December 21, 2009

emo

sunyi...

selalu dtg sejak akhir2 ni.

nape ye.

nape bukan gembira?

bila la nk jumpa gembira

rase rindu sgt

**tears**

Monday, October 12, 2009

ku pohon padaMu

Ya Allah,

jika rezekiku masih dilangit, turunkanlah..
jika di dalam bumi, keluarkanlah..
jika sukar, mudahkanlah...
jika haram, sucikanlah..
jika masih jauh, dekatkanlah....

AMIN...




Monday, September 14, 2009

What’s this??

What i wish for MOST in my life now
Strength

What i wish for MOST in my future
being rich

What I wish for MOST in the world
peace

What I would Most like to do
pamper myself

Things I am PROUD of
my self

Things I hope to AVOID
dreaming

What I enjoy doing most NOW
writing thesis n thinking

The people I care about MOST now
him..IDTS..campak dlm lori sampah lg bgus

What makes me sad
when someone scold me or talk to me with high tone

What makes me glad
when somone call me just to say hi

what do you think rite now
food..laporrr



Tuesday, September 8, 2009

fly safe

i’m not brave enough to say goodbye. i wish i could. i’ll remember you. if remembering me will be hard for you, it’s ok. i don’t blame you. i’ll carry this regret, not having you around like how we almost always talk about will be hard. i’m sorry. good life dear friend.


Friday, September 4, 2009

love



weeeheeeee :)