Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

Siakap kukus

 
first attempt masak ikan siakap kukus. bukan setakat first time masak, tp first time makan pun ye gak. wahhhh.

resepi dia senang je; hiris-hiris bawang putih, halia muda, serai, bunga kantan, daun limau purut, cili api, letak sket perahan limau kasturi, minyak sket, gula, garam pastu ko lumur dekat ikan and wrap dengan aluminium foil. masa tgh hiris-hiris ni mmg dah rasa kecur-kecur la, sebab bau sos dia mmg wangi dan fresh sgt, mcm nak lumur kat badan je rasa. hahahaha. sambil-sambil tu menyanyi-nyanyi la sket sambil potong-potong tu kan. baru chill.

ada org letak daun sup semua bagai, carrot semua. terpulang la masing-masing. sebab resepi yg aku amik tu takde bubuh semua tu, maka aku tak letak la. tak lama lepas tu dah siap semua bahan sos, dah sapu semua kat badan ikan aku balutlah ia dengan aluminium foil. so masukkan lah ia ke dalam micowave dan dengan bangganya tunjuk kat mak. pulas-pulas kat microwave pilih setting autocook steam. pastu bijak pulak microwave tu tanya nk serve tuk bpe org? so, aku jawabla 3 org. bukan la aku bercakap 3 org dgn microwave tu, aku pulas la sampai jumpa no 3. heeee. then dia suh press start. ni kan microwave baru..so aku jakun la jugak kan. mane reti sgt, belum terror lagi nak pakai. so yg basic-basic dia je la aku tau. 

kah kah kah. nampaknya kena la tunggu dalam 8 minit. dlm hati takdela lama sgt. tak sabar nak makan ni. tak lama lepas tu, ada pulak cahaya yg kuar dari microwave tu. amende pulak tu? API wei!!!! ye, keluar api dari microwave tu. takut dah masa tu. mak pandang aku, aku pandang mak. cane ni mak?? nak stop or continue je. mak pun tak leh bagi jawapan yg tepat. mak kata mak tak tau. aku? aku pun mane la tau gak. nekad tunggu 8 minit tu dgn api yg kuar memercik3. sengal la aku ni. lapan minit tamat, mmg lega giler. berdebar-debar amik ikan keluar. sekali bukak, ikan tu tak masak pulak. hai la ikan.. susah bebenor aku nk makan ko. acane ni mak?? mak rilek-rilek aje. aku yg over menggelabah. mane taknya time tu dah pukul 9 lebih kan, still tak makan malam lgi. abah pulak dah mundar-mandir. hik hik

last-last amik pengukus, kukus ikan atas gas macam biasa. hahahaha. lambat la sket nak kena tunggu air mendidih kan. haiyaaa. air mendidih sebenarnya belum didih sgt la, aku terus letak ikan dalam tu. tinggal dalam beberapa minit, pastu cek tgk ikan dah kaler putih meaning dah masak le tu. terus angkat dan hidang untuk dimakan. aromanye...wa ckp sama lu. memang membangkitkan selera bak kata Chef Zubir. teeheee. sedap wak..makan nasi putih panas-panas dengan ikan steam. fantastic. mmg sampai sekarang terbau-bau lagi keenakan ikan siakap steam hari tu.

kes microwave tu pe kesudahannya?? setelah ku google baru la ku tahu yg aluminium foil tak boleh digunakan dalam microwave sebab mmg akan keluarkan percikan api. heehehehe.. garu kepala sendiri. pengajaran buat aku, and reminder untuk korang gek. sape2 yg de info lain leh share kat aku k :))

Saturday, November 5, 2011

ketam bercili

semalam beli ketam kat Jusco, rasa teringin sangat nk mkn ketam. kalau aku pilih haruslah yg besar-besar. baru puas sket, hari tu kak long beli ketam kecik sgt. kikiki. kalau uols nak tau, ketam pun ada jantan ngn betina (ke aku je yg baru tau), kalau nk sedap amik ketam betina, terbaek penuh dengan isi yang gebu. kikiki. yg menentukan jantan atau betina pd ketam tu adalah pd kulit cangkerang dia kat belah belakang, tempat yg boleh selak-selak tu. kalau jantan, tempat selak dia tu tirus je, kalau betina tempat selak dia tu lebar.



ada faham?? bukan pe, kadang-kadang aku pun lupa gak. beli ketam sekali sekala, abih tu tiap kali nak beli duk asyik tanya abah mana satu jantan mana satu betina (abah mmg expert ye part beli barang-barang basah ni). bila dh tulis ni, sekurang-sekurangnya aku igtla nnt, bukan aku saje ye, tp kedua-dua akak aku pun sekali. hari tu kak long dia pegi beli ketam jantan. alahai ciput sgt isinya. (nmpk sgt kak long pun tak kenal jantan tina). hahahahaha

nak tau masak pe dgn ketam tu. oleh kerana kami membesar dalam keluarga yg mengamalkan pemakanan yang sihat, maka biasanya ketam tu masak tumis air je la. see...




sihat ok!! namun, disebabkan anak bongsu mak ni suka makan yg pedas-pedas makanya aku sendiri masak ketam aku. boleh?? hahahaha. 3 ekor ketam yg lain masak tumis air, aku punya sekor masak ketam cili. hihihi. sendiri nak makan, kena masak la kan. so..ni lah hasilnya.




hehehhe. setaaapppp. tp terlebih minyak sket.. oppss. cara-cara masak:
  1. goreng ketam dengan kunyit sampai masak (kemudian asingkan)
  2. tumis bawang merah, putih, dan halia dengan minyak gorengan ketam td
  3. masukkan cili yang dikisar
  4. tumis hingga masak
  5. tambah sedikit cili sos, tomato sos n tiram sos
  6. gaulkan ketam dengan bahan-bahan tumisan
  7. siap untuk dihidang
dan rasanya amat menyelerakan. kalau sape tgk aku makan ketam, mmg aku makan yg paling lama sekali la sebab mmg habis semua bahagian aku korek kasi licin. mmg tak membazir. ok. selamat la memasak ketam bagi sesapa yg nak mencuba.

noted: ketam di atas adalah ketam bunga :))

Saturday, July 23, 2011

masak spaghetti ala ain shalalala

ni projek minggu lepas.. memandangkan my kak long n angah balik rumah, so kita masak special sket la kan. spaghetti special?? bolehla. bukannya selalu masak pun kan. semua bahan-bahan dia saya yang sediakan, kira me jd chef on that day. tengah-tengah masak, boleh la pulak gas habis. sabor je la. nasib baik, kedai gas depan umah je. pom pam pom pam berperang kat dapur, maka siaplah spaghetti saya.


itadakimas..oishikatta ne :))

haa.. amacam?? presentation mantapkan?? of coz sedap ok. muaz siap makan bertambah-tambah. resepi dia saya ceduk dari satu blog ni, tp lupa nk save link dia. sorry ye kak. nnt kalau saya jumpa balik link akak, saya quote kat sini k. for those yang nk try, ni bahan-bahan dia. tp korang sure pro kan??? teehee. i je yg bila nk masak or teringin nak makan sesuatu mesti kena google dulu. kikiki.


SPAGHETTI BOLOGNESE ALA AIN SHALALALA

Bahan 1
  • spaghetti (rebus bersama titisan minyak)
Bahan 2
  • sos spaghetti Prego
  • tomato puree 2-3 sudu
  • bawang putih dicincang
  • sosej dan ayam hancur
  • cendawan butang
  • cheddar cheese (optional)
  • broccoli (ni saya tambah sendiri, sebab nk naikkan seri. boleh ke?? tibai)
  • carrot (tambah sendiri, sebab muaz suka carrot)
Cara membuat
  1. tumis bawang putih hingga naik bau
  2. masukkan ayam hancur, tumis sehingga masak
  3. masukkan carrot yang dipotong dadu
  4. masukkan sosej, cendawan dan tumis lagi
  5. masukkan tomato puree
  6. masukkan sos spaghetti
  7. tambah sedikit air untuk bagi berkuah
  8. bila sudah menggelegak masukkan kepingan cheese
  9. kacau sehingga cheese cair
  10. celur brocolli dengan air panas (makan sebagai  ulaman)
  11. sedia untuk dihidang
selamat mencuba =)