Sunday, October 23, 2011

simpanan lantikan

ok. bawak bertenang. tarik nafas dalam-dalam. tarikkkkk... lepasssss.. orait.

kalau sape-sape yg follow blog ni, mesti almaklumlah yg aku de g interview SPA tuk jawatan pegawai kerajaan kan. hee. mcm la ramai yg sebuk nk amik tau psl aku kan. tak kesahlah, ni korg dh terjah ni, makanya baca je lah kan?? heee

keputusannya dah keluar ok. tak sengaja lak bukak website spa td. tup tup ada dah. nebes ok terus sejuk2 tangan masa tu. kikiki. bila dah masuk ic semua, mata pun bukak ciput je konon2 tanak nmpk sgt la keputusan tu. padahal bukannya nmpak pun dia tulis pe. so besarkan balik mata dengan gagahnya. masa ni dah imagine result antara TAHNIAH or DUKACITA. kita kan akan grab first word dia kan, tp kali ni tak nampak lgsg dua-dua perkataan tu. tak leh jd ni. lantas terus membuntangkan biji mata agar dapat membaca keputusan dgn tenang. tarik nafas lagi. dan keputusannya adalah..



sebelah kaki dah dapat, sebelah lagi tertinggal. cane? xpela. bersyukur je la kan, simpanan pun simpanan la. at least nama still dalam list. belum time lagi agaknya nk commit dgn government. ececeh. mcm skrg tak kje gomen. mmg la, cuma position skrg belum meyakinkan lagi. emm.. we'll see.

adakah ini petanda nak suruh aku focus mengajar? ataupun bg sign tuk further Ph.D? (mcm menarikkan? mcm nk sambung je rase). maybe i'm not good enough masa interview tu kan. pfftt. tula. tak alert isu semasa. ditanya soalan apakah dasar yang dibubarkan baru-baru ni pun xleh jwb. kikiki. series aku igt satu je time tu.. papepun, kena improve lg next time. mungkin ada salah silap dlm diri yg menyebabkan menjadi halangan tuk dapatkan sesuatu. misalnya hubungan kita dgn tuhan (byknya dosa), hubungan dgn ibu bapa (alahai..selalu je melawan), hubungan dgn kawan2 ke (korg de makan hati ngn aku ke??) or dengan makhluk tuhan yg lain. who knows?? untuk menempuh hari-hari yang mendatang ni, kerojela dgn apa yg ada skrg ni. tul tak.

to those yg berjaya, congrats :)) mana yg sipi-sipi mcm aku ni. berdoa je lah agar kena panggil nnt. mana yg tak dapat tu, igt..cuba lg. rezeki ada kat mana-mana je. don't give up :D  NEVER SAY NEVER~

5 comments:

limaedua said...

takpe ain..sebelah kaki ada dah tu..doa lah banyak2, minta2 ada tempatnya nti..congratz! :)

Unknown said...

nak tau perkembangan, cmner calon simpanan hari tu?

Anonymous said...

berapa lama ya u jadi calon simpanan?

fairuz abas said...

assalam...boleh saya tahu, berapa lama ya awak jd calon simpanan lantikan? dan ramai ke batch awak yg dikategorikan sebagai simpanan lantikan??

tq

ain shalalala said...

around 6 months dipanggil untuk lapor diri..