Monday, January 3, 2011

kami di 'cursed'.

typo. kami di cruised sebenarnya. teeheeee

last year sound mcm dah lama giler kan, padahal baru last week kami sekeluarga ke Cruise Tasik Putrajaya. sebenarnya dah lama plan nak pegi, tapi almaklumlah begitu payahnya nak mengumpulkan ahli keluarga, jadinya asyik terpostpone je la aktiviti rekreasi ni. heeee. ye la, dengan abang ipar yg kerap outstation, dengan angah yg hanya available time cuti sekolah so byk kali delay.


at last... on sunny shiny day.. hajat kami semua terlaksana. poyo giler


tiket kami dah beli awal-awal since ada promotion masa MAHA hari tu. act, normal price adalah MYR30 for adult but we managed to get MYR15 during the promotion. totally murah la kan. and jgn lupa dapatkan harga yg lebih murah for senior citizen a.k.a warga emas  MYR15 per person. hehehe. sebab dekat reg counter rasanya takde display harga for warga emas. untuk baby FOC.

satu perjalanan it took about 45 minutes, dia akan round Tasik Putrajaya and the pemandu pelancong akan brief sketla pasal Putrajaya dan bangunan sekitarnya.


Masjid Putra terapung di atas tasik


Istana Selangor sebagai penghargaan kepada pemberian tapak Putrajaya dari Kerajaan Selangor


Office Tun Dr M
(beliau yg bertanggungjawab besar merealisasikan Putrajaya sebagai Kompleks Kerajaan Persekutuan)


dari jauh Masjid Sultan Mizan


 juga dikenali sebagai Masjid Besi kerana struktur binaan diperbuat daripada besi


landasan monorel dalam pembinaan


empat lagi kementerian yg sedang dibina. 
macam dekat Dubai lak


angah buat trick. heee. ni adalah menara yang menyenaraikan 5 Rukunegara


antara bangunan Kerajaan. saya pernah berkhidmat di bangunan coklat itu atau lebih dikenali dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), JPM


kebanyakan seni reka bentuk bangunan yang dibina di Putrajaya diambil dari pelbagai reka bentuk bangunan di seluruh dunia. menarikkan??


kalau nak rasa, cubalah sendiri. selain cruise ada juga bot dayang senandung (kalau xsilap) ke dondang sayang. not sure but yg ni style open, dlm enam org kot yang boleh naik. kalau cruise dia tertutup dan boleh bawa ramai penumpang dalam suatu masa. 


jangan ketinggalan k!!

do visit here

2 comments:

kella said...

hai... singgah sini jalan jalan... :)

bidadarihijau said...

nk kena try jugak neh...~~