Saturday, January 16, 2010

Hari Tanpa Beg Plastik

oh ye rakan2, penah dgrkan kempen tanpa plastik?? aku baru je dgr hari ni. nmpk sgtla aku mmg xbaca paper. gara2 tu, hari ni aku jakun pasal pegi jusco kena bayar RM0.20 kalau nk plastic bag. hampeh betul. rupa2nya jusco telah menyahut seruan "KEMPEN TANPA PLASTIK" negeri Selangor.

kempen ni telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 20 Disember lalu dan akan dinilai keberkesanannya dalam tempoh enam bulan akan datang. Melalui kempen ini, "hari tanpa beg plastik" telah diperkenalkan dan ianya jatuh pada tiap2 hari sabtu. so, kalau nk shopping kena igt bawak beg sendiri la, kalau tak satu keje plak kita nk bayar cost plastic bag tu.

tujuan utama kempen ni diadakan adalah untuk bersama-sama membantu kerajaan memelihara dan memulihara alam sekitar yang semakin uzur akibat kealpaan dan kerakusan manusia mcm kita ni la. tak baik tau buat bumi gni. kutub utara pun dh cair, bumi pun semakin panas. tak takut ke? gempa bumi pun dh banyak. buat bersabar ye mangsa2 gempa bumi Haiti. sedih aku tgk.

kempen tanpa plastik ni telah mendapat kerjasama daripada beberapa syarikat besar seperti Jusco, 99 Speedmart, Parkson, 7e, IKEA, Guardian, The Store, Carrefour, Giant, Watson, Sunway Piramid, One Utama, Econsave, Vitacare Pharmacy and SACC.

duit yg dikutip tuk beli plastik bag (khusus tuk mereka yg tak bawak bag sendiri) tu akan disalurkan ke tabung2 kebajikan syarikat tersebut ye. bukan atas urusan bisnes. jgn songlap suda... aku sebagai warga selangor amat bersetuju dengan kempen ni!!! moga2 sume rakyat selangor sedar dan bekerjasama untuk merealisasikan kempen ni. alam sekitar yang bersih menjamin kualiti hidup yang sejahtera. peace :))

No comments: