Tuesday, June 16, 2009

BILA SI SUAMI HANTAR PUISI HALUS KPD ISTERI UTK BUKA CAWANGAN

PUISI---

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu
penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap
menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal
bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah
takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...

*** BALASAN PUISI SANG ISTERI***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang
memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan
sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN
ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu dan....

aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII…….. .
Bila kau hanya sejengkal lilin
yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah
bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana
bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan
cuma mancis saja!!!!!
please lah....!!!

jangan la nak berangan.... .....

No comments: