Wednesday, August 24, 2011

missed the chance

ala.. contest tu dah tutup la. semalam baru teringat nak buat tag dari syaida. alih-alih bila bukak link contest tu, rupa-rupanya tarikh tutupnya semalam (22/8). time kena tag mls nak buat, bila tgh rajin dah expired dah contestnya. kikiki. dah tu duk peram lama sgt sape suruh. xpela. next time sy tak buat lagi k. contest tu untuk mereka2 (sambil tuding pd diri sendiri) yg mempunyai followers kurang dari 500. kira nak kasi up follower blog kita la kiranya kan. ate.. org dh bg peluang gini, ko tanak amik. makanya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. hahahaha


ps: rkn2 assessment lepas, jgn lupa cek post box, sbb surat interview dah sampai :)

Monday, August 22, 2011

iftar dgn sahabat

rasanya ni pertama kali kot iftar dgn kawan2 kat luar. biasanya sy mmg buka puasa kat rumah je. buka kat rumah senang, ko nk mkn tergolek ke, terkangkang ke, nk pelahap mentakedarah ke xde masalah kan. rumah kita kan, dan yg plg penting xde masalah terkejar-kejar nk solat maghrib. tu yg sebab musabab mengapa sy suka berbuka di rumah. sorry ye geng2, mana invitation korg nk ajak buka kat luar sy tak dpt penuhi.

tp kenapa yg kali ni boleh pulak terjoin??? hihhihi.

sebabnya..ngan diorg ni lain, diorg ni mmg kita dh faham cara diorg cane. so masing2 xdela nk mkn lama2, xdela masa tu drag sgt. lagipun semua perempuan kan. senang la. tempat sume diorg yg pilih yg penting lokasi dia mesti dkt dgn masjid. kitorg buka kat tasik idaman, bangi. tempat dia cantik la. food dia not bad. tp pricey sket la in my opinion. rasa sekali ni je kot dtg sini. hehehehe.






pas makan, bergegas ke Masjid UKM tuk solat. esoknya kami ke Sogo pula. shopping raya :)

Sunday, August 21, 2011

baju raya, nahi he (read in hidustani)

mood malas mengupdate blog telah datang melanda semula. kah kah kah. sorry guys. nnt mood rajin datang tak terkejar pulak korang nak baca nnt.

baju raya? tahun ni weols satu family memilih warna biru. tp..percaya tak baju raya saya yg khas untuk dipakai masa hari raya pertama tak de lagi. act, awal2 lagi dah tempah kebaya yg kirim kat sab masa dia g bandung hari tu kat tailor. namun, memandangkan saya lupa nak ckp suh bubuh lining kat baju tu, maka rasanya tak daya la pulak akak nak memakai baju kebaya yg jarang di pg hari raya. kang tak pasal2 de yg lebam biji mata di pg syawal. sadis tak?. tsk tsk tsk. tapi baju untuk raya kedua, ketiga, keempat, kelima berderet dah 6 pasang baju baru. wakakakaka. ni kes, hantar kat tailor selai dua dlm sebulan, tp dia siapkan semuanya sekaligus. nangis gak membayar upah jahit tu. cepatla hari rabu, cepatlah gaji oi. dah la kopak bulan ni dengan renew insuran keretanya, dengan raya lg. sosak dado den dibueknyo.

nangis lagi. syahdu... hati ini makin sayu...

ps: adeq ngan kak zen, nape i tak leh baca blog korg dah??? why? why? why?

Thursday, August 11, 2011

aneka kuih-muih (joke)


Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput
Kuih paling style = Kuih CARA.
Kuih untuk mekap = Tepung Gomak.
Kuih berlagu = Qasidah.
kuih penuh dgn harapan = Agar-agar
kuih paling berbahaya = kuih boom

 hahahhahahaha.. mengong.. kuih pun leh kena bahan :)

ps: pergghh..kuih penyakit lelaki kronik..hahahhahaha..nice!! kikiki..aku cilok dr fb nursyam ngn kathy :))