Sunday, July 31, 2011

glocal sungguh It's Time for Therapy


keyword hits: niat puasa sebulan or niat puasa.. nampaknya Ramadhan menyatukan kita semua Umat Islam :))

Friday, July 29, 2011

dah tau niat puasa sebulan?

sembang dgn kak nor ptg td, then dia tanya la..

kak nor: ain, tau tak cane niat puasa sebulan?

saya: tahu (spt biasa menjawab dengan penuh keyakinan). "allahumma lakusumtu wabikaamantu...(time ni stop kejap). ala dia letak kullihi kan? kan? kan?

kak nor dalam masa yang sama ketawa mcm nk pecah perut dah..

kak nor: ain, tahu dok tu bacaan ape??

saya: errr...(dlm hati tgh pk, salah ke aku baca?)

kak nor: tu kan doa buke pose... tp mmg betullah tambah kullihi. tapi salah tempat yg ko tmbah.

saya: hahahahaha. aah la yg aku p baca doa bukak puasa tu pesal. senget betul. confident pulak tu. tetiba masa tu mmg aku lupa giler niat puasa cane. hahahaha. siap warn kak nor jgn bgtau or bg clue, biar aku refresh balik sampai igt. hehehe.

 tak lama pastu dlm 2-3 secnd dpt recall balik. hahahaha. niatnya gini..nawaitu saumaghadin.........

sukati je kan aku ni. hehehhe. puasa ramadhan setahun sekali mmg igt2 lupa la kot. kalau puasa ganti, niat bahasa melayu je. kikiki. bab doa buka puasa mmg terrar la. itu mmg apal, sbb buka puasa ganti pun baca doa arab gak. dats why la yg tu mmg melekat kuat kat pale. so, mana yg igt-igt lupa niat puasa cane, meh kita recall sama-sama k.



lafaz niat puasa sebulan (sekali baca dah leh cover sebulan)



lafaz niat puasa esok hari

senang kan?? actually, bila kita lupa niat puasa macam mana bukanlah maksudnya kita tak reti agamakan?. cuma bila benda yg kita praktikkan setahun sekali mestila sometimes jadi igt-igt lupa. betul tak? ok la, tak sabarkan nak bulan puasa. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Al-Mubarak.

Thursday, July 28, 2011

the resolutions

half of the year.. 2 resolutions are completely done, till 2 more. hope this year will coming true. i wish. i pray. i hope.


ps: good job Safee Sali, good job rimau. even we lost but u guys did it!

Monday, July 25, 2011

Taiwan here I come :))

pssst...psssttt...nak share satu benda ni.. cek nk g Taiwan ni, de sesape nak itot?? jom2!! beramai-ramai kita pergi secara berjemaah. tp kena masuk dari China la. nk tau cane caranya??
  1. Open Google Maps (directions)
  2. Type China as your starting point
  3. Type Taiwan as your destination
  4. Read step 48
  5. When you stop laughing, type this in your fb or blog so others can laugh too

hahahhahaha..saje je nak mengurangkan penangan Monday Blues =)

source: from fb my fren (sall)

Saturday, July 23, 2011

masak spaghetti ala ain shalalala

ni projek minggu lepas.. memandangkan my kak long n angah balik rumah, so kita masak special sket la kan. spaghetti special?? bolehla. bukannya selalu masak pun kan. semua bahan-bahan dia saya yang sediakan, kira me jd chef on that day. tengah-tengah masak, boleh la pulak gas habis. sabor je la. nasib baik, kedai gas depan umah je. pom pam pom pam berperang kat dapur, maka siaplah spaghetti saya.


itadakimas..oishikatta ne :))

haa.. amacam?? presentation mantapkan?? of coz sedap ok. muaz siap makan bertambah-tambah. resepi dia saya ceduk dari satu blog ni, tp lupa nk save link dia. sorry ye kak. nnt kalau saya jumpa balik link akak, saya quote kat sini k. for those yang nk try, ni bahan-bahan dia. tp korang sure pro kan??? teehee. i je yg bila nk masak or teringin nak makan sesuatu mesti kena google dulu. kikiki.


SPAGHETTI BOLOGNESE ALA AIN SHALALALA

Bahan 1
  • spaghetti (rebus bersama titisan minyak)
Bahan 2
  • sos spaghetti Prego
  • tomato puree 2-3 sudu
  • bawang putih dicincang
  • sosej dan ayam hancur
  • cendawan butang
  • cheddar cheese (optional)
  • broccoli (ni saya tambah sendiri, sebab nk naikkan seri. boleh ke?? tibai)
  • carrot (tambah sendiri, sebab muaz suka carrot)
Cara membuat
  1. tumis bawang putih hingga naik bau
  2. masukkan ayam hancur, tumis sehingga masak
  3. masukkan carrot yang dipotong dadu
  4. masukkan sosej, cendawan dan tumis lagi
  5. masukkan tomato puree
  6. masukkan sos spaghetti
  7. tambah sedikit air untuk bagi berkuah
  8. bila sudah menggelegak masukkan kepingan cheese
  9. kacau sehingga cheese cair
  10. celur brocolli dengan air panas (makan sebagai  ulaman)
  11. sedia untuk dihidang
selamat mencuba =)

Monday, July 18, 2011

tak setia?? - case glitterati

awkward.. status glitterati ditarik.. hohohoho. wa tak faham ok. rasa tak de pasang any ads lain pun. tak tau celah mana yang nak di'remove'kan tuk dapatkan balik gliteratti tu. anybody?? any idea?? any suggestion?? ke sebab aku jual mahal tanak amik tiket wayang free hari tu depa marah kat aku. huhu.


dlm pada tu, sempat lg nak show current BE. cet...


sila bantu saya ok. thanks



xxxxxx update xxxxxx




hehehhehe. sekejap je aku pompang-pompang sana sini, alih-alih bila cek balik kat nuffnang sat, tengok saya dah mula mendapatkan status glitterati tu balik. hehehhe. semalam sistem error eh. xpe2. tak kesah pun. as long as dah dapat balik glitterati tu pun dah ok. never mind.

Saturday, July 9, 2011

bila peti sudah bersih...

so...kita kena ke pasar la jawabnya. nak isi balik peti sejuk bg penuh. jadi ke Pasar Borong kita hari ni. awal-awal lagi mak dah senaraikan apa barang yang nak dibeli. mula-mula igt nak ke Jusco je, tp memandangkan harga udangnya, alahai, mahal bebenor jd kita pasar je la. bukan pe, kadang-kadang yang malas ke pasar sebab kami tinggal 3 beranak je kat rumah, banyak mana la makan sgt. nama pasar pun, pasar borong bukannya kitorg memborong sgt pun, alih-alih beli brg sket-sket je. sebab tu selalu beli kat Jusco. tapi hari ni, kita borong je semua lauk basah. kasi sumbat semua dalam peti. kikiki :))


Pasar Borong ni mmg dekat sangatlah dengan rumah. mmg semua ada. ikan-ikan yang aku jarang nampak pun banyak gak. ("nampak sangat selalu pergi pasar")..teeheee. kalau masa kecik-kecik dulu, abah yang selalu pergi pasar. semua ikan, ayam, udang, sotong semua abah yang pilih. la ni abah ikut je, tp dia tak kuasa nak pilih-pilih dah. ye la, tiap kali nak pilih ikan ke apa ke, mak mesti tanya kat abah.."ling, ni ok tak? ni elok tak? hehehehe.."


tenggiri bunga takde, yang ada tenggiri papan..ermm..mak kata tak yah beli lah..

ni ayam.. ada ke yang tak tahu??

udang mesti beli

ikan parang fav satu family





banyak pilihan sayur. semuanya murah-murah

pendek katanya, memang berbaloilah beli barang dapur dekat pasar. jimat pun jimat, segar pun segar. kalau family ramai lagi untung. cumanya kalau pergi pasar time weekend memang ramai orangla. pastu kalau pergi pasar, jgn la pakai slipper yang licin, sebab tadi de budak ter'split' sebab slipper dia licin. sian dia. ok la. bila dah penuh barang-barang dalam peti, makanya kena la rajin masak. heeee.

Tuesday, July 5, 2011

long distance baby

hari tu  kan saya cerita pengalaman saya driving paling jauh adalah sampai ke Kuala Pilah N9. tapi yg tu dulu, sekarang ni yang paling jauh saya driving adalah sampai ke Batu Gajah, Perak. wahhh. terer kan?? hehehehe. alhamdulillah selamat pergi dan selamat sampai dengan hanya membawa kelisa comel saya. teehee. passenger setia adalah mak n abah. la ni mmg kitorg adik beradik dah tak bg dah abh drive jauh2. so, sbg anak yg bertanggungjawab makanya saya lah yg terpaksa mengambil alih amanah tu (poyo).


pengalaman?? hhohoho. mmg banyakla. kalau highway utara-selatan confirm la banyak lori. pastu bila dah start masuk Perak, highway dah jadi dua lane. kalau ko nak laju, duduk la kanan, tp kalau nak slow duduk la belah kiri. tapi duk belah kiri, tahu je la banyak giler lori besar2. takkan nak ikut bont*t lori kan. hik2. makanya saya telah memperhebatkan skill saya dengan memotong lori2 tersebut. wahhhh. (tetiba rasa hebat). memandangkan saya yg bawa kelisa je, maka tak mampulah nak selamanya di fast lane. so, bila ada keperluan untuk memotong je baru saya berada di lorong kanan. bila takde sebarang halangan yg besar2, saya duk kat belah kiri je. biasa kalau nk g Ipoh org kata dlm 3jam je dh leh sampai kan?? tp saya amik masa masa dlm 4 jam tuk sampai Batu gajah tp dua kali berhenti la. hahahahaha. ok la tu. bawak kete kecik je pun.



pekena nasi lemak tip top dekat jalan nak ke Kellie Castle. mmg sedap sangat


kitorg g sana sebab nk lawat sepupu kat situ. act, bukan kitorg je, tp ramai lagi famly member yang lain, ada mak ngah n family serta busu n family. tp tak konvoi pun. cuma set masa tuk lunch sama2 kat Tapah. dalam kul 2 lebih sampai Batu Gajah. lega giler wok bila dah sampai. rasanya confident level masa driving pun dah meninggi sket. alhamdulillah.

Saturday, July 2, 2011

mandi manda di FRIM

ni cerita mmg dah lama gila terperap. hik3. memandangkan entry dah duk terperuk kat draft, so saya publishkan je la. ni kesahnya kami beriadah di FRIM (Forest Research Institute Malaysia) satu family. takde la satu family sgt pun, sebab mak dgn abah ada annual meeting dgn Persatuan Forest Negeri Selangor.


so, kitorg bt pe?? kitorg pun lenjan la terjun air terjun. best wok.. mmg terbaik la. dah la mmg lama tak mandi air terjun kan. bila dah dapat ni, mmg tanak kuar la. air dah la sejuk, dengan bunyi unggas2 lagi, org pun tak ramai. syok la. FRIM ni mmg tempat yang sesuai la tuk riadah, selain dr mandi air terjun boleh berbasikal, jungle tracking, canopy walkaway (tp kalau xsilap canopy walkaway tutup sampai bulan sepuluh), camping and buat macam2 nature activities la. yang penting skali dapat release tension and kurangkan stress.



tpt yg kitorg pilih mmg strategik la sebab tak ramai org. tau tak sebab apa kat tpt air terjun yg kitorg mandi manda ni tak ramai org.. sebabnya...hahahaha. tgk la air dia tu. cetek je kan.. kikiki. yg tpt bestnya kat atas lagi, tp kitorg dh mls nk naik lagi atas, sbb ramai budak2 laki buat aksi superman. tak koser nak join diorg skali. kat sini pun dah ok dah. cetek pun cetek la. bukannya mandi manda sgt pun, dpt basah2 sket cukupla kan. rendam-rendam kan badan. mmg sedap la. rasa fresh sgt.


mana yang tak familiar or jarang-jarang ke sini, tak tau lokasi frim ni kat mane, ni leh gps kat mana location dia. GPS Coordinate: (3.236497648345289, 101.63186073303222) dekat area Kepong, Selayang tu la. tak susah pun nak cari. ok :)

Friday, July 1, 2011

another happy story

ni masuk citer happy yang ke dua pulak. ok. kalau masuk bulan june, confirm la bnda yang paling saya ingat adalah birthday saya. ada ke org yg tak igt psl birthday dia sendiri? errkk?? masa kecik2 dulu bila nk dekat2 birthday sampai nervous2 nak menanti detik 12am. hahaha. poyo giler kan? sebab dlm hati nk tgk de tak member yang wish, or kena pedajal ke tak mlm tu or de surprise pape yg lain tak. maklumlah dulu kan duduk asrama of course relationship dgn kwn2 mmg kuat kan.. so far, xdela sampai kena pecah kepala dgn telur. kalau kena mcm tu mmg aku mengamuk la. kalau setakat org buat bolayan de la, pastu bila dah malam de buat birthday party tu biasa la. ekekekekek.


dulu kalau kat sekolah member2 selalu ckp, kalau sampai kat birthday saya je, is that means kita dah berada betul-betul di pertengahan tahun. motif?? aku pun tak faham gok. hahaha. ye la budak sekolah kan, bila dah masuk semester 2 mesti banyak exam, kelas tambahan semua bagaikan. perhaps it will remind that we're running out of time. there's no time tuk jimba2 lagi. agaknya la kot. cer korg fikir balik kan, setahun ada 12 bulan, is that means bulan jun bulan yang tengah2 kan, pastu jun ada 30 hari. 30 hari bg 2 mestila 15 yang tengah2 kan. so 15 jun mmg center of the year la kan. hehehhe. just a simple calculation for sec student.


tp, on june 15, takde celebration pun. masing2 sibuk kan. kitorg buat next weeknya dkt Restoran Sharifah. gather kan sekali mereka2 yg lahir dalam bulan June. so, ada 3 org yg dicelebrate on that day, kak nor, hakim n me myself. just a small party with small number of peoples. cake awal2 kak sha dah order dari hotel Maya, KL. mmg tip top la. so, merasa la dalam umur 26 tahun ni memotong cake lg. alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan ruang untuk saya bernafas di bumi ini. umur dah 26..who cares?? it just a number. yang penting hati dan jiwa sentiasa muda. heheheh. jom  tgk gambar sket. tak banyak pun.




cheesy cake...setappp

us yang diraikan

potong cake sambil menyanyikan lagu "Allah Selamatkan Kamu"

tu la dia kisah happy saya yang ke dua. hehehhe. biasa2 je pun. tapi muka saya mmg kusam sungguh. buat pun dah petang after office hour. dalam kul 6 lebih gitu kan. mmg tak kuasa la nk touch up pun kan. hehhee. thanks pada yang sudi menganjurkan majlis ni. terharu k. hehehehe. semoga dengan bertambahnya usia, makin banyakla manfaat yang boleh dicurahkan buat agama, bangsa dan negara. buat hakim, semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjasa buat ummi n abah. buat kak nor, semoga hidupmu sentiasa dilimpahi rahmat dan kurnia dari Allah swt. and for me, semoga sentiasa dimurahkan rezeki, dipertemukan dengan pasangan yang soleh, bertanggungjawab dan yang paling penting sekali dipermudahkan segala urusan di dunia mahu pun di akhirat. AMIN.

cerita happy

banyak sangat cerita yang menggembirakan lately ni. tapi sebab terlalu banyak sangat workload maka semuanya terpaksa la ditangguhkan dulu. kalau tak update blog tu mmg faham-faham je lah yang keje tgh sebeban. xde time la nak buat auto-publish. hehehe. la ni kita cerita satu persatu dulu k, pe yang best sangat yang berlaku dalam bulan june yang lepas.



ok first, kita mulakan dengan yang ni....







nampak tak??? tak faham?? cer citer...



gini... tahun ni saya konvo. it'll be on the September k. yea!!! alhamdulillah. rasanya penat lelah selama ni berbaloi-baloi rasanya. org duk kata nape lama sgt buat master tak siap-siap, nape org lain boleh complete within one and a half year, nape dia register lagi lambat dari ko, nape dia leh habis dulu. nape ko buat lama sgt sampai 2 tahun lebih sket la. nape tu? nape ni? huhu. i just can said that you'll never know unless you put yourself in my shoe. serious. yang penting sekarang ni, semuanya yang pahit-pahit telah diganti dengan yang manis. it's time to show off meraikan your pahit manis perjuangan throughout those years. yea.. clap clap your hand. so kesimpulannya....



saya akan konvo tahun ni!!!!!!!!!!!!!!!!!! syukur alhamdulillah. that's my first happy stories. nnt citer happy yang lain kita sambung kat next entry akan datang. till then.