Wednesday, March 30, 2011

vaseline keeping skin amazing!

today is wordless Wednesday?? oh really???



emmm...trying making less. teeeheeee.


jom ramai2 menggunakan vaseline. ia sangat bagus ok. membuat kulit yg kering menjadi lembab-lembap gebu. moist2 gtu :) mana taknya duduk dalam bilik yang 24/7 aircond membuatkan saya kejung-kejung kekeringan. dan solusinya adalah menggunakan 


ini


dan ini


tak caya?? cuba la. after 7days confirm kulit korang kembali seperti sedia kala. makin lembut sehingga ramai yang berkata-kata "wah, lembutnya tangan awak". time tu mmg berbaloi-baloi la kalau hidung kembang kuncup. hikss



[tak support wordless Wednesday] 


**sekian**

Tuesday, March 29, 2011

Solat, your life, your choice

assalamualaikum semua,



dah solat?? 


siapa saya nak tanya korang kan? tapi sebagai rakan and saudara seislam sepatutnya we should do this. Remind each other are they have done perform their solat. Bila kita cakap pasal solat, pasal agama is not mean that I'm good nak suruh-suruh org buat itu ini. cuma, saya sekadar untuk mengingatkan diri saya dan anda semua akan kewajipan kita sebagai Muslims. Saya sendiri pun sedang berusaha untuk mengubah diri saya untuk menjadi lebih baik lagi. Kadang-kadang saya pun lalai dlm urusan solat, (shame me) selalu melewat-lewatkan waktu sampai solat kunci pintu takut mak nampak sebab mmg dekat-dekat nak abis waktu. huhuhu. 


sebagai contoh, let say, waktu zohor pukul 1.30pm then saya selalu assumed masa tu panjang lagi. masa tu la sibuk nak fb, time tu la nampak ada baju cantik kat boutique online sibuk nak beli, time tu la de member duk ajak skype-ing, macam-macamlah lagi. and katakanlah tiba-tiba kalau Allah nak tarik nyawa kita dalam pukul 3pm (ajal maut mana kita tau kan?), tp masa tu kita tak solat zohor lagi. fuhhh. mati dalam keadaan tak sempat nak solat semata-mata urusan duniawi yang lagha. takutnya..... sebab tu la dalam al-quran dah cakap, segerakanlah menunaikan solat, solatlah di awal waktu, janganlah kamu melengah-lengahkannya. sampai bila saya tgk satu video ni, baru benar-benar ia terkesan dalam hati saya. so, saya nak sharekan pada awak semua.

 


 
 kalau dah terlambat, menyesal pun tak guna....


iktibar buat kita semua ok??

Aktiviti PAC Pegawai Penerangan S41

hye semua. assalamualaikum...



tadi ada dapat one comment dari sorg ni.




hoho. saya bukanlah org yang layak nak bagi tip yang oi. saya pun macam awak gak, sedang mencuba-cuba nasib untuk menjawat jawatan awam. heeeee.


tapi, kalau setakat nk share aktiviti yang dijalankan time PAC tu boleh la sket-sket. Sebenanrnya saya pun mmg dah janji nak citer kan pasal dalam entry yang lepas, tp disebabkan kekangan masa tu yang delay tu. huhuhu.


based pd PAC yang lepas, terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan untuk menilai kompetensi kita sebagai Pegawai Penerangan. Termasuklah ujian bertulis, public speaking, group discussion, pengucapan awam. ala..aktiviti dia lebih kurang standard dengan pac PTD gak la. cuma bezanya takde lima senaman asas yang menyakitkan tu. or lari 2.4km yang membuatkan saya pancit di tengah jalan. hahaha. soalan-soalan public speaking dia biasala more to general and benda-benda di sekeliling kita. so, baca-bacalah pasal current issues. tu je kot.


membantu ke info saya ni cik Alfieniza? i hope so. sama-samalah kita buat yg terbaik k. good luck to all candidates especially to me. kikiki.


Monday, March 28, 2011

Kancilbiru follow me

wiwit (n_n)


akak kancilbiru follow blog saya yang tak seberapa ni. 





thx akak.




saya dulu silent reader akak. sebab selalu usha-usha pb di situ. nnt dh stabil insyallah saya ngorder dgn akak ye :D




[update]



thanks juga buat semua follower saya yang sudi follow blog saya ni. yela, walaupun xramai mane pun, tapi saya tetap berbesar hati. terima kasih kalian (*_*)




mmuuuuaaaahhhhhh

Sunday, March 27, 2011

earth hour selamatkan bumi

hye semua..assalamualaikum



as we all know on 26march every year adalah hari bagi earth hour. hari di mana satu dunia akan memadamkan lampu selama 60 minit. baguskan kempen ni. setuju2. saya sokong 150%. banyak negara participate kan. nampaknya satu dunia berusaha bersama-sama untuk mengurangkan global warming yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ni. congrats to WWF yang mengetengahkan isu ini.




so malam tadi uol bergelap ke? heeeeee



saya????



saya tengah makan la time tu. tak tutup lampu pun. kang ada yang tercekik tulang, lain pulak citernye nanti. bila saya tak padam lampu, bukanlah bermakna saya tak support this campaign. kan tadi kat atas tu saya dah tulis saya sokong 150% kempen ni. hehehe. cumanya waktu 8.30 - 9.30pm tu bagi saya n famili agak tak berapa sesuai la untuk kitorg tutup lampu. nak-nak pulak my parents pun dah berumur. dengan pencahayaan yang kurang takut mengundang masalah lain pulak kang.





so mcm mana cara kitorg support?? act, hari-hari mmg dh practice tutup lampu or kipas segala bagai. bila tak pakai or tak perlu mmg semua suis elok tutup. mmg my parents dah terapkan amalan ni dari kecik lg. so, takde masalah pembaziran rasanya di situ. jadi, bukan setakat 60 minit je, malah lebih dari tu rasanya kitorg satu family dah save kan energy. i guess u all pun sama kan. masa tido tutup lampu, keluar rumah make sure tutup lampu, tutup kipas, tutup tv. jarang rasanya biar on 24jam. kalau kita semua practice benda basic ni hari-hari, insyaallah kita semua sedikit sebanyak mampu selamatkan bumi :)



agree???

another assessment to go :p

ayyaarghhhh...


belum pun sempat nak story citer assessment lepas, dah kena panggil lak g assessment lagi satu. kali ni under kementerian kesihatan. post still sama iaitu Pegawai Penerangan. huhuhu.


nasib baik kali ni tempat dia dekat jer. hehehe. kalau kat pd gak mcm hari tu, confirm booking hotel je. tak caya ke kena panggil assessment lg??? tgk ni ha..act, pegawai dr SPA hari tu pun de ckp, candidates yg pergi assessment untuk KPKK berkemungkinan besar akan dipanggil semula ke assessment untuk kementerian kesihatan. so, here we go.





kali ni kena study pasal kesihatan lak pulak kan. hehehhe. kenapa saya tak kena panggil pac ptd?? ooo. ada gak sorg dua yang bertanya. asyik citer psl peg penerangan je, meanwhile pac PTD pun ada gak skrg ni.  jawapannya sebab akak tak update pun akak punya permohonan spa. dah expired dik. yg ni pun sebab exam dia akak amik thn 2008 dan tempoh lulus dia valid for 5 years. tu yang kena panggil tu. teeeheee.


ok. clear??

Thursday, March 24, 2011

Panggilan assessment Pegawai Penerangan S41

hye semua.. assalamualaikum.


ni ha, kali ni nak cerita ada dapat panggilan g assessment pegawai penerangan. pegawai penerangan??? hoho. yela. mula2 saya pun tak tau time bila sy ada sit for this exam. rupa-rupanya exam ni saya dh amik berkurun lepas kalau tak silap dlm tahun 2008. tu pun, my mom yg igtkan. she said saya pernah pass exam SPA 14 Jawatan Skim 41. huiisshh.. hehehe. mak lg igt. ye la kan, setahu saya sekarang ni saya punya application kat SPA tu pun dah expired. heee. 



tapi kan, sejak bila pulak skim lain ada kena assesment??? biasanya assesment PAC untuk Skim M41 for Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). hoho. for now, harapanlah nak keje gomen sesenang oren nk dapat. selected process semua sekarang dah lebih kurang PTD. huhu. ada tapisan dah sekarang. kalau dulu bila pass exam, just wait for an interview. zaman sudah berubah kan.



Act, for Pegawai Penerangan assessment dia adalah satu program penilaian kompetensi untuk bakal-bakal Pegawai penerangan. so, kat situ la dia akan nilai kebolehan, kredibiliti dan kemampuan kita. Aktiviti-aktiviti dia pun agak lain sedikit, compare dgn PAC PTD (dh pnh g, tp dukacitala keputusannya. kikiki). nnt kat entry lain, saya story mory the whole activities for two days assesment. 


ok. heheheh. till then, bye.

Wednesday, March 23, 2011

why why why??????

pesal eh org yg keje kat front line ni slalu tak mesra alam?? eeee. ko igt ko pakai mekap tebal tu dah cantik sgt ke??? lagi buruk adalah. dah la muka mmg tak cantik, ko tepek tebal mana pun mmg tak cantik gak. cubala perangai tu senonoh sket, keje deal dgn org ramai kena la show PR yang baik. eeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ni dah kali keberapa aku menyumpah ko.. dah mmg patut pun dapat! kalau sepuluh org menyumpah ko, tak taula. mmg agaknya mulut ko longkang kot. dari dulu lagi, asyik bermasalah je bila deal dgn dia ni. hantar surat layang karang baru tau!
aku punya geram tak tunjuk lagi tu. nak lawan? huhuhu


fuhhhhh... lega. astaghfirullahalazim.

Tuesday, March 22, 2011

Sejauh manakah kehalalan sesuatu makanan atau produk yang kita ambil?

hee.. me currently into this project. nnt kalau dah siap, saya share dgn uols semua k. sekarang ni, saya sendiri baru-baru nak study and collect so much info pasal projek halal ni. as for muslims, supposed kita semua patut tahu the e-number of food additives supaya tidak ada unsur-unsur syubhah atau haram di situ. sangat penting untuk kita mengetahui dari mana dan apa sumbernya setiap ingredients dalam makanan terutamanya ke atas makanan yang ditinkan.




so for now, saya tgh mengumpulkan database untuk projek ni. sgt banyak ok. huhuhu. ni pun mata saya dah letih duk mengadap pc je. nnt kalau dah berhasil, kita sharing-sharing kat korang  k.


till then. bye. hope today is better than yesterday. amin.. ada satu dua entry dalam draft tak sempat2 nak update. teehee. nnt kalau free saya citer my experience g assesment Pegawai Penerangan last weekend hari tu. ok. gtg

Sunday, March 20, 2011

mmg la best kalau cantik..tp...

 
hahahha. memang kelakar la mamat ni. 
 
 
kreatif sungguh. tabik toing toing toing
 
 
cantik??
sape yg tanak kan, tp kalau Allah dah bagi rupa itu, itulah sebaik2 ciptaan yang telah dijadikan. cantik tak semestinya dari paras rupa. ada org tu mungkin cantik, yes dia mmg cantik tp perangai..... hampeh. still nampak hudoh kan. so??? biarlah dari segala aspek kita bersederhana je. deal???

Wednesday, March 16, 2011

Pray for Japan

sedih kan dengan gempa yang berlaku baru-baru ni. harap-harap usaha menyelamatkan mangsa dapat berjalan dengan lancar, ye la dengan suhunya yang mencecah -5*c, dengan ancaman radiasi nuklear lagi, dengan susulan beberapa gempa kecil. harap bertabah ye semua warga Nippon. satu dunia sekarang ni sedang mendoakan kesejahteraan kamu, walau kita berlainan agama, berlainan keturunan, berbeza bahasa, adat budaya resam tapi atas semangat kemanusiaan dan keprihatinan i guess semua pihak sedang berusaha untuk membantu sedaya mungkin.

memang terukkan kalau kita tgk balik video-video amatur yang sempat dirakam sewaktu kejadian gempa dan tsunami berlaku. cuba bayangkan rumah-rumah dihanyut air, feri, kereta, bangunan-bangunan runtuh. rasanya Allah baru jentik sket je dah jadi sampai mcm tu, mcm mana la pula nnt bila tibanya hari qiamat. nauzubillah, tak dapat dibayangkan.

kun fayakun
bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah," maka jadilah dia


tiba-tiba saya teringat dekat sensei saya masa saya belajar Jepun dulu. hope Ms Akiko n family tak terlibat dalam gempa tu, ye la kalau tgk kat map Saitama takde la jauh sangat dengan kawasan timur laut Jepun tu. hmm. semoga misi menyelamat dapat berjalan dengan lancar dan bantuan dapat disampaikan dengan segera.



beruntunglah kerana kita berada di Bumi MALAYSIA. bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. hari semalam Jepun, besok lusa kita pun tak tau.

geramnye...

 assalamualaikum semua..


ee.. series comel giler irma pakai tudung kan. so suweeeeeeet. suke sgt tgk penghijrahan irma. semoga terus berkekalan. thumbs up :) irma muka mcm kucen la. mcm nak gesel-gesel je. hahahaha.


credit to bang nara

oh. i luv u both ;)

Tuesday, March 15, 2011

happy being stalker??

sape sape sape???


adela. huhuhu. seronok eh boleh stalk2 page org? tgk pe yg dia update, tiap kali de gmba dia lekas-lekas nak usha. pahtu dalam hati kata "alah..kalau takat gni, bukannya cun mane pun." tapi esok-esok pun ko menggelabah gak try search dia kat fb, kat blog, kat twitter (aku rase dia tak reti twitter ni, kalau tak mesti dia dh tweet dh). hahahha. try2 nak add, tapi jangan harapla. sebab me only approve person whom i know. hik3x. boo kamu di situ. lol




pe fekdahnya nk stalk org?? pe yg dapat??


myb kepuasan kot. sebabnya dia seboleh-boleh nak compare sape lg bagus. sape lg cun. atau rasa kedudukan dia terancam. hahahahaha. saya rasala. heee. pastu mcm de sekelumit dendam or sakit hati or any kind of jealousy. kiki. lantak ko la kan. do i care??? hmm. xkoser.


psstttt..pssttt.. kalau korang pun de tanda-tanda gni, eager nk tau psl someone, asyik nk bukak fb dia je, nak bukak blog dia, nak tgk pic latest dia, nak tau dia g mane, pape je la nak tau any news psl dia, psl tok nenek kerabat dia, sampai sanggup create any fake account, pastu mcm de rasa2 nk kutuk or dengki2 kat dia atas pe yg dia buat. eeewwww!! beware!!! myb korng pun tergolong dalam golongan stalker. kikiki. enaf la do such things.


you happy being stalker n i automatically happy being famous :D yippieee~

Sunday, March 13, 2011

selamat berhujung minggu

bt pe weekend ni korang???


saya g wedding my sis punya kawan. ingat tak pd entry raya saya tahun lepas saya janji saya nak reveal my baju raya, last2 tak menyempat nak update psl tu kan. so ni ha dia saya tepek baju raya saya tu yang dah basik kat sini, kebetulan sy pakai this kebaya masa g wedding td. kikiki.



act, entry ni....



cuma sekadar nak bajet cun!!! hahahaha. lempang sket. skali skala. pe salahnya kan??? lagipun sapa lagi yang nak cakap kita cun, kalau bukan diri kita sendiri. betul tak?? teeeheeee.




ok bye. happy weekend n happy school holidays!!

Saturday, March 12, 2011

twinkle with muaz :D

my muaz seronok melayan twinkle ;) he enjoyed the video so much!! infact, me too! teeheee.




meh kita tgk video muaz tgh ralit tgk twinkle n owl. yang tak larat tu dia sebut owl adalah ak ak. heehehe. muaz sgt berconnected tot. kiki. yela, kan gangliosida dia saling berhubung. sekarang budak tecik ni sudah kemain excited exploring his world. good job my dear.  (abaikan environment sekeliling)


Friday, March 11, 2011

[Gambar] Tsunami di Jepun

assalamualaikum semua, sekali lagi dunia ditimpa musibah. kali ni gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Ritcher telah mengakibatkan tsunami setinggi 10m berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun. this time lg worst dari masa kat Acheh dulu. tsk tsk tsk. bumi udah semakin tua :( gegar sana sini. ini peringatan buat kita semua. insaf seketika. nauzubillah











*** prayers for all my friends in Japan. hope u guys are all ok. semoga kita semua berada di bawah lindunganNya tak kira la walau berada di mana-mana jua. Amin Ya Rabb

rakan-rakan jom join churp churp! $$$$$

hye semua. meh la beramai-ramai kita join churp churp. byk reward yang kita leh dapat, byk info, byk kawan, byk duit nnt.. wah! mata duitan. heee. kalau nak tau lebih lanjut, klik kat link bawah ni ye :p




How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh churp churp untuk anda.

Thursday, March 10, 2011

ada kamu..

kali ni entry ni saya nak dedicated khas buat my supervisor who did supervise me sepanjang saya menjalani liku-liku yang penuh mencabar dalam menyiapkan m4st3r saya. huhu.

my supervisor...

very optimis dalam segala hal. selalu ada jawapan atas segala permasalahan saya. sentiasa memberi semangat sewaktu saya berasa lelah. mendukung atas apa saja yang saya lakukan. sudi mendengar setiap keluhan. sentiasa mengingatkan tatkala saya lalai dan alpa. dan yang paling penting selalu membuat saya berasa lega setelah berjumpa beliau.

tanpa beliau...

mungkin saya tidak mampu menghabiskan apa yang telah saya mulakan.. thank you so much to my Supervisor. Prof Madya Dr Z.



(apart of lagu ada kamu...love the lyrics ;))

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu


alhamdulillah. kapal yang dikemudi sudah hampir sampai ke pelabuhan setelah berkali-kali dilanda badai ombak, ribut taufan, iceberg, tsunami, puting beliung.. nasib tak karam. heeee  ;))

Saturday, March 5, 2011

happy Saturday

hee..hari ni sabtu la.

obviuosly saya duk rehat-rehat je kat rumah. tp semalam dah listkan few things to do for today.
  • bangun pagi
  • rendam baju
  • kemas bilik
  • basuh baju 
  • sidai baju
  • prepare lunch 
  • angkat baju
  • lipat baju
  • correction thesis - in progress (target siap malam ni gak, supaya esok boleh bersenang-lenang and by monday leh tunjuk kat examiner n supervisor)
    • tambah frequent pattern method kat literature
    • elaborate more on result analysis
    • edit sket kat problem statement
    • add t-test
overall, everything still under control. heee. nape tak de dlm list prepare for dinner?? makan luar la maksudnya tu. heeee. so, how was your day?? me, is fine. hope u guys as well. managed your time wisely!! enjoy weekend ;)) chill!!

ps: td ber'fb'ing, and blogwalking noticed one thing. kebanyakan baby girl yg baru-baru lahir ni, nama mcm standard je kat depan mesti ada alya. teeeheeee. browsing td jumpa alya marissa, alya irdina, alya farisya, alya maisara, alya safiya, macam-macam lagi la.mesti elok kan maksud dia. tu yg sume bubuh alya tu. tp pe eh maksud dia? ngeee~~ kalau anak saya nnt nak nama ape?? Umi Kalthum sudaaaa. sonang ;) nama anak nabi tu kan. xpun, nur aminah, hehehhe..insyaallah.

Thursday, March 3, 2011

gila shawl..tp inner xbest selalu buat saya spt bola

assalamualaikum semua

hari ni macam mana? better dari semalam? heee. harap-harap macam tu la.

saya suka pakai shawl. geram-geram bila tgk shawl design baru. tapikan..sob sob sob. ada satu perkara yg buat ianya jadi xbest. huhuhu. masalah inner yg tak best. mencik!! susah la nak dapat inner yang betul-betul suit dengan muka kita. mana yang muka bujur sirih, lonjong, fine..muka pesen gini mmg takde masalah. sarung je mmg nice terletak kat muka. tp kalau yg muka pau mcm saya ni haruslah tension bila beli innner tapi tak ngam kat muka. tak pasal-pasal org igt bola bergerak. gggrrrrr. geram :(

heee..muka bulat

ada yang suggest pakai inner awning kat dalam, then kat luat lilit dgn shawl. nice gak. tp saya tak prefer sgt mcm tu. hehehe. ngengada. tula, sape suruh pipi tembam sgt. kan dah. padan muka. heeee. motif entry ni?? kena kuruskan muka. azam yang dah berkurun tak pernah success. teeheee. bola pun bola la, yang penting comel lagi cute ;)) ngeh ngeh ngeh. perasantan sungguh! do i care :p

Wednesday, March 2, 2011

bff meeting

assalamualaikum semua,

rindu tak kat saya?? heee.. lama dah kan tak update blog. hari ni mood nk update blog dtg mencanak2. jadi, korang kena la tadah dgn pe yang saya nak kongsi ni. heee. takde citer pape pun. cuma me n my bff (ima n sub) meet new baby born Umar Zulkarnain typo la. yang betul Umar Dzulqarnain. sorry bonda caca

sape Umar tu??

anak Caca bff kitorg gak. Umar dah 2 minggu lahir but on last Sunday we managed to visit him. huhuhu. so cute Umar. masa mula2 sampai dia tak tido. sempat gak la main2, gomol2, cium2 dia. hee..wangi sangat. suka bau baby. Umar lahir normal, 2.9kg pada tak igt la bila. delivered at Ampang Puteri. Act, ada 2 lg bff kitorg yg bersalin - Maryam ngn Fiza. tapi tak sempat lg nk tgk baby diorang ni. Marisa dgn Safiya tunggu aunty2 dtg ye. insyaAllah. hehehe. aunty2 visit abam hero dulu k, princess2 tunggu dulu. teeheee. meh tgk gamba Umar.


lebat kan rambut Umar. Umar with aunty sab n aunty ima


alhamdulillah caca pun kitorg tgk ceria gak. boleh borak2, gossip2. mmg bestla. sebab lama betul kan tak jumpa. macam-macam citer kuar. almost 2 jam gak la lepak rumah in law caca. yup. caca pantang kat umah mak mertua dia. kitorg pun segan la nk borak lama2. kalau kat keramat umah mak caca, xde la segan sangat. teeheee. memandangkan husband ca punya adik beradik sume boys yang bujang teratang-tang makanya kami terpaksa la behave seayu-ayunya. kikiki. so not me.

pastu kami terus meluncur laju ke IKEA. sub nak cari wedding present kt opismate dia. tp b4 tu santap meetball dulu kat foodcourt. hehehe. ima dah pening2 pale psl makan lambat. hahahha. sgt best jumpa kawan2 setelah sekian lama xjumpa. happy giler2. masing2 sume perangai sama. takde sorg pun yg berubah. tapi saya boleh announce yg ratu gosip mmg si sab la. kelas giler. hahahahaha. tgk pose dia kat pic bawah ni pun leh tau yg dia mmg ratu. teeheee :)


me with sub..ima saje je kasi gegar ini gamba. huhu. sabotaj!


my kawan baik forever (nurarima n sabarina)


pantang tgk cermin. bajet masing2. hahahha


banyak lagi gamba lain sebenarnya. tapi sogan lak nak lotak sumo kek sini. kang ada yang bernanah tgk aku lak. dah la besar gedabak saiz gamba. hahahaha. pasni kalau ada kesempatan masa dan waktu kitorang dtg tgk anak fiza n anak maryam lak. seronoknya diorg. semuanya dah tukar status. hehehe. saya?? emm. tgula. nnt saya btau bila. dah nak dekat dah rasa2nya ni. hee..muahahahahha.

btw, thanks ya to sub n ima for sending me homed. heee. pasni kita round dgn kete aku lak eh :) pray for me. semoga pe yang aku story kat korg tu tak menjadi kenyataan. huhu. tsk tsk tsk.

cuma aku :(

susah kalau jadi syok sendiri.. adoiii :(




heee...