source |
Tuesday, November 30, 2010
say no to ice! cough! cough!
huhu. saya sakit tekak yg amat sgt. peritnya. susah nak telan, susah nak makan, susah nak minum. tu la. dah tau awak tu jarang minum ais, sekali bantai dua malam berturut-turut tala teh ais, dengan tembikai juice. amik kau. nangis. tsk tsk tsk. tanak dah minum ais lagi. rasanya ais tu tak masak kot. kalau tak, takdela sakit tekak rasanya. heee. nak salahkan org lain gak tu. huhuhu.
tak tau la ni kali ke berapa ckp nak stop minum ice..rasanya org keliling dah naik muak dgr saya ckp nak stop nak stop. heeeeee. especially mak la. 2 mlm tu, saya dinner dgn abah n angah je, so kalau dgn abh mmg abah tak kesah la. kalau ada mak, confirm mak sound, hahahhaah. dgn abah dpt kebebasan sket. hehehhe
Projek DJ2B-31 Blogger. SAYA MELUKUT DI TEPIAN GANTANG
kenapa blog saya patut jd 31 terpilih?????
malu nak show sbnrnya.. |
Monday, November 29, 2010
Syukurlah kita masih sihat
mcm mana korang hari ni sihat tak? harap semua dalam keadaan baik-baik saja, mcm lagu baik-baik sayang tu. hee. ni ha nak share one story dgn korang semua pasal satu insiden yg menyayat hati telah berlaku pagi tadi. yep..mmg pagi tadi je baru jadi.
seperti biasa saya akan ke uni la di waktu pg. memandangkan saya belajar lagi so mmg bergantung harapla pada kenderaan awam kan. bila nak pakai kereta?? janganla tanya soalan mcm tu. nnt dah stabil saya beli la. so mcm biasa la beratur bila naik bas. port saya biasanya mmg kat belakang la, psl saya tak suka duduk kat area depan2. selang 10 minit bas berjalan, tiba-tiba...
ada sorang penumpang di hadapan menggelupur kejang macam terkena serangan sakit jantung, dia terus jatuh sebab tak dapat nak imbangkan diri. semua org dalam bus jadi panick. sorang uncle cina yg duduk berdekatan mangsa dtg nak tolong dia, tapi dia mcm bertindak ganas. bas terus berhenti serta merta. saya dari jauh mmg nak tolong sbb sy igt dia sesak nafas, nk try la bukakkan butang baju dia. tapi sebab dia berkasar terus kaku di tempat duduk. adalah dalam 2 minit dia menggelupur mcm tu. mata dia masa tu mcm merenung tajam dekat semua org dlm bus. takut gak la. akhirnya dia sendiri berjaya menenangkan diri dia. tak tau la kenapa, but i think she got sawan kot. yes.. dia adalah perempuan, melayu dan muslimah. pity her. mesti badan dia sakit sebab jatuh teruk dari tempat duduk hingga ke bahagian depan driver. sampai kat mines, dia turun. dia keje situ kot. tapi nampak mcm ok dah la. maybe kejap2 je kot penyakit dia dtg. insaf sekejap bila tgk situasi mcm tu. syukurlah ia bukan dtg menimpa kita.
ilustrasi kejadian |
ps to her: saya mmg tak kenal awak, tp saya harap awk jgn skip mkn ubat awk k. kalau ada air ubat tu, jgn lupa minum. kesian sgt. saya harap awk cepat sembuh. tiba-tiba teringat citer abg long mlm tadi pasal ada sorg peserta camp tu kena sawan babi. huhu.
Sunday, November 28, 2010
Map to MAEPS sempena MAHA
mana-mana or sape-sape yang tak familiar area Serdang tp nak pergi ke MAHA, jgn sedih2 k. sokay toksah nak nangis2, gaduh2. kat sini saya tepekkan map ke MAEPS. tak susah pun. kalau tau UPM, confirm la sonang nak cari, kalau tau Putrajaya confirm la kacang je tempat tu. heeee.
kalau yg ikot highway PLUS nak lagi senang exit je tol Kajang pastu ikut je Kajang Silk. confirm dah tak sesat. nk exit UPM pun leh gak, tp nnt jalan pusing-pusing sket. yang penting lokasi dia near to Hospital Serdang, IOI Resort and dekat dengan simpang ke Putrajaya. ada paham? igt..landmark yg sonang adalah spital Serdang k. nak jelas klik map ni supaya direction lg clear.
hehhee. kalau xpaham gps je. lagi sonang ;) tp korang tak yah risau la. kat sekeliling jalan kat Kajang Silk, Seri Kembangan, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya banyak dah tergantung direction ke MAHA ni. jangan datang lewat nnt MAHA jam ok! kalau tak jumpa gak, korang datangla rumah saya, nnt kita g skali la. teeeheee.
kalau yg ikot highway PLUS nak lagi senang exit je tol Kajang pastu ikut je Kajang Silk. confirm dah tak sesat. nk exit UPM pun leh gak, tp nnt jalan pusing-pusing sket. yang penting lokasi dia near to Hospital Serdang, IOI Resort and dekat dengan simpang ke Putrajaya. ada paham? igt..landmark yg sonang adalah spital Serdang k. nak jelas klik map ni supaya direction lg clear.
rumah I pun ada dlm map ni..nk dtg bolehla ;) |
hehhee. kalau xpaham gps je. lagi sonang ;) tp korang tak yah risau la. kat sekeliling jalan kat Kajang Silk, Seri Kembangan, Serdang, Putrajaya, Cyberjaya banyak dah tergantung direction ke MAHA ni. jangan datang lewat nnt MAHA jam ok! kalau tak jumpa gak, korang datangla rumah saya, nnt kita g skali la. teeeheee.
jalan-jalan MAHA International 2010
semalam kami jalan-jalan di MAHA International 2010. dah dekat dgn rumah kan, rugi la kalau tak pergi. sambutan kali ni rasanya lebih hebat dari tahun-tahun sebelumnya. macam-macam ada. nak-nak lagi adanya Sua Rasa TV9, mmg pengunjung maha hebat la. heee. kitorg pergi pagi, sbb tau kalau pergi ptg confirm la susah nak parking, lgpun takut hujan. belah pagi, alhamdulillah la org tak berapa ramai sgt, tapi, tak ramai pun parking beratur gak nak masuk. sekali parking RM3. mmg puasla kalau berjalan dalam tu. mau patah kaki rasanya. tapi tak yah risau, sbb ada perkhidmatan tram dan bus disediakan bila nk pergi mana-mana dewan pameran or tpt lawatan. cuma beware dgn keselamatan anak-anak k.
masa sampai, kitorg terus pergi ke tapak Sua Rasa. pagi lagi, so org pun tak ramai mane. sbb saya igt nk jumpa dgn Sharifah Nur pengacara Nasi Lemak Kopi O memandangkan dia kawan saya masa kami sama-sama belajar kat Melaka dulu, tp tak dpt lak nak jumpa dia. hhuhuhu. but then, dapat la jumpa Farah Adeeba. oh gosh. Farah mmg baik sgt. very friendly. heee. cth personaliti yg boleh dibanggakan ada ilmu dan tak sombong.
sekitar tapak sua rasa |
later after that, kitorg terus g kat tpt MAHA lak. perghh..kena jalan kaki sket la nk turun ke bawah tu. masa ni org dah ramai berbondong-bondong. nasib baik la Muaz baik tak meragam. bagusla muaz. boleh bawak jalan lagi mcm ni. byk tpt yg leh lawati tp kitorg tak khatam semua tpt la. just masuk tempat yang utama je.
area buah-buahan..ada nangka gedabak dgn tembikai 4 segi |
area bunga, kraftangan, makanan laut |
so far, pada pemerhatian saya mmg bagusla adakan MAHA ni. memberi peluang kepada petani, penternak, peladang untuk memajukan lagi perusahaan mereka. meningkatkan lagi kualiti produk pertanian melalui R&D yang dijalankan di samping membantu menjana pendapatan ekonomi negara.
kepada uols yang belum sampai lagi, jangan ketinggalan k. masih ada banyak masa lagi until 5dec2010. lokasi di MAEPS, Serdang. make sure datang awal bagi mengelakkan kesesakan. kalau tak, confirm korg akan stuck kematu kat tpt nk masuk parking mau la sangkut dlm beberapa jam. heee. dats y ramai yg amik keputusan parking kat tepi2 highway. huhuhu. untuk keselesaan toksah pakai high heels, bawak payung, tisu, kipas bateri, sun glasses and mana yg ada baby bawak stroller bagi memudahkan pergerakan anda ;)
Tuesday, November 23, 2010
lega sket
alhamdulillah dapat tarik nafas lega sket. hehehhe.
sebab apa???
sebab tarikh submit tesis dah diubah. kalau tak, memang dah cuak giler dah. so i hv few times nak edit lagi pape yang patut.
meroyan masa baca email ni. nak2 time makan masa tu. sumpah main telan2 je. makan pun dah tak lalu sgt. terus pk kena bagi masa betul2, takut tak dan nak hantar. tp..jap tadi dapat lak email baru ni..terus hati berbunga riang.
alhamdulillah. rasanya allah dengar permintaan saya. syukur.
sebab apa???
sebab tarikh submit tesis dah diubah. kalau tak, memang dah cuak giler dah. so i hv few times nak edit lagi pape yang patut.
mula2 submission on 3rd dec. dh la tulisan merah lak tarikh tu |
meroyan masa baca email ni. nak2 time makan masa tu. sumpah main telan2 je. makan pun dah tak lalu sgt. terus pk kena bagi masa betul2, takut tak dan nak hantar. tp..jap tadi dapat lak email baru ni..terus hati berbunga riang.
pastu jd 10dec..hoyeeaaahh!! |
Monday, November 22, 2010
dah delete..
searching for entry biarlah..buat apa nak paksa-paksa??? published only 1 or 2 minutes i guess. saya dah remove la. tak sesuai la untuk bacaan umum. it is too private. igt nak share dgn uols semua, tp malu pulak rasenye. i'm sorry :(
Biarlah...buat apa nak paksa-paksa
**sambil-sambil sibuk membetulkan tesis, time-time tu la pula sibuk idea nak mencurah-curah untuk berbelog. heee.
Selepas dari entry tekanan perasaan yang lepas, saya telah mengambil keputusan sebulat hati, ye..mmg keputusan telah dibuat, dan keputusan itu muktamad. Keputusan ni dibuat bukan sehari dua, mmg dah lama dah. Cuma selama ni saya tak mampu untuk merealisasikannya. Selama ni, saya tahu saya telah melakukan sesuatu yang salah. Yep. Sekali lagi saya mengaku. Memang saya tahu benda tu salah, tapi atas keinginan hati yang membuak-buak lantas saya abaikan kesalahan itu. Akibatnya, telah saya terima hari ini. Memang betul lah, kalau dari mula lagi benda yang kita buat tu salah, pasti akan berkesudahan dengan sesuatu yang buruk juga. What you give, you will get back. Got it. Sekarang ni, saya telah mula merasai punishment atas perbuatan yang saya lakukan. Huhuhu. Saya selalu merasakan kenapa dunia ini selalu tidak adil pada saya? Kenapa saya selalu tidak bernasib baik? Kenapa saya selalu menerima malang? Why me??? Kenapa ia tidak datang kepada orang lain. Mungkin sangat kurang ajar kalau saya pertikaikan semua ini, kerana saya tahu ini semua adalah qada' dan qadar tuhan yang mahu menguji hamba-Nya. Adakah Allah begitu menyayangi saya sehingga ujian-ujian ini diturunkan? Hikmah?? Entahlah. Mungkin saya belum lagi cuba mencari di mana hikmahnya.
Saya harap panas sampai ke petang, rupanya hujan juga di tengahari. Itulah dia yang boleh saya simpulkan. Kadang-kadang rasa fed up dengan hidup ini. Tapi apa pun, perjalanan hidup masih jauh dan mesti diteruskan. Saya tak akan give up cuma dengan hal sekecil ini, mungkin dugaan ini adalah sekecil zarah berbanding dengan orang lain yang masalahnya menimpa-menimpa. Melepaskan seseorang yang bukan milik kita adalah jalan terbaik daripada terbelenggu dalam situasi ini. Dia datang secara tiba-tiba dan pergi pun secara tiba-tiba. Satu lagi kisah akan terpahat di sanubari saya. Biarlah...buat apa nak paksa-paksa.
Saturday, November 20, 2010
agegegegegeeee
gegegeggegegegegege grrrrrrrr grrrrrrrrrrrrrrrrrr grrrrrrrrrrrrrr.. sedang menghadapi mood dan situasi yang bercampur baur, berserabut, berserabai, yang kadang-kadang mengakibatkan conflict dalaman, luaran juga turut menampakkan kecelaruan serta dalam masa yang masa membuatkan persekitaran menjadi tidak kondusif. mengalami kelemahan dalam mengawal emosi diri, tekanan perasaan serta telah terrrrmelampiaskan kesannya kepada mereka-mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan masalah tersebut. perasaan yang bercampur aduk, meluap-luap hingga menyebabkan ketidaksenangan hati yang membuak-buak. oh Allah, gimme strength to face all this thing. it is not over till it's over. i won't let this stupid thing make me down. hate this feeling. ssyyuuuhhhhh.. go away from me. winner never quit!!! yahh...dats me ;))
insyaallah
Wednesday, November 17, 2010
mekap blog + Raya Idul Adha
layout lama telah ku nyahkan. heee. sekarang pakai layout baru pula n tak tau la akan bertahan sampai bila. rasa mcm bersih sket blog ni. selama ni mcm bersepah-sepah je bnde dlm blog ni. pendek kata layout baru ni buat mata saya bertambah clear. de yg complain, layout dulu lambat loading, kuar warna merah background buat sakit mata. so saya dh kemas sket2. but still tak leh lari dr tema colour ye. masih lagi mengekalkan warna kesayangan merah, tp kali ni merah jambu. adik beradik la kan. yang ni mmg tak leh nak ubah la. dh peberet kan, nk wat cane? seriesly, saya mmg tak suka warna pudar2. ok.
so far hari raya hari ni disambut mcm biasa. sempat bersolat iduladha di masjid bersama dgn keluarga tercinta. alhamdulillah makmum mmg ramai melimpah ruah. nampaknya tak ramai yg pulang ke kampung berhari raya. bilangan lembu yang dikorbankan thn ni, rasanya berkurang sket compared last year. ada 5 ekor je. masing-masing muka sayu je. teehee. nothing special cook for today, just mak masak nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh. rendang tak de. tsk tsk tsk. lagipun kitorg empat org je, muaz balik kampung abah dia. huhuhu. nx yr dua2 raya muaz kena sambut kat sri kmbgn k.
rasenye setakat ni je kot...
******************
updated: 18/11/10 layout sudah tukar warna fefel ;)) sejak bila saya suka warna purple ni?? aihhh.. saya pun confuse.
******************
updated: layout baru tidak dapat bertahan lama. mata saya tidak serasi dgn warna fefel. yang lama juga tetap menawan kalbu.back to basic. merah ini juga yg menjadi pujaan hatiku. harap maklum.
******************
updated: 18/11/10 layout sudah tukar warna fefel ;)) sejak bila saya suka warna purple ni?? aihhh.. saya pun confuse.
******************
updated: layout baru tidak dapat bertahan lama. mata saya tidak serasi dgn warna fefel. yang lama juga tetap menawan kalbu.back to basic. merah ini juga yg menjadi pujaan hatiku. harap maklum.
Sunday, November 14, 2010
Thursday, November 11, 2010
Lelaki perlu tahu yang perempuan...
Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
Seks : SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkannya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
source: sini
ps: apabila takde mood untuk updet, maka keluarla entry2 mcm ni..teeheee..
Subscribe to:
Posts (Atom)