Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Merdeka - 31.08.2010

receive award dari blog Mia. thx ye Mia.

31.08.1957 - 31.08.2010

53 tahun



MERDEKA!!

moga hati dan jiwa kita juga merdeka.

moga MALAYSIA makin aman dan makmur, selamat dan sejahtera




ps: nangis2 saya tgk 1957: Hati Malaya. tsk tsk tsk...

Monday, August 30, 2010

blog saya terkena malware


isshhh. cian kat blog saya. malware dtg hinggap. kurang asam betul. padanla lately ni google chrome always remind ada harm thing dekat my blog. mula2 saya ignore, terus tutup je google chrome and bertukar pada browser lain. pakai mozilla and tak de lak dia remind pape, so terusla mengupdet blog seperti biasa. tp dlm hati terdetik gak nape google chrome notice mcm tu. suspicious la gak.

so hari ni dpt penyelesaiannya..

semua ni gara-gara geng blogger kena malware. sebagai penyelesaiannya, saya remove je terus banner geng blogger, later i will try host sendiri gamba geng blogger. tak mau dah copy banner yang siap-siap dia bagi. buat rakan2 yang lain yang ada letak banner geng blogger tu, tak tau la kalau uols noticed ke tak. cuba check k.

daaa..

Sunday, August 29, 2010

my first air tangan sepanjang bulan puasa



menu berbuka semalam. home made ok. peace!! mak ckp saya leh bukak restoran sekarang. very the PASS! sudah boleh kawinnnn. yipppiiieeeeeeeeee. oh ye, menu di atas adalah tom yam dan ikan siakap masam manis. masak untuk org tersayang mcm tu la rupanya, ramuan semua cukup, aksesori yang banyak dan yang paling penting no msg added. sumenye yang asli k. xde bubuh pak aji segala bagai. sayur tadak pasal dlm tomyam tu dh bertimbun segala mcm sayur mayur - ada brocolli, kobis bunga, cendawan, carrot, semuanya yang berkhasiat plus campur sekali udang dan sotong. sedaaappppp. fuhh. marbeles.. hehehe.

abaikan keadaan dining table yg selerak2, at this time tgh kelam kabut psl dh nk berbuka. kiki

abg motorcross hijau. kamjat!!

tetiba teringat balik kat brother yg ride motorcross hijau hari tu. pahal la duk usha2 saya yang cun melecun ni. nak cari pasal or nak cari cinta?? ermm. antara kemungkinan yang bermain di fikiran saya mungkin disebabkan;
  1. cuba untuk menarik perhatian saya..
  2. cuba memberitahu yang dia mempunyai motorcross yang jarang2 dimiliki oleh jejaka lain..kira dia rasa dia jaguh la.
  3. cuba untuk menyatakan yg saya terlalu anggun mengenakan baju kurung pahang warna merah jambu..kikiki..terus terang je la ckp depan2.
  4. cuba mengajak saya untuk menemankan dia..lariiii. jgn marah..
  5. cuba mengajak saya membonceng motorcross hijaunya bersama-sama..apa kata kita siar2 naik motorcross abg. leh terbang2. oh pelisss..i berbaju kurung ok.
  6. cuba untuk tackle saya..auwww. hahahhaa. gentle la kalau ye pun.
  7. cuba memberitahu yang saya agak selebet pd hari kejadian..emm..teori ni tak mungkinla..org sebelah kata saya comeii..even dia tak kata, tp saya tau dia kata dlm hati..muahahahaha. sbb saya rasa org sebelah saya pun smart gak masa tu. wink ;)
    gamba hiasan. ;)

    tuk abang motorcross hijau.. rilex2 la kalau pandang2 or usha2 org. i tak suka la mcm ni. kalau ada bnda yang tak kena ko ckp je la depan2. tak yah nak gerek pandang org semacam je. tak elok tau mcm tu. bwk motor hebat, nmpak mcm educated tp takkan mentaliti mcm org 3rd class. huh.

    Friday, August 27, 2010

    ulat-ulat raya

    saksikanlah...sempena cuti nuzul quran...mereka telah keluar mencari persiapan raya. pergghhh. saya geleng kepala je. hanya mampu bertahan selama 30minit then i chow. ya ampun..penyek-penyek badan dibuatnya, plus laga2 muntot skali. hehehe. siapa yang sanggup dipersilakan....






    gaji dah masuk + hari cuti = mcm pic atas tu la gamaknya.

    Thursday, August 26, 2010

    tak larat + muaz nangis + old newspaper

    tak larat nak update blog.. keje menimbun, keje melambak, keje menggunung setinggi everest. fuhhh!! tak dayanya nak buat. lembik dh satu badan ni. mengadap lappy 24/7 naik angin satu badan rasanya. sila benarkan saya berehat2, bergolek2 di atas katil dan tilam empuk bertemankan teddy2 kesayangan. erkk.. bunyi angin kuar dari badan. kalau la dpt jus oren segar dari ladang alangkah bahagianya. pheewww. sambil2 menyedut, sambil2 menonton dvd. eee..syoknya. 

    tp..puasa. tdo lama2 makruh, nk minum jus oren lagi la haram sama skali. baru pukul 1 skrg ni. muaz lak kemain aktif berpusing sana sini. adooiiii. berikan saya kekuatan. tak mo jd lem..nnt otak pun lem. jom sama2 berstruggle dgn muaz. baru pg td saya marah dia, dia dh nangis. baru kena haipppp!!! dh cebik2 pahtu ape lg menangis ngadu kat wan dia. kiki.

    tetiba dgr lori surat khabar lama momokak kat luar rumah, pehal la lama sgt ni, selalunya dia pusing2 pastu terus jalan. hari ni mcm dia betul2 berenti lepaking dpn rumah saya. ooohhh. rupa2nya mak nak jual suratkhabar lama. padanla dgr bunyi cong ceng cong ceng kat ruang tamu. adala tinggi 8jengkal surat khabar tu. sejengkal = RM3, 8jengkal jadila RM24. berbaloikah?? saya pun dok tahu. yg pntg menara surat khabar lama dah dirobohkan. kiki. pastu mak jual skali monitor lama saya, dpt RM10. tak tahula. tak kesah la kan. yang penting menara surat khabar dah takde dan monitor lama pun dah dilupuskan. selalu dengki2 dgn my sis, monitor ni nk taruk kat bilik sape. hahhaha. so, dh jimat space. tp..memori gak la dgn monitor tu sbb tu set komputer yg pertama kami ada abah beli masa saya darjah 5. duk rebut2 main solitaire mse tu. monitor nya dh jual, cpunye tak tahu lak kt ner. kiki

    aikk..kata tak larat nk updet blog. tp entry berjela2. har har har =D

    Tuesday, August 24, 2010

    moment with newborn baby contest

    hehehhe. untuk contest ni, saya nk mempertaruhkan satu-satunya anak buah kesayangan saya. buat masa sekarang ni la. disebabkan muaz intan payung buah hati acu, acu try ok. mana tau ni rezeki muaz. heheheh. tp kan akak penganjur, nnt buat lg tau contest mcm ni dlm 2-3thn lg, mane la tau iA at that time saya dh ada anak sendiri lak..ngee =D. buat makcik2 yg sgt2 sygkan anak buah anda mcm saya ni , apa kata join moment with newborn baby contest anjuran sis alyyani. the more, the merrier ;)


    tadaaaa...memperkenalkan my first nephew - omelll ayang acu (tagline bila acu nk panggil muaz..confirm dtg ;))


     nama: MUHAMMAD MUAZ BIN MUHAMMAD AZRYIL AZIMIE
    tarikh lahir: 19.09.2009 / 29ramadhan1430H
    berat semasa lahir: 2.83kg
    umur ketika gambar diambil: first few hours after delivery
    nama ibu saudara: NURUL AIN BINTI MOHAMED HASSIM
    cerita di sebalik gambar: 

    ni adalah antara gmba pertama after muaz dilahirkan. c..mata dia still bengkak lg, myb sbb tdo lama sangat dlm perut kot. i guess la. hik3x. apa yang saya nak kongsikan ni, adalah keterujaan kami  seisi keluarga melihat muaz setelah dia mencelikkan mata.

    perghhh...bnda pertama yg mmg obvious sekali bila tgk muaz keluar adalah tang hidung..oooo..memang hidung photostat keturunan Hj Hassim. sah!!. hehehe. sama ko. sbb tu la kena tangkap gmba ni. sbg bukti nk tunjuk kat dia bila besar nnt. melekat sungguh gen dominan hidung abah saya kat cucunya ni. hidung ala-ala kembang-kembang bunga gitu. bila balik kg, gamba ni satu rumah saya jaja, masing-masing semua tergelak and realize yg hidung muaz sepesen mcm hidung kami adik-beradik. dh jd mcm trademark family lak. how sweet..tunjuk hidung sket. kiki. memandangkan muaz lahir sehari sebelum raya, maka raya kami thn lepas adalah yg plg istimewa di hospital putrajaya. berendang, bernasi impit, berlontong, kuah kacang semua kat spital. hehehe. okla. moga2 besar nnt muaz jadi insan yang berguna, kenang jasa mama dan abah yang telah membawa muaz ke dunia ini. amin. saya akhiri cerita saya ini dengan serangkap pantun,

     muhammad muaz, kelahiranmu di puncak ramadhan meniti lebaran,
    bulan yang baik penuh keberkatan,
    rupa dan paras tidak menjadi taruhan,
    budi pekerti yg baik serta adat sopanlah yang perlu dizahirkan.

    ps: sekarang ni bila tya kat muaz, "muaz, hidung mane?? dia dh boleh sket2 gerakkan hidung dia. sambil gelak kikiki. sama mcm abg hakim..

    PEACE!!! moga2 rezeki muaz dpt baju raya poney, sep duit acu ;)

    Monday, August 23, 2010

    Setahun bersama kamu..kamu curang

    diam tak diam dah setahun rupanya kami layari hidup bersama. berbulan madu kasih bersama, gaduh2, gurau senda dh jadi rutin kami sentiasa. biasala kan, sedangkan lidah lagi tergigit ni kan pula suami isteri. 

    opps.. tp kami tak kawin lg secara sah. dia la..selalu menduakan saya. adakan hubungan sana sini, tau la saya tak cukup bagus. saya suam-suam kuku, tak sexy, tak hot, glamer mcm kekasih awk yang lain. tapi saya tak kesah, saya tetap setia pada awak, walau saya tau awak ada yang lain. malah saya suka kalau kita berkongsi, menikmati kemanisannya bersama yang lain. semoga awak terus maju lagi dan semoga kasih yang terikat antara kita akan terus berkekalan.


    thx nuffnang. yipppieee..kita dah setahun together2 kan.. kamu tak curangla..dh jadi tanggungjawab kamu membahagiakan mereka juga. saya happy coz ada kamu. moga kamu bermurah hati bagi saya buffered earning..hehehe.. saya sedia berkhidmat untuk kamu..cehh..bodekkksss ;)

    persoalannya, dlm real world sanggupkah anda berkongsi kasih?? gulpp..gluppp

    Sunday, August 22, 2010

    Blogwalking dan berjaya!!

    nak cer sket pengalaman saya yg first time blogwalking. 

    last friday dengan gigihnya saya bt blogwalking terjah dari satu blog ke satu blog yg lain. pergghhhh. mmg tak leh ckpla, juling bijik mata. tak penah saya begitu gigih duk dpn lappy usha-usha blog org lain, dan dalam masa yang sama baca dan meninggalkan comment. kih3x. kenala letak comment kan, ater cane diorg nk jejak saya balik. ngeee. ni otai2 yg suh buat k. rasenye ada gak la dlm 100++ blog la yg saya terjah. wahh..smgt tak saya?? nk mengejar traffic la katakan. dh suam-suam kuku, kenala bagi panas btl. kalau tak longlai je. hehehe. tp tak leh la nk bandingkan dgn hits otai2 blogger. tu mmg tak terkejar la. kita ni sehari nk dpt seratus pun payah. diorg sehari pun leh cecah riban2. hoho. wanna be like them, one day ;)

    dan hasilnya....i can clarify yg saya berjaya. sebab apa?

    kalau dulu xsampai 5 org pun yg view, skrg nk PrtSc sume pun xcukup doh..

    • sambutan dr blogger yg saya terjah amat memberangsangkan.
    • traffic boleh dikatakan naik dengan begitu mendadak
    • comment datang mencurah-curah spt yg tidak terduga
    • feedback dlm cbox pun boleh tahan
    • saya boleh detect mana blogger yang aktif, psl tiap kali nk comment blog org, pasti muka dia ada. kikiki
    • follower pun bertambahla dlm 2-3 org lg. wink ;)
    • rasa seronok sgt, blogger mmg ada satu komuniti yang cukup hebat - crdt to (geng blogger)
    • dapat byk info yg bermanfaat.
    • yg kelakarnya saya dapat tau jantina lappy saya. ia jantan ok :) hehehhe. ni blog achoy yg ngajo.
    • and last but not least dpt silaturrahim sesama blogger

    pendek katanya, blogwalking ni elokla. banyak gak la manfaat yang diperoleh selain membantu mningkatkan traffic kita. 

    tp, smlm saya tak buat blogwalking. haaa..amik ko. traffic kembali ke keadaan sedia kala. har har har. tak larat la, semalam marathon drama cinta bertasbih kat youtube dr pg sampai ptg. bessttt. sampai lupa lak kat blog. kikiki. kalau nk traffic byk kat blog awk2, rajin-rajinla blogwalking k. kena konsisten. iA membantu.

    Saturday, August 21, 2010

    Azan..let's pray



    MasyaAllah..The truth about athan.

    rupa-rupanya laungan azan bersahut-sahutan mengelilingi dunia. saya baru je tau. poor me.

    sedikit info yang saya peroleh mengenai azan. info lebih lanjut boleh baca dari link yang saya berikan bawah ni.




    AZAN BERKUMANDANG 24 JAM SEHARI
    by anakbumi86 (http://halaqah.net/v10/index.php?page=98)


    Namun yang menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat. Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit. Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.

    Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India. Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.

    Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.



    Subhanallah...Bila dah dengar azan, maka segerakanlah kita menunaikannya. apa lagi!!! dah solat??


    Thursday, August 19, 2010

    tak usah mimpikan daku

    rasa mcm mau kawen!!. hahahaha. lariiiii...pasti ada yang nk sepuk saya. kikiki. 

    tp betulla. dah feeling2 nak naik pelamin. ape kes? laki pun tak de. coi betulla. hehehe. jelesla..rakan-rakan seangkatan kebanyakan semua dah bertukar status. paling tidak pun masing-masing dah ada yang empunya.

    emm.. bukan ape..dah 2 mlm berturut-turut termimpi bekas tupperware. termimpi okey, bukan saje-saje nak mimpi. siket pun tak terlintas nak mimpi or ingat segala bagai. saya dah tutup buku lama k. ke sebab dia tgh mimpikan saya juga dlm masa yang sama. teheee..haippp..tak baik tau, bini ada sebelah leh mimpi-mimpi lak dgn org lain. kikiki. lempang karang baru tau.


    orang kata la kan, kalau kita mimpi kan seseorang tu, means dlm masa yang sama org tu gak tgh mimpikan kita. btl ke?? comment sket pasal ni. ooo..kiranya awk nk jumpa saya dalam mimpi la ni. nk jumpa face to face, cinta terhalang. hahahaha. sengal. 

    sokay la tu. mimpi kan mainan tido,  mimpi juga mainan setan. tp..bulan puasa kan xde setan.. so?? har har har. saya tidak mahu jadi yang kedua ok. jokes =P

    Wednesday, August 18, 2010

    Kenapa buat tesis, tak best mcm update blog?

    macam org giler tukar layout selalu..teeeheeeee..selagi tak puas selagi tu saya akan tukar dan terus menukar. mungkin akan berenti menukar apabila mendapat panggilan Dr. spvsr. opsss.. masa tu baru muka pucat, jantung mcm jatuh gedebuk, menggeletar tangan dan dan tu la sibuk nak buat keje balik. dr, sila jangan tipon saya buat masa ini. plzzz.. saya tidak berniat untuk mengabaikan tugasan saya, cume lately ni saya belum berjumpa lagi dengan simtom2 anomali dalam data KDD'99. sambil-sambil, saya baca journal, sambil-sambil tu la saya cari2 template baru. lempang siket budak ni. buat keje main-main. 

    kenapa buat tesis, tak best mcm update blog? 


    rase mcm nervous je skrg ni..huhu..yela dah lama tak bersua muka dgn Dr. spvsr. mcm nak tercirit lak rasa. ok.  ok. saya tutup ini blog..sambung buat keje balik. teeeheeee :) sambung cari pattern bagi outlier dalam data KDD'99. sape ye boleh tolong saya? huhu. tak minat la buat benda ni. adooiii. kalau la doremon ada, mesti siap dah. nk poket ajaib doremonnn.. nak gak. nak gak! huhu. eee...tak pun nak keja la, boleh tak nak tangguh master ni?? 

    Tuesday, August 17, 2010

    Puasa hari pertama

    pukul 6.50pm..
    alhamdulillah, hari ni hari pertama puasa setelah bersenang lenang abc selama 6 hari. hari ni langit mendung, hujan selebat-lebatnya petang tadi. jadi kurangla rasa haus, lapar pun xde la sangat. so far, hari pertama yang menyeronokkan. masa pun tak rasa lama. jap je dah petang. 

    pukul 3.30pm
    saya: mak, petang ni nak masak ape ye buka nanti??
    mak: masak kicap la. senang sket. sambal tumis sahur ada lagi. pastu masak sayur.
    saya: ok. tp, kicap kan dh habis..
    mak: nnt, adik pegi la kedai jap beli kicap dgn sayur.
    saya: ok. petang2 sket la.

    so, planningnya nak masak kicap la. wah..terbayang-bayang masak kicap ikan yang sedap, dicolek dgn sambal belacan tumis. sedappp.

    pukul 5.15pm
    saya bermonolog dalam hati..."mak tak suh pegi kedai lagi pon ni. boleh lepak-lepak jap la." hehehehe. selalunya mak mesti bising-bising igtkan suh pegi kedai cepat. ini satu peluang, selagi mak tak cakap, selagi tu la tak gerak. hahahah. ada masa edit-edit blog. biasanya time ni mak dah masuk dapur dah. musykil.

    pukul 5.30pm
    saya kuar bilik, tgk mak duk main-main dengan muaz. 
    saya: masak apa kita ptg ni mak??
    mak: entahla.. beli je la kat eda (eda-refer nama restoran depan umah kami)
    saya: hooorayyyy..dlm hati melonjak kegembiraan, tak yah masak. kikiki.
    mak: pukul 6pm nnt,  adik g la beli eh.
    saya: ok, pas mandikan muaz nnt pegi beli.

    jadi kesimpulannya, buka puasa kami hari ni beli masakan panas je kat kedai. sonang akak. kikiki..

    n now pukul 7.03pm..nk siap2 buat air. buat rakan-rakan semua, selamat berbuka puasa. 

    muaz update



    lama kan saya tak update pasal my anak buah yang sorang ni. hehehe. mesti ramai dah rindu kan? hehehehe. my cutie pie ni dah nk masuk 11 bulan dah tak lama lg. cepat kan masa berlalu. dulu kecik cinonet je, sekarang dh big boy dah. dah makin ensem. gigi pun dah ada dua batang dekat bwh. soon, tiga batang kat atas. almaklum la hari-hari golek gelantang bersama-sama, pastila acunye yang membelek2 tumbesarannya. hehehhe. 6 hari menikmati abc bersama muaz, makan sama-sama, minum sama-sama. heaven betul, tp hari ni acu dh mula puasa. so, muaz makan dgn wan la eh. acu xmo suapkan. bolehkan? acu dah terbiasa makan sekali dgn muaz, nnt tak psl2 acu join muaz makan lak. sup muaz tu sedap sangat. nnt karang, sekali suap muaz, sekali suap acu. naye je. hehehehe. 

    untuk pengetahuan semua, abc tu bukanla ais batu kacang, air batu campur or pape yang seangkatan dengannya la. abc = Allah Bagi Cuti. kikiki. saya pun baru tau phrase ni. tu pun dari blog si sepet adik ceera. kikiki. canggih betul. zmn saya dulu xpenah lak dgr abc. peot ada la. hik3x. sekarang baru kul 0635hrs, badan masih segar bugar lagi. tgkla tgh hari nnt ok tak. pagi tadi sahur amatla berselera. kan saya dah ckp, mak saya masak sedap, mata ngantuk2 pun still makan tambah gak :P

    Monday, August 16, 2010

    Happy Birthday Mak

    Dedicated to my beloved mother :))

    Happy 60th birthday MAK
    We all love you very much!!!
    Thx for everything..
    Moga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur..





    Apa yang menarik psl mak saya..
    • mak saya garang..hik hik..ya betul..
    • mak saya pandai masak..psl tu sy kusss semangat..
    • mak saya cantik mcm heroin filem hindustan..sebab tu la saya pun menawan
    • mak saya suka shopping..maka diturunkan juga pd saya.
    • mak saya rajin..like mother like daughter..
    • mak saya suka berkemas..sy pun..
    • mak saya suka berjalan...psl tu la kaki sy berotot..
    • mak saya sume la, mcm-mcm la
    • mak saya mak yang terbaik di dunia!!
    • tiada galang gantinya..

    Sunday, August 15, 2010

    Dan bila esok...


    Di dalam hatiku selalu tersimpan
    rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
    kau diam tanpa kata
    saatku ungkap semua rasa

    Di saat ku ingin dekat denganmu
    kau semakin jauh meninggalkanku
    dan kau diam tanpa kata
    saatku ucap semua rasa

    Dan bila esok kita kan bertemu kembali
    masihkah ada ruang di dalam hatimu
    tuk cinta yang pernah kita miliki
    tuk selama-lamanya

    Dan bila esok kita kan bertemu kembali
    masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
    tuk bisa menjagai hati ini
    tuk selama-lamanya

    Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
    masihkah ada ruang di dalam hatiku
    untuk cinta yang pernah engkau miliki
    untuk selama-lamanya

    Dan bila esok kita kan bertemu kembali
    masihkah ada ruang di dalam hatimu
    untuk cinta yang pernah kita miliki
    tuk selama-lamanya

    Dan bila esok kita kan bertemu kembali
    masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
    untuk bisa menjagai hati ini
    tuk selama-lamanya

    Dan bila esok kita kan bertemu kembali
    masihkah ada ruang di dalam hatimu

    Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

    Saturday, August 14, 2010

    Ungkapan Emas Hitler

    Saya copy paste je gambar ni dari fb my bil


    renung-renungkan, fikir-fikirkan..

    Friday, August 13, 2010

    99 nama ALLAH

    Memandangkan ini entry saya yang ke 99 untuk tahun ni, jadi saya nk share dengan anda semua 99 nama Allah. bersama-sama kita mengingati dan mengenali nama-nama Allah yang Maha Agong. Kenali kebesaranNya. Asmaul Husna.....






    ALLAHUAKBAR

    1. Ar-Rahman            - Yang Maha Pemurah 
    2. Ar-Rahim               -Yang Maha Mengasihi
    3. Al-Malik                 -Yang Maha Menguasai
    4. Al-Quddus             -Yang Maha Suci 
    5. Al- Sallam              -Yang Maha Selamat Sejahtera
    6. Al-Mu'min              -Yang Maha Melimpahkan Keamanan
    7. Al-Muhaimin          -Yang Maha Pengawal serta Pengawas
    8. Al-Aziz                  -Yang Maha Berkuasa 
    9. Al-Jabbar               -Yang Maha Kuat
    10. Al-Mutakabir         -Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya
    11. Al-Khaliq               -Yang Maha Pencipta
    12. Al-Bari                   - Yang Maha Menjadikan
    13. Al-Musawwir         -Yang Maha Pembentuk
    14. Al-Ghaffar              -Yang Maha Pengampun
    15. Al-Qahhar              -Yang Maha Perkasa 
    16. Al-Wahhab            -Yang Maha Penganugerah
    17. Al-Razzaq               -Yang Maha Pemberi Rezeki
    18. Al-Fattah                -Yang Maha Pembuka 
    19. Al-'Alim                  -Yang Maha Mengetahui
    20. Al-Qabidh              -Yang Maha Pengekang
    21. Al-Basit                  -Yang Maha Melimpah Nikmat
    22. Al-Khafidh             -Yang Maha Perendah (Pengurang)
    23. Ar-Rafi'                  -Yang Maha Peninggi
    24. Al-Mu'izz                -Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan)
    25. Al-Muzill                -Yang Maha Menghina
    26. As-Sami'                -Yang Maha Mendengar
    27. Al-Basir                 -Yang Maha Melihat 
    28. Al-Hakam              -Yang Maha Mengadili
    29. Al-'Adl                   -Yang Maha 'Adil
    30. Al-Latif                  -Yang Maha Lembut serta Halus
    31. Al-Khabir              -Yang Maha Mengetahui
    32. Al-Halim                -Yang Maha Penyabar
    33. Al-'Azim                -Yang Maha Agung 
    34. Al-Ghafur              -Yang Maha Pengampun
    35. Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur
    36. Al-'Aliy                  -Yang Maha Tinggi serta Mulia
    37. Al-Kabir                -Yang Maha Besar
    38. Al-Hafiz                 -Yang Maha Memelihara
    39. Al-Muqit                -Yang Maha Menjaga
    40. Al-Hasib                -Yang Maha Penghitung
    41. Al-Jalil                   -Yang Maha Besar serta Mulia
    42. Al-Karim               -Yang Maha Pemurah
    43. Ar-Raqib               -Yang Maha Waspada 
    44. Al-Mujib               -Yang Maha Pengkabul
    45. Al-Wasi'                 -Yang Maha Luas
    46. Al-Hakim               -Yang Maha Bijaksana
    47. Al-Wadud             -Yang Maha Penyayang
    48. Al-Majid               -Yang Maha Mulia 
    49. Al-Ba'ith                -Yang Maha Membangkitkan Semula
    50. Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi
    51. Al-Haqq                -Yang Maha Benar
    52. Al-Wakil               -Yang Maha Pentadbir
    53. Al-Qawiy              -Yang Maha Kuat
    54. Al-Matin               -Yang Maha Teguh
    55. Al-Waliy               -Yang Maha Melindungi
    56. Al-Hamid              -Yang Maha Terpuji
    57. Al-Muhsi               -Yang Maha Penghitung
    58. Al-Mubdi              -Yang Maha Pencipta dari Asal
    59. Al-Mu'id               -Yang Maha Mengembali serta Memulihkan
    60. Al-Muhyi              -Yang Maha Menghidupkan
    61. Al-Mumit              -Yang Mematikan 
    62. Al-Hayy                -Yang Senantiasa Hidup
    63. Al-Qayyum            -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
    64. Al-Wajid               -Yang Maha Penemu
    65. Al-Majid               -Yang Maha Mulia
    66. Al-Wahid              -Yang Maha Esa
    67. Al-Ahad                -Yang Tunggal
    68. As-Samad             -Yang Menjadi Tumpuan
    69. Al-Qadir               -Yang Maha Berupaya
    70. Al-Muqtadir          -Yang Maha Berkuasa
    71. Al-Muqaddim        -Yang Maha Menyegera
    72. Al-Mu'akhkhir -Yang Maha Penangguh
    73. Al-Awwal              -Yang Pertama 
    74. Al-Akhir                -Yang Akhir
    75. Az-Zahir                -Yang Zahir
    76. Al-Batin                 -Yang Batin 
    77. Al-Wali                 -Yang Wali / Yang Memerintah
    78. Al-Muta'ali            -Yang Maha Tinggi serta Mulia
    79. Al-Barr                 -Yang banyak membuat kebajikan
    80. At-Tawwab          -Yang Menerima Taubat
    81. Al-Muntaqim        -Yang Menghukum (mereka yang bersalah)
    82. Al-'Afuw              -Yang Maha Pengampun
    83. Ar-Ra'uf               -Yang Maha Pengasih serta Penyayang
    84. Malik-ul-Mulk       -Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
    85. Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
    86. Al-Muqsit              -Yang Maha Saksama 
    87. Al-Jami'                 -Yang Maha Pengumpul
    88. Al-Ghaniy              -Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
    89. Al-Mughni             -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
    90. Al-Mani'                -Yang Maha Pencegah
    91. Al-Darr                 -Yang Mendatangkan Mudharat
    92. Al-Nafi'                -Yang Memberi Manfaat
    93. Al-Nur                 -Yang bercahaya
    94. Al-Hadi                -Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
    95. Al-Badi'                -Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
    96. Al-Baqi                 -Yang Maha Kekal
    97. Al-Warith              -Yang Maha Mewarisi
    98. Ar-Rasyid             -Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
    99. As-Sabur             -Yang Maha Penyabar 

    Cari Jodoh

    Mari cari jodoh bersama saya =)





    Tolong carikan diriku, kekasih hatiku siapa yang mau?? hehehehe.


    actually, saya takdela die hard fan wali band. mula-mula dgr lagu diorang pun rasanya mcm biasa2 je. saya diperkenalkan dgn lagu gempak diorang 'Cari Jodoh' tu pun masa Kak Suzen yang bagitau, siap share lagi dr pc ke pc. lama-lama tu layan gak la. sebab lagu sempoi, liriknya pun ada kena mengena sketla ngan saya. hehehehe. tang-tang jodoh memang la suka :) gatal.

    but still, saya rasa still biasa2 aja Wali Band, hinggalah satu hari angah memperkenalkan lagu Baik-Baik Sayang kat saya. memang tak interesting lgsg for me. hahahaha. sumpah tak layan langsung lagu tu. rentak slow sgt, mcm nak tido. kikiki. 

    and then suatu hari kami(saya, warin, kak nor and dayah) berkarok, and kak nor sang this song (Baik-baik sayang), bila dgr dan amati betul-betul, gosh. lagu ni sentimental giler, ada value di situ. mula jatuh cinta dgn lagu ni. hehehehe. bukan lagu tu je, overall lagu dr Wali band ni ada message dia yang tersendiri. cara penyampaian yang mudah and menghiburkan. terus esoknya copy semua lagu wali band. tp, ni tak bermakna saya sokong band luar. tak. still i'm proud to be Malaysian. cuma bg saya, bukan nk bias kat mana-mana tp most lagu-lagu luar lebih menarik dan sedap tuk dinyanyikan. hehehe. 

    tu je la cerita di sebalik kenapa saya upload lagu-lagu Wali band tu. 

    Baik-Baik Sayang

    Hanya satu pintaku, untukmu dan hidupmu baik-baik sayang ada aku untukmu =)
    Hanya satu pintaku, di siang dan malammu baik-baik sayang karna aku untukmu =)






    Thursday, August 12, 2010

    Dua hari sebelum Ramadhan

    sebelum Ramadhan menjelang haruslah ada aktiviti makan-makan bersama keluarga. destinasi pilihan Sate Samuri Kajang. terletak lebih kurang 15 minit dari rumah, xjauh pun kan. After Maghrib, terus pergi. Kenapa pilih Sate Kajang?? sebab nya dah lama mak ajak nk mkn sate, so by the time angah ada kat rumah, so wajib la pegi. satu perkara yang saya sangat respect kat my parents adalah if diorang nak makan sedap-sedap, maka harus dan wajib la kesemua anak-anak kesayangan mereka ada except yg dah kahwin la. yang tu dah ada keluarga sendiri, susah la pulak kan. Unless, kalau nak buat makan-makan tu mestila semua anak-beranak ada. 



    Tak ramai org pun waktu kami sampai, lgpun weekdays kan, so tak de sesak sangatla mcm weekend. Sate pun cepat sampai. saya 7 cucuk je, surrender. hehehehe. mak 5, angah 10 fuuyoooo, abah 10 gak. hehehhe. Bagi saya, sate Kajang ni biasa2 je, cuma yang sedap kuah dia je la. yg lain, sama je mcm sate-sate jual kat tempat lain. Anda rasa bagaimana?

    baju raya kami warna purple thn ni

    first of all, thx byk2 kat angah yg sponsor baju raya saya thn ni. yippie. kami bertema purple ye di hari lebaran nnt. sume dah ada baju raya masing-masing tinggal abah sorg je. nnt kitorg belikan ye bah. even, tema purple, tp tak kesah la nk purple gelap ke, purple terang ke, purple terung ke, sukati la kan. yg penting violet in colour. hehehe. 

    excited giler dh ada baju raya. gigih mencari walaupun kesihatan agak kritikal di hari tersebut. dah tawaf byk kedai last2 beli siap je kt sogo. sonang. tak payah nk upah2 tailor. kiki. rasanya ni baju raya termahal yg penah saya ada. memang cantik giler. memang baju raya yg paling vogue sepanjang hidup ni. hehehe. perasan giler. tp, perlukan determination yg tinggi untuk menguruskan badan agar kelihatan lebih anggun untuk menggayakannya di hari raya nnt. serious saya mmg budak poyo.

    baju apa, design cne, style apa, kita tunggula raya nnt eh. ni pun saya baru lepas cuba baju raya ni. tiap stgh jam bukak almari tgk balik, pegang la, belek la, mcm2. heheheh. ya allah, excited sungguh, padahal puasa ko pun xmula lg. org lain at least dh masuk 2 hari dah. hehehehe.

    thx angah. moga dimurahkan rezeki lagi, boleh belanja lagi =)

    congrats kak nor and kak suzen

    akhirnya....

    bersempena Majlis Konvokesyen UKM kali ke 38, sekalung tahniah buat kak Nor and kak Zen.  bukan senang nk dpt master kan?? byk halangan, ranjau yg perlu ditempuhi. at last, U did it!!! (pic ni rembat dr fb kak nor..jgn mara)

    Kak Nor, Prof Razak and Kak Suzen

    geng futsal..

    congratulations to both of you. sorry ye, saya tak dapat attend tuk memeriahkan lagi suasana. apepun, masing-masing dah bergelar 'Masterji'. semoga ilmu yang diperoleh dimanfaatkan buat agama, bangsa dan negara. pasni isi form Ph.D lak ye. buat readers semua, tuntutlah ilmu sehingga ke akhir hayat =P 

    masa mereka telah pasti, masa saya??

    Wednesday, August 11, 2010

    Bulan di pagar bintang



    Malam bulan dipagar bintang..
    Tambah seri cuaca malam..
    Murni sungguh ciptaan Tuhan..
    Bulan bintang lampu alam..

    Andai kata bintang menyepi..
    Bulan tidak berseri..
    Malam menjadi sunyi..
    Tidak berseri lagi... = (


    hati macam tidak senang. tak tahu apa yang difikirkan, apa yang dirungsingkan. ada saje yang tidak kena. mungkin kah sebab bulan tidak bertemu dengan bintang. emm. sakit kepala. buntu. tercari-cari apakah jalan penyelesaiannya, apakah kesudahannya. ataupun mungkin jawapan memang telah ada di depan mata. mungkin bulan tak kan bertemu dengan bintang lagi. apakah ini yang terbaik? namun, bintang sahabat setia bulan. manakan boleh dipisahkan. 

    marhaban ya Ramadhan

    Alhamdulillah, sempat gak sampai ke Ramadhan kali ni. selamat berpuasa semua. Puasa bukan tahan lapar je tau, tp puasa mata, puasa hidung, puasa mulut, puasa telinga, semua la. bersama-sama la kita mengejar pahala yang berlipat kali ganda di bulan yang penuh berkat ni. semoga amalan yang dilakukan mendapat keredhaan Illahi. iA. so far, mcm mana di hari pertama ni?? hehehe. ada yang tersasul termakan or terminum ke?? hik hik. harap takdela kan. kalau dah niat betul-betul iA tak kan lupa. Bulan puasa ni, kenala bersihkan hati, bersihkan jiwa. Moga-moga kedatangan Ramadhan kali ni dapat dilakukan dengan sempurna serta diisi dengan segala aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. 


    Pada yang tak puasa tu jgn lak saje-saje makan depan org yg puasa. hahahahhaa. (gelak jahat). 

    ye la i makan sorok2 k :)) 

    Bulan Puasa ada solat Terawih malam-malam, so marilah kita bersama-sama menunaikannya. Malam td je mak kata mmg ramai betul jemaah. Bagusla kan mcm tu, harap-harap kekal la ramai macam tu selama sebulan ni. Di kesempatan ni, saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga tabah menghadapi segala ujian yang diberikan terutamanya buat saudara-saudara Muslim di Palestin. Semoga Allah akan sentiasa memelihara kalian di sana.

    Tuesday, August 10, 2010

    promise is not easy

    don't promise me anything. if i let myself hope, and it come to nothing..that would kill me

    Sunday, August 8, 2010

    Buffered Earnings

    saya tak penah lagi dapat Buffered Earnings (BE). sob sob sob. sedih. saya memang tidak malu untuk men'declare' kannya. eleh, ada gak korang pun sama senasib dengan saya kan??? cuma tak nak ngaku je. ngee~ hehehehe.

    Sebab apa en Nuffnang tak mo bagi kat saya? Blog saya tak cukup bagus ke? maybe kot. nangis lagi. aiyaaaa. saya tahu kenapa.. mungkin sebab saya kurang konsisten, saya jarang update, saya jarang blogwalking, saya jarang comment, saya tak dedikAsi macam blogger lain. follower pun ciput, traffic suam-suam kuku (boleh kira dengan jari je, org lain beriban2, sy nk cecah sepuluh pun berpeluh2), hik hik. memang perlukah semua tu untuk mendapatkan BE?

    ooo.. nampaknya lepas ni saya kena berusaha dengan gigih lagi la kan. ye bekerja dengan sekeras-kerasnya! jeles juga baca bila blogger lain sering dihadiahkan dengan bilangan BE yang bertambah dari masa ke masa. jeles walau tak de BE pun, tp en Nuff memang baik hati dengan saya. earning saya makin naik dari hari ke hari, biar pun tambah RM0.25, tp still naik kan. kikiki. 

    pasni akan lebih serius dengan blog okay. hope dah settle sume thesis boleh bagi lebih banyak masa dekat blog ni. hehehehe. anyway. tx ya pada pembaca yang baik budi coz singgah sini. 

    moon sighting


    Berdasarkan hukum-hukum ilmu falaq, 1 Ramadan 1431 akan jatuh pada hari Rabu 11 Ogos 2010. Mengikut perkiraan, pada malam 10 Ogos, anak bulan tidak akan kelihatan di mana-mana benua di dunia ini (atau kemungkinan kecil melihatnya di Amerika Utara). 

    so, saya rasa pakar2 melihat anak bulan tidak perlulah mendaki bukit untuk melihat anak bulan pada malam itu. hehehhe..bila dah tak nampak anak bulan, so kira pakai ru'yah dan hisab je la kan tuk menentukan bila tarikh kita mula berpuasa.

    info ni saya dapat dari sini dan saya share kan tuk anda semua. jelas menunjukkan yang kita sukar untuk melihat anak bulan pd 10 august nnt. tp, ni semua hanya ramalan je. hanya Allah je yg lebih mengetahui.



    nampak anak bulan ke tak, yang penting puasa tetap puasa. persiapan anda semua dah siap? dah ada salinan waktu berbuka?

    Friday, August 6, 2010

    SALT

    at first mmg super duper best but.................!!


    in between tu ada part yg memang cam *&^# jer. 


    bikin hati wa bengkak!



    Y?

    Wednesday, August 4, 2010

    ibu....oh ibu jari ku

    saya memang anti betul la dengan bab-bab kena scan ibu jari semata-mata nak access sesuatu benda. tak suka la. mungkin kat awak-awak semua tak la kot, tapi kat saya ye. saya memang bermasalah la dengan scan thumbprint ni. sob sob sob. sebab apa?? sebab tangan saya bangsa berpeluh sepanjang masa. eeewww. nak buat cane, since lahir lagi memang dh dapat tapak tangan mcm ni. berpeluh2 je. pasal tu la saya tak suka bila kena scan thumbprint ni, selalu mendatangkan masalah kat saya. scanner tak detectla, verification fail la, line-line ibu jari tak sama la, xnmpakla, mcm2 la. kadang-kadang tu rasa malu gak kat org yg jaga kaunter, byk kali nk kena lap-lap ibu jari before scan last-last tak detect gak. kat klia pun slalu gtu, time nk g oversea selalu je de masalah kat kaunter passport pastu mula la petugas-petugas soal itu ini, buat passport kat mane la, ibu jari tak scan ke masa bt passport dulu, mcm-mcm la. kadang-kadang tu bengang gak kan. apa ko igt saya buat passport tipu ke? lempang kan baru tau. pasal dh tak leh detect sgt, terpaksala masuk kat kaunter manual. tak kan la saya suka-suka nak main-main ttg thumbprint ni. dah tak leh nak detect nk buat mcm mane kan. tangan dah berpeluh-peluh, lap pun tanak kering. apa kata kan korg sediakan hair-dryer je kat kaunter thumbprint scanner lagi senang, kalau sape-sape yg jari basah guna je hair-dryer tu. tak yah nak gaduh-gaduh. bukan kami yang bertapak tangan basah ni saje-saje nak mengadakan isu ni. masalahnya dah mmg semulajadi gini kan. nak buat cane?

    baru-baru ni pun, ada satu lagi kejadian. di mana, bila biarlah dirahsiakan cuma tempatnya berlaku di sebuah lab di sini. kerana terlalu canggih sangat sampai kadang-kadang menyusahkan buat segelintir yang mempunyai tapak tangan basah seperti kami. untuk mendapatkan access masuk dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan, terdapat satu sistem pengesanan cap jari yang memerlukan semua pelajar melakukannya terlebih dahulu sebelum mendapat kebenaran menggunakan service yang disediakan. dan sekali lagi, pemilik tangan emas seperti kami yang menjadi mangsa. banyak kali saya try access tapi tak detect sampai terkeluar ayat ni dari mulut saya.."tak kan la sebab tangan berpeluh je tak leh nak guna lab ni, cara manual tak de ke? kami pun bayar yuran sama mcm org lain gak." tapi dalam nada bergurau la. plastik sungguh, dlm hati membara yg amat. nasib baikla petugas kaunter tu baik, kalau tak habis dah mcm2 ayat yang tak sedap keluar. kikiki. saya dipanggil ke dalam untuk melakukan thumbprint semula. kakak kaunter yg baik tu, capture balik sample ibu jari saya and at last dapat gak guna lab tersebut. hehehe. tapi jenuh gak la nk dapatkan cap jari yg sama. kakakkaka.

    honestly, kadang-kadang saya sendiri pun tak berapa selesa bila tangan berpeluh, basah dan lembap sepanjang masa. especially bila nak salam-salam dengan org. terasa kurang keyakinan diri. kalau boleh mesti nak lap-lap dulu tangan, tp tak jd gak, hormon dh kuat sgt susah gak nk kering. sampai bila ada org tegur lagila rasa malu. huhu. sedih. papepun, bukan saya sorg je kan kat dunia ni alami masalah mcm ni. just need to think positive. some people said kalau org tgn basah bagi pelempang mmg melayang. korg nak?? kikiki. xdela. gurau je. ada nenek sdara saya ckp, kalau tgn basah means org tu pandai menjahit. so, mungkin ni la kot bakat terpendam saya yg perlu diasah. hehehehhe.

    Monday, August 2, 2010

    emak khairuddin = kawan saya

    canggih betul kan emak khairuddin tu, sampai ada channel sendiri kat youtube nk menyampaikan rasa rindunya buat anaknya yang tercinta KHAIRUDDIN. sape la khairuddin tu eh. auntie, tunjuk sket muka anak auntie tu. hehehhe. mesti anak manje kan :) bertuah betul dpt mummy yg sporting mcm auntie. hehehe. 

    saya dh tgk dh semua video auntie kat youtube, look familiar la auntie. saya rasa auntie ni mcm kawan saya yg tgh buat Ph.D je la (namanya dirahsiakan). ke auntie mmg orang yang sama dgn akak Ph.D tu? hehehhehe. oooo...ke akak Ph.D saje je tanak bgtau kat kitorg. la ni akak Ph.D de buat advetorial job ye...ooo. dh sign kontrak ngn nuffnang ye. ngeeehehehhee. senyap2 je eh, tp saya lupa lak nk soal siasat akak Ph.D ade ke tak anak nama khairuddin. tak baek tau kak senyap2 dari kitorg semua. hehehehe. cuba awak semua tgk pic kat bwah ni. sama kan?

    sama kan???kiri: mummykhairuddin, kanan: member saya (kakak Ph.D) 


    untung betul khairuddin. mummy dia advance betul :DD siap bagi pesan guna video tu. hehehhe. very kelasss. bukan semua org mummy dia terer IT. tabik spring gak la, tp kan auntie, dlm video tu nape aunti tak pandang kamera sgt. mcm baca skrip je.. kikiki.

    berbalik pada rupa mereka yang sama tu, tak kesah la kalau mereka orang yang sama ke tidak, yang penting kat dunia ni kan ada pelanduk dua serupa. hehehehe. mungkin saya dah jumpa dua daripada mereka. anda yang lain tolongla carikan yang lima lagi ye :))

    Sunday, August 1, 2010

    Ramadhan hampir menjelma

    sedar tak sedar dah nak dekat bulan puasa. yeaaaa!!! adakah anda semua telah melangsaikan segala hutang piutang?? hehehhe. saya dah beraya dah khamis lepas. alhamdulillah. lega rasanya. satu hari  pasang lagu raya nak meraikannya. excited giler. padahal dah berbuih mulut mak tu bising sound saya suh ganti awal-awal. biasa la kan, kalau tak sampai last minit tak kannye nak buat. unless kalau buat puasa 6. huk huk huk. tersedak lak. nmpk sangat muka ni tak puasa. melantak sebulan berhari raya :)). 

    bulan Ramadhan mmg dinanti-nantikan, sebabnya ada solat terawih malam-malam. last yr, ada lobang-lobang tp thn ni berusaha untuk mengurangkan lobang-lobang tersebut. lagi, ada param. sangat best ye bila pergi param. param ialah Pasar Ramadhan ye. beraneka hidangan, kuih muih, lauk pauk, air yang berwarna-warni dijual. memang meleleh je tgk. pasti thn ni meriah lagi - destinasi pilihan param presint2. ada roti john sedap kat sini. org ramai dh mula beratur panjang seawal 4.30pm nk beli roti john ni. hope thn ni, brother2 tu ada lagi k. emm, tak lupa juga kat makcik laksam. perggghhhh mmg tabik spring toink toink toink punya sedap la laksam makcik tu.  harap makcik pun ada lg berniaga thn ni. hehehhehe. first time makan laksam, terus jatuh cinta ok. sampai makcik tu ingat cek ni org tganu. guane  gtu? byk no angan-angan saya. kikiki. 

    lagi, harapan Ramadhan thn ni dapat khatam kalamullah. huhu. sedih last yr xsempat abis. lagi..apa eh.. moga-moga masa bulan Ramadhan ni makin dekatkan diri dengan Allah Yang Maha Esa. lagi, harap-harap makin kurus la eh. kikiki. amin.

    muaz nk puasa tak tahun ni?? kalau penuh acu bagi duit raya k :)