Tuesday, January 10, 2012

Siakap kukus

 
first attempt masak ikan siakap kukus. bukan setakat first time masak, tp first time makan pun ye gak. wahhhh.

resepi dia senang je; hiris-hiris bawang putih, halia muda, serai, bunga kantan, daun limau purut, cili api, letak sket perahan limau kasturi, minyak sket, gula, garam pastu ko lumur dekat ikan and wrap dengan aluminium foil. masa tgh hiris-hiris ni mmg dah rasa kecur-kecur la, sebab bau sos dia mmg wangi dan fresh sgt, mcm nak lumur kat badan je rasa. hahahaha. sambil-sambil tu menyanyi-nyanyi la sket sambil potong-potong tu kan. baru chill.

ada org letak daun sup semua bagai, carrot semua. terpulang la masing-masing. sebab resepi yg aku amik tu takde bubuh semua tu, maka aku tak letak la. tak lama lepas tu dah siap semua bahan sos, dah sapu semua kat badan ikan aku balutlah ia dengan aluminium foil. so masukkan lah ia ke dalam micowave dan dengan bangganya tunjuk kat mak. pulas-pulas kat microwave pilih setting autocook steam. pastu bijak pulak microwave tu tanya nk serve tuk bpe org? so, aku jawabla 3 org. bukan la aku bercakap 3 org dgn microwave tu, aku pulas la sampai jumpa no 3. heeee. then dia suh press start. ni kan microwave baru..so aku jakun la jugak kan. mane reti sgt, belum terror lagi nak pakai. so yg basic-basic dia je la aku tau. 

kah kah kah. nampaknya kena la tunggu dalam 8 minit. dlm hati takdela lama sgt. tak sabar nak makan ni. tak lama lepas tu, ada pulak cahaya yg kuar dari microwave tu. amende pulak tu? API wei!!!! ye, keluar api dari microwave tu. takut dah masa tu. mak pandang aku, aku pandang mak. cane ni mak?? nak stop or continue je. mak pun tak leh bagi jawapan yg tepat. mak kata mak tak tau. aku? aku pun mane la tau gak. nekad tunggu 8 minit tu dgn api yg kuar memercik3. sengal la aku ni. lapan minit tamat, mmg lega giler. berdebar-debar amik ikan keluar. sekali bukak, ikan tu tak masak pulak. hai la ikan.. susah bebenor aku nk makan ko. acane ni mak?? mak rilek-rilek aje. aku yg over menggelabah. mane taknya time tu dah pukul 9 lebih kan, still tak makan malam lgi. abah pulak dah mundar-mandir. hik hik

last-last amik pengukus, kukus ikan atas gas macam biasa. hahahaha. lambat la sket nak kena tunggu air mendidih kan. haiyaaa. air mendidih sebenarnya belum didih sgt la, aku terus letak ikan dalam tu. tinggal dalam beberapa minit, pastu cek tgk ikan dah kaler putih meaning dah masak le tu. terus angkat dan hidang untuk dimakan. aromanye...wa ckp sama lu. memang membangkitkan selera bak kata Chef Zubir. teeheee. sedap wak..makan nasi putih panas-panas dengan ikan steam. fantastic. mmg sampai sekarang terbau-bau lagi keenakan ikan siakap steam hari tu.

kes microwave tu pe kesudahannya?? setelah ku google baru la ku tahu yg aluminium foil tak boleh digunakan dalam microwave sebab mmg akan keluarkan percikan api. heehehehe.. garu kepala sendiri. pengajaran buat aku, and reminder untuk korang gek. sape2 yg de info lain leh share kat aku k :))

2 comments:

mama_azizara said...

abislah microwave baru...tak kec dulu ko??

ain shalalala said...

rasa ok kot, xde pe yg rosak..cuma hari tu je silap..sebab kat aluminium foil tu dia tulis boleh pakai kat oven.