alhamdulillah, sorang lagi sahabat baik telah menamatkan zaman bujangnya. congrats yah. happy happy happy sgt buat ko beb. memula dah risau dah aku cane la nk pegi majlis ko tu Yah, sib baik la de nadhilah yg sudi amik aku. tq nad. sayang ko sgt2. aku ni belum cukup hebat lagila nk drive sorang2 masuk kl. kalau tau jalan boleh gak ku redah. ni dah la sorg2, buta kayu pulak tu. tak ke naya kalau tak exit MRR2 mau ke Kuantan perginya. luckily we managed to reach b4 the solemnization even dah tersesat 2-3 kali. hahahaha. at first we thought alya nikah kat masjid klang gate, ghope-ghopenye dekat masjid hidayah, taman melawati. sib la tak jauh sgt. and nasib la i can read map. yeah! (sape kata women cant read map. belasah kang baru tau)
cik yah sgt cantik mengenakan kurung moden rona biru pastel. kih kih. berona-rona pulaks. veil mmg sgt cantik la dgn beading yg superb. ko tempah kat mana yah. nnt sila kasitau k. sweet sangat colour and make up mmg just nice. sumpah seri pengantin mmg naik. terus feeling2 bilalah masa ku akan tiba. blueeekkk. hahaha
few minutes before ijab qabul..sengih je memanjang
yours truly dengan cik pengantin
my BFF ever (tp ada 2 org lagi yg sampai lewat). kalau nak tau, semuanya masih single kecuali yg pegang beg. itu tunangan orang. awas. sila try yg lain :)) ini nostalgia ok, dalam pada kitorg berkawan rapat ni kan, adalah aku penah gaduh dengan salah sorang dari mereka ni. cer tgk muka sape yg gangster kat sini. muahahahahahehehehe. mmg dah tak ingat la pasal apa, tp mmg bermasam muka tak bertegur sape. punyalah jahat aku. standard la kalau pompuan kan, mesti de nak gaduh-gaduh. tp settle dah xlama pastu, nak spm kita together-together balik. hik :)
kelasss baju masing-masing. aku je yg selamba main tibai penuh abstrak berlingkar satu badan. takpe, janji still dlm theme colour lagi kan.
bridesmaid aka dulang girl
selesai nikah.. oo topek ko kantoi ckp kenal 10 taun. hahahaha. tanjat Prof Masjuki =))
hantaran
reception at K Club
gambar mcm de kejap yg oren, kejap yg ok, kejap yg lebih lighting. ahahahaha. lain-lain camera, so aku copy je semua tepek kat sini. kikikiki.
happy for alya, pasni further kt Imperial lak..jelesnye. tsk tsk. good luck aliyyah. selamat menjalani alam rumah tangga, kami doakan ko dgn Taufiq aman, bahagia sentiasa. Semoga Allah swt sentiasa memberikan barakah-Nya dalam pernikahan uols, mengumpulkan dalam kebaikan, dan memisahkan dalam kebaikan. Amin. Barakallah. semoga balik Malaysia cepat dengan gelaran dr dan mungkin dah bertiga insyaAllah. hehehe. wishing u all the best.
No comments:
Post a Comment