Saturday, April 23, 2011

Imam Sudais Di Malaysia

assalamualaikum semua,


MasyaAllah.. kita telah menerima kunjungan hebat dari imam dan khatib Masjid Lil-Haram, Mekah iaitu As-Sheikh Dr Abdul Rahman bin Abdul Aziz As-Sudaisy. Imam yg selalu mengimamkan solat di hadapan Kaabah. Subhanallah. Subhanallah, tak terkata saya. saya pun baru je tau semalam tgk kat berita. tak sempat nak dgr khutbah Jumaat beliau. tsk tsk.



tapi, alhamdulillah saya pernah menjadi makmum beliau sewaktu mengerjakan umrah tahun lalu. mmg sangat lunak bacaan beliau sewaktu melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Bacaannya memang menusuk jiwa raga dan sanubari sehingga membuatkan kita nak mendengar dan terus mendengar. semoga suatu hari saya diberikan kesempatan sekali lagi untuk menjadi makmum beliau. semoga kesihatannya baik dan dikurniakan umur yang panjang untuk membantu memperjuangkan Islam di bumi Allah ini.



meh kita dgrkan surah Al-Mulk bacaan beliau. dalam diam tak diam dah setahun berlalu kenangan saya berada di Tanah Haram Mekah dan Madinah. pengalaman 16hari tersebut mmg tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. tak tau bila nak sampai lagi ke sana. tgu musim haji kot. insyaAllah. tp nak daftar haji duit kat TH pun masih tak melepasi syarat minimum.. tett. heeee. niat yg baik insyaallah dipermudahkan jalannya. amin.







No comments: