Wednesday, February 2, 2011

Selamatkanlah pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir

assalamualaikum semua,

selagi Presiden Mesir tak berundur, selagi tu lah keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia terancam. tak tau la mane silapnya. Mungkin rakyat Mesir dah tak boleh terima lagi corak pemerintahan Hosni Mubarak sehingga sanggup melakukan demonstrasi untuk menjatuhkan beliau. bukan sesenang sesuka hati sesedap oren rakyat nak gulingkan kerajaan, ni kira dah tahap super gaban la kot diorg tak puas hati dengan Presiden diorang. takutkan.

ye la, mane tak takutnya, balai polis dah dimusnahkan, banduan dah berpeleseran sana sini. nauzubillah.. harap-harap takdela kecelakaan yang menimpa orang awam khususnya rakyat dan pelajar Malaysia.

kapal laut dan pesawat TUDM tu harap dapat datang cepat sket untuk memindahkan rakyat kita. kesian kat pelajar2 perempuan, ngan ibu2 mengandung, yg laki saya kesian gak tapi tak kesah sgtla psl diorg lelaki, tp yg perempuan tu. mesti dah nangis2 bengkak mata dah. kalau saya kat sana pun boleh bayangkan mesti dah mengucap banyak2 dah. huhu. semoga korang semua bertabah kat sana. kitorang kat Malaysia sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan korang. Amin.

ps: agak2 kalau student ni balik, diorang nak sambung balik tak study kat sane???

2 comments:

Zaza The Witch said...

tu la doa2 la keselamatan mereka kat sana

nurul huda mohd hassim said...

pelajar yg study d sane smgt dorg sgt tinggi..