Saturday, April 30, 2011

The end

assalamualaikum semua,


pengakhiran yang dinantikan selama ni, sampai jua. 




alhamdulillah



xx end xx


note: dah submit sebulan ke dua bulan lepas, tp sebab xigt save pic ni kat mane so baru la terpublish hari ni.

Thursday, April 28, 2011

Entry tertangguh

ada banyak entry tertangguh. nak post tapi tak menyempat. charger hp rosak tak sempat nk beli yang baru. jadi mood nak update blog pun berkurang. sebab ape? sebab nak gak update blog dgn gamba2 yang ada dlm hp. so rakan-rakan semua harap bersabar ye. saya tetap ada di sini mcm biasa.



sebab tak dapat nak update blog selalu, maka saya layan KCB The Series (Ketika Cinta Bertasbih). mana2 yang belum dapat jodoh tgkla drama ni ek. yg dah berjodoh pun boleh gak tgk. sesuai seisi keluarga. banyak pengajaran yang kita boleh contohi. tabik spring kat Ust Habiburrahman, ke beliau dah entitled Dr skrg ni not sure. harap beliau dapat menghasilkan karya2 yang lebih baik dari ayat2 cinta dan ketika cinta bertasbih. saya amat recommended pada korang2 yang tak tgk supaya tgk citer ni. besttt. tak nyesal wook.



igt je satu benda, kalau Allah telah menentukan jodoh kita dengan si dia, seperti mana yang tertulis di Loh Mahfuz, tak kira walau apa jua dugaan yang mendatang, badai yang menimpa, cepat atau lambat.. di akhirnya pasti kamu dan si dia akan bersatu. tidak ada kuasa besar yang dapat menafikan ketentuan dan ketetapan Allah SWT. (sedikit sebanyak garapan dari sinopsis cerita ni)

Saturday, April 23, 2011

Imam Sudais Di Malaysia

assalamualaikum semua,


MasyaAllah.. kita telah menerima kunjungan hebat dari imam dan khatib Masjid Lil-Haram, Mekah iaitu As-Sheikh Dr Abdul Rahman bin Abdul Aziz As-Sudaisy. Imam yg selalu mengimamkan solat di hadapan Kaabah. Subhanallah. Subhanallah, tak terkata saya. saya pun baru je tau semalam tgk kat berita. tak sempat nak dgr khutbah Jumaat beliau. tsk tsk.



tapi, alhamdulillah saya pernah menjadi makmum beliau sewaktu mengerjakan umrah tahun lalu. mmg sangat lunak bacaan beliau sewaktu melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Bacaannya memang menusuk jiwa raga dan sanubari sehingga membuatkan kita nak mendengar dan terus mendengar. semoga suatu hari saya diberikan kesempatan sekali lagi untuk menjadi makmum beliau. semoga kesihatannya baik dan dikurniakan umur yang panjang untuk membantu memperjuangkan Islam di bumi Allah ini.



meh kita dgrkan surah Al-Mulk bacaan beliau. dalam diam tak diam dah setahun berlalu kenangan saya berada di Tanah Haram Mekah dan Madinah. pengalaman 16hari tersebut mmg tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. tak tau bila nak sampai lagi ke sana. tgu musim haji kot. insyaAllah. tp nak daftar haji duit kat TH pun masih tak melepasi syarat minimum.. tett. heeee. niat yg baik insyaallah dipermudahkan jalannya. amin.