Monday, December 3, 2012

anak-anak buah

buat masa sekarang ni aku ada dua orang anak buah.. yang pertama muaz.. yang kedua muiz.. dua-dua comellllll sangat. yang ketiga kita tunggulah nanti kan..

 **** MUIZ ****










 **** MUAZ ****








ni nak citer pasal kedua-duanya. masing-masing dah pandai menunjukkan pe-el masing-masing. adik jealous kat abg, abg jealous kat adik, especially bila dua-duanya berada di rumah wan. bila adik minum nenen dengan wan, masa tu la abg nak basuh yak (berak) dengan wan.. bila abg nenen dengan wan, time tu pulakla adek terkedek-kedek menempel dekat wan, mintak amik dia. masa ni dua2 bolayan kan mama dia gara-gara berebutkan wan. hahahahaha. sampaikan wan terpaksa meriba abg, dalam masa sama ribakan adik jugak. alahai dua-dua cucu wan. wan pulak jenis tak sampai hati melihat cucu-cucunya. maka timbullah pelbagai adegan antara adik dengan abang. ni baru dua orang dah rebutkan wan.. nnt bila ada anak aku sendiri nnt***.. eh??? ada dah ke??  heeeee ;))) kikiki.

** belum lagi la...usaha tangga kejayaan #harie anuar

Monday, November 26, 2012

my wedding theme

pilihan saya adalah warna purple and pink..great combination isn't?? of coz la kan. memula biasala agak pening nk pilih warna apa kan. tapi, senang je kalau ikut my concept. tak payah nak pening2 kepala nk pk sgt. penyelesaiannya adalah dengan cara mengikut pada warna pilihan baju. full stop. sonang yo. pergi butik tgk baju, terus berkenan dan tak sampai 5 minit warna tema perkahwinan telah dapat ditentukan. sap sap soi.. easy as abc. kikiki.

serious okay. inilah cara pemilihan warna tema wedding aku. hehehe..act, aku decide kaler tema pun dah lambat ok, gara-gara lambat pergi butik. bila org tya tema warna ape, at that time aku cakap tak tau lagi padahal tinggal 2 bulan je nak ke majlis. kalau b2b lain, awal2 dah decide nak colour ape, nk tema apa, style ape.. but according to me..tak yah la nak susahkan kepala mikior byk sgt. tak gtu??






tapi awal2, masa khemah sampai diorg pasang langsir khemah pink n purple, nervous gak rasanya..hik hik hik.. mcm striking bebenor je. later bila hari kejadian..wah wah wah..canteknyerrrr.. terus ckp dlm hati, pandai giler aku pilih kaler. hahahaha. yg penting aku rasa cantik di mataku, pada org lain tidak, thats not my problem. wedding aku kan??? heeee.

Friday, November 23, 2012

setelah berkahwin

hye semua..

selesai dah majlis kedua-dua belah pihak. cepat je kan masa berlalu..countdown atas tu pun dah tak betul dah. kikiki.. dulu duk menghitung hari je kan, la ni hari2 dia tulis 'today is the day'..

aku pun dah mula masuk kje semalam.. ahhh...seronok giler 3 minggu cuti dengan jayanya. nak review pasal wedding pun rasanya belum ada mood sangat. tengoklah kalau dtg serunya nnt aku buat.

terima kasih banyak2 buat semua kaum keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan yang sudi membantu dan memeriahkan lagi majlis saya. alhamdulillah, kedua-dua majlis berjalan seperti yang dirancang dan cuaca pun sangat baik. overall sangat puas hati atas kelancaran majlis. thx again mak, abah, kak long, angah, abg long, muaz n muiz n tak lupa juga buat suamiku en harie anuar. hikss..

the moment.. luv it!!