Thursday, January 5, 2017

2017


welcome twenty seventeen

hari ke lima semangat rasa nak update blog. tahun baru ni nak tingkatkan kualiti diri, kualiti kerja, kualiti hidup. pokok pangkalnya dari segala segi la. permulaan 2017 ada je benda yang kurang enak, tapi kita tuned jadi benda yang positif. ramai yang meramalkan tahun yang mencabar. tunggu dan lihat.

Adam pun dah nak masuk tiga tahun, boleh merancang ahli baru dah ni :)

kerjaya... masih lagi di Terengganu, entah bila boleh balik kampung halaman. akan ku usahakan jua suatu hari nanti. insyaAllah.

moga akan sentiasa update blog ni. bila tengok archieve, rupanya dah nak masuk lapan tahun menulis tapi semakin merosot kuantitinya. sejak kerja mmg dah takde masa sangat nak berblogging. ohhh. rasanya nak kena sambung belajar. betullah pensyarah pernah cakap, bila dah kerja pasti akan merindui zaman belajar. rasanya kena sambung belajar ;))

Sunday, September 4, 2016

2016

2016 september... baru write up first post!!!! berhabuk sangat rasanya blog ni. nak tutup sayang, sebab dulu blog ni la my passion. pernah dapat sket2 income dari blog, la ni nak bukak nuffnang pun dah lupa id n password. tapi rasanya nak mula balik blog ni, nak cari gak masa2 yang ada untuk menulis.

nak tulis pasal apa? banyak sangat rasanya. pasal adam yang dah semakin cerdik, pasal rumah yang dah tak lama dah nak siap, pasal kerja yang hari-hari bikin pusing, pasang family, pasal terengganu and banyak la. rasa mood2 tu semua mari dah sket2. nak try improve english gak. lama dah tak menulis, tak cakap, hancur dah rasanya. nasib baik paper kat office ni nst.

virus zika dah mula masuk ke Malaysia, harap kita semua cakna sket bak kata org Terengganu. jauhkan Ya Allah dari perkara yang memudaratkan. InsyaAllah

Sunday, December 27, 2015

Hiatus

As-salam semua..

its been long long long hiatus.

erkkk



Thursday, August 13, 2015

Kembara ke Pulau Redang

Assalamualaikum..
Salam 1 Malaysia..

Pulau Redang destinasi pelancongan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sangat cantik, kaya dengan keindahan dasar laut. berpeluang ke sana, bukan untuk bersuka ria tetapi demi mengintai dan menjalin hubungan bersama komuniti masyarakat pulau.

perpaduan dan hubungan erat antara mereka tidak dapat dinafikan. moga kerjasama yang dibentuk kekal dan sokongan yang diberi sentiasa padu.


Sunday, August 9, 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..
Salam 24 Syawal..

Ucapan selamat hari raya kepada semua. tahun ni dan isyaAllah tahun2 mendatang akan berhari raya di Seri Kembangan dulu. hahahaha. (consensus laki bini tuuu...).  jadi terimalah gambar raya dari kami.



** bukan main susah nak bergambor dengan si manjer ni.. nasib2 je dapat shot elok..waaaaa..


Wednesday, July 15, 2015

1st entry in 2015

Assalamualaikum semua,

Nampaknya blog ni dah semakin terabai.. so sad.. tsk tsk tsk.. hari ni update pun dah lebih setengah tahun 2015. baby adam pun dah masuk 1 yr 4mths dah, meaning that banyak sgt story yang tak dapat nak dikongsi di sini. heee. dunia blog pun dah tak sehebat kalau nak dibandingkan dengan social media yang lain seperti twitter, ig and fb. everything lagi cepat and ringkas.

hari ni je terajin, sebab kebanyakan semua dah cuti raya, tinggal sorang dua org je lg yg ada kat opis. makanya bolehla sket2 menjengah blog ni. inshaallah lepas ni nak mula balik blogging, even tak de orang baca pun, just for my personal thoughts. ok la. happy eid mubarak!!


belanja gambar satu..ni budak yg sgt menggeramkan, nak cubit2 je rasanya. hehehehe

Monday, September 1, 2014

Tuesday, August 26, 2014

Warna-warni raya 2014





syawal pun dah hari terakhir hari ni.. makanya nak cerita raya pun dah xde mood dah..

so sebagai tanda beraya kita wrapped kan je la semua gambar raya sekaligus. lets pic talking.




















sekian, ini sahajalah cerita raya kami..


Tuesday, August 19, 2014

Citer tak berapa best before raya

orang lain dah khatam cerita raya, tp kita baru nak mula. heheehehe.. ni alkesah pre-raya :)

raya kali ni kat belah suami.. dah tahun lepas kat sk kan. prinsip giliran, mcm tu lah gamaknye. tp tahun ni ada citer tak berapa nak best sket. lagi dua tiga hari nak raya kami sekeluarga sakit mata. hhohohoho. mmg tak best sungguh. dimulakan dengan baby adam yg terjangkit dengan anak buah, pastu adam sebarkan pada mommy and mommy donate kan pada abah. maka lengkaplah satu family kami terkena infection. luckily baby adam recover cepat. alhamdulillah sangat2. kuasa susu ibu memang hebat dengan izin Allah juga :)

kecian anak mommy.. bangun tido mata melekat. nasib la ptg tu je dah sembuh

ada sape2 berani tentang mata? hehehehe..

mommy dengan abah agak lambat sket nak baik, almaklumlah semakin matang kan, makanya sel2 banyak yang dah mati. huhuhu. tu yang lambat sket bertindak tuk menghapuskan kuman tu. raya pertama still ada merah2 sket, kitorg pun mls nak pandang org sgt, nak salam2 pun pk dua tiga kali. takut tersebar virus tu. janganlah ada yang kata kami berlagak pulak. hahahaha. tp mmg sakit woo sakit mata. setelah sekian lama tak kena berdenyut2 juga rasanya. akibat nak cepat baik, amik susu sndiri letak kat mata kat sendiri, buh gak kat mata suami. untunglah ada susu. hahahaha


Sunday, August 17, 2014

dulu dan kini

same place, same location, same occasion ...


left: eid 2014 right: eid 2013



alhamdulillah.. syukur.. dah ada dam dam syg :)

note: akan cuba kembali aktif berblog..inshaallah

Wednesday, August 13, 2014

Ucapan Hari Raya

assalamualaikum semua,



dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua umat islam di seluruh dunia. marilah kita sama-sama meraikannya dengan penuh kesyukuran, dalam pada kita bergembira  janganlah dilupakan saudara kita yg sedang berjuang habis-habisan memmpertahankan tanah suci Gaza. moga kita mendapat keberkatan di aidilfitri ini.

yeaa!! esok jamuan raya!!

moh datang wisma persekutuan, terengganu.. banyak makanan  :))




Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Kareem

ahlan wa sahlan ya ramadhan. alhamdulillah masih lagi berpeluang untuk menikmati kehadiran bulan yang dinanti2kan seluruh umat islam. tahun ni ada rezeki berpuasa dengan suami. awal giler bangun.. muahahahaha. 4.30 dah sahur. adam pun sedap je tido. heee. bagi chance kat mommy n abah mkn. la ni tgh menghitung hari nak balik kl. hohohoho. cepatla 9 hb.. cant wait..

gambar hiasan.. jangan ada yang buka pulak
 

Wednesday, June 25, 2014

My look during pregnancy

saje nak share pic masa pregnant. now i missed that beautiful moment. seriously...


1++ month


2 month

3 month

4 month

5 month

6 month

7 month

8 month
9 month

berat masa awal mengandung 54kg
berat masa akhir mengandung 63kg
and now 46.4kg 


New life

Mana yang tak tau, sekarang ni aku dah bermastatutin di negeri terengganu.. hmmmmm..  hmmmmmm... hmmmmmm...

still mencari kesesuaian. errrmmmmmm.. mengikut suamikan. nak buat macam mane?? tabah je la. tapi beruntunglah untuk adam, sekurang-kurangnya kakak ipar aku yang jaga. tak de la risau sangat kalau hantar taska atau pengasuh. dah pindah terengganu, maka tempat kerja pun bertukarlah. masuk balik jabatan, kira ok la. pelan-pelan la kan.. harap semuanya ok je.



Adam masa 24 hari :)) comel sangat.. cepat je muka berubah. caerita macam mana adam lahir tak share lagi. hehehe. nantila yer. kalau ikutkan nk sangat update blog selalu, tp kekangan masa betul sekarang ni. hehehe. ok la.. nnt kita update lagi.. bye..


Thursday, May 8, 2014

Kesahnya bermula

bismillah...

dah cukup 40 minggu masih xde tanda2 nak bersalin, makanya haruslah serah diri ke hospital, itu adalah amanat daripada doc memandangkan aku ada gdm sewaktu kehamilan. so, ke hospital la kita. aku pilih bersalin di hospital serdang sebab dah dekat dgn rumah kan. awal pg tu breakfast dulu isi perut kenyang2.

sampai hospital cek dulu ctg baby semua. pastu tgu la sampai ward kosong. duk melepak la kat ruangan pac tu. lebih kurang dlm kul 5.30 baru masuk ward. hehehe. jalan mcm biasa still gagah lagi. memang tak gaya nk bersalin. aku pun confuse gak sbnrnya, patut ke tak masuk ward. perut pun org tgk still tinggi lg. heee.. pengalaman pertama :))


ni dah check in ward

masuk2 terus dinner sampai..mkn je la.hee.baju pink pun xpakai lagi.

alhamdulillah suami setia menemani. setiap waktu melawat dia dtg. tq so much. bersambung lg di entry akan dtg. got to go. as-salam


Wednesday, May 7, 2014

Sebelum cuti panjang

Start cuti bersalin 1 mac, almaklumlah edd pada 11/3..so dah alang kepalang kita cuti la awal seminggu kan. tapi sebelum cuti sempatla menghadiri jemputan perkahwinan PT kat kolej tu. alhamdulillah sampai juga jodoh kak gie.

sebelum pergi kenduri dah siap2 dah packing semua barang nak bawak balik, pas mkn kenduri terus shoot balik seri kembangan. suami pun menemani, giler tanak teman..buatnya bersalin tgh jalan, sape nak sambut. huhuhu. nasibla tak mcm tu. Allah permudahkan segala urusan.. cari rumah kak gie pun mudah.

yours truly, pengantin baru and kak datin

me at 39 weeks 6 days..

moga kak gie bahagia and cepat2 dapat baby...

okay..sekian sahaja entry kali ni..sambung nnt. adam nangis pulak..