Saturday, March 30, 2013

A nice & sweet vacay

plan baik punya dah rancang. tapi apalah daya kita sebagai manusia, kita mampu merancang, tetapi Allah jua yang menentukan. mihmih mih..

bagaimanapun, percutian tetap diteruskan walaupun tak cukup korum. destinasi pun bertukar. makanya ke terengganu la kita. dah tak tau nak pergi mana. aku pun serampang dua mata gak la. bawak parents berjalan, sambil pulang ke rumah mertuaku. hiks. dah last minit, hotel pun kebanyakannya dah penuh. nasib baik ada chalet dekat2 rumah mertua tu pun cuma tinggal 1 bilik je yg kosong.

pemandangan nan indah

masa pun tak banyak, hanya beberapa tempat je yg sempat pergi.. pasar payang of coz la tempat utama. macih mak, belanja semua anak dan menantu baju batik. hehehe. moga mak dimurahkan rezeki lagi. aku pun sempat gak la mandi laut. ombak besar. takut ok. aku main di gigi air je. tp bila suami ajak mandi di tengah laut, ikut gakla.. seronok, tp aku takut terlepas je, dah la kaki tak sampai. baru discover yg si suami ni lomantik gak la orangnya. (ada masa je) hahahaha :))



dah kawin org tganu, kepok lekor mmg dh jadi favorite la skrg ni. terbaik la. yg lain masih dalam percubaan, belum semua jenis boleh diterima oleh tekak ni. kikiki. bila nk dekat2 PRU ni, perang poster sgt hebat kt tganu ni..heheheh.. meriah betul.. terima kasih la en abg kerana beri service yg tip top. lenkali kita dtg sini lagi bawak muaz n muiz n baby yg akan lahir nnt. kita ber'bbq' ok. baru happening. percutian mmg seronok, tapi kalau complete semua ahli keluarga barulah sangat2 seronok. ok. till then.

** tak sempat nk roger kwn2 ganu yg I balik kg. next time ya!!



Monday, March 18, 2013

Video: Muiz

sejak aku duduk kat melaka ni, mmg jarang sangat aku record perkembangan tumbesaran Muiz. kalau masa muaz dulu, byk sgt video yang keluar kat sini. tapi, bila sesekali balik tu, adala jugak sempat nk record satu dua.



enjoice.. video ni masa Muiz dah boleh jalan..umur 1 thn 1 bulan..

Borak santai

Lama sangat rasanya tak update blog. byk bnda yg lepas2 yg rasa nk share, tp sebab kekangan masa dan busy jadi semuanya dah tak hangat lagi. kiranya dh basi la..heee. cerita Melaka Part III akan keluar la kot, tp tgkla kalau rajin. gambar ada banyak, tp dlm hp suami. hiks. tu yg buat delay tu.

pasal kje, last week (khamis & jumaat) baru selesai audit persijilan semula MS ISO 9001:2008 dari SIRIM. lelah sangat rasanya. aku yg bru kje ni pun merasa la berpeluh2 menjawab soalan auditor. kih kih kih. byk bnda yg aku belajar. it's good for experience sbb kdg2 kita rasa kita buat semua betul, dh cukup terbaik, tp siapalah kita yg nk nilai prestasi kita kalau bukan org lain. for my part, xdela sampai jatuh NCR, cuma ada beberapa OFI untuk tujuan penambahbaikan.

and last week juga (sabtu & ahad), aku terlibat dengan Program 1 Million Women Purple Walk. Kami 3 bas datang berbondong2 ke Putrajaya. adoii.. letih nk memantau 109 orang pelajar. even letih, tp fun tu tetap ada. bergerak dr kolej sabtu petang and sampai malam terus check in di Hotel GoldCourse Klang. Awal pagi keesokan harinya terus ke Putrajaya. nama program Purple Walk kan, tema should be purple in colour. tapi.....



yours truly bersama-sama sebahagian pelajar Kolej Komuniti Jasin

rasakan gelombang merah KPT di Putrajaya. lain dari yang lain kot. hehehehe. berbaju merah ni semua warga KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI tak kesahla student IPTA/S ke, student POLI ke or KOLEJ KOMUNITI, semuanya berbaju merah termasuk dengan pegawai pengiring sekali. obvious sgt si merah2 ni. hehehhe. sampai kolej dalam pukul 3.30ptg, walaupun penat tp tetap mengukir senyuman sebab dapat cuti ganti..kikiki. save cuti rehat aku :)