Wednesday, January 30, 2013

WW: Honeymoon Getaway

Belum boleh diistilahkan sebagai honeymoon pun. tsk tsk tsk. tak sempat..



yang ni jalan-jalan kat PD hari tu. mode: merindui suami lagi. bak kata UAI nak muntah dengar. tapiiii UAI tak faham perasaan itu.. hahahahaha.. alahai long distance ;(


Qhatam Quran

Masa wedding hari tu, aku ada buat majlis Qhatam Quran. lupa pulak kan nk share. heee. majlis ni buat pagi dalam pukul 10.00 pada hari reception. tak lama, dlm setengah jam je pun. aku sorg je yg baca dengan diiringi oleh team marhaban taman. dari mula sampai habis baca sorg2. alhamdulillah. pakaian pg tu adalah dari koleksi sendiri: jubah hitam yg aku beli masa kat madinah dan selendang half moon dari qaira hijab.




sempat berposing-posing before majlis mula...








Monday, January 28, 2013

Cuti-Cuti Balik Kampung

oyeahhhh.. kalau Melaka cuti hari ni kan bestttttt. tp takpela, since aku pun dah cuti dari khamis lepas, rabu ptg yg lepas pun de meeting so pas meeting terus shoot balik SK. wahh. bahagianya hati. tp cuti panjang ni balik ke Terengganu pulak, memandangkan anak buah suami melangsungkan Majlis Pertunangan. maka suami I pun sanggup dtg dr terengganu amik sy di SK dan bawa pula ke Terengganu. ouchhh..sweetnya. hehehehe. walaupun dlm hati rasa kesian gak..tp pe salahnya. kikiki..

hari khamis perjalanan agak baik, cuaca kejap hujan kejap ok. cuma sesuatu telah berlaku. temperature kereta tetiba naik mencanak. oooo.. lokasi kejadian di Felda Neram, jalan Jabor pas exit tol. hoho. nasib baik la laki aku perasan. berenti tepi jalan, tp kawasan tu agak bahaya sebab di selekoh. tgu kejap igtkan temperature boleh turun, tp tak gak. last2 decide jalan pelan2 ke shell. tp shell jauh lagi nun 18 kilo lg, nasib jumpa BHP, terus aku ckp benti situ dulu, dan dan nak benti enjin kereta mmg mati sendiri. mujur sempat paking di tempat yg selamat. suami kata kita makan2 dulu la.. lepak situ dlm sejam lebih. alhamdulillah masa nk start balik tu, temperature turun. so kita jalan pelan2 menuju ke bengkel. bengkel kata ok je. xde masalah, mungkin masa tu kipas tak jalan kot tu yg panas tiba2. kitorg pun jalan la slow2, bersusun kete kat belakang. hehehe. ampunkan kami. dlm pukul 6.30 sampai kampung. ohhh.. kampung sweet kampung..

esoknya majlis bertunang..pun ada story gak.. tp xpela tak yah citer sini la.. selamat dah semuanya.. tu yg plg penting..


heee. yours truly dgn amsyar anak kecik kak da before majlis tunang mula. esoknya kami berdua sehari suntuk dating kat bandar. hohoho. i like it so much...



menikmati ICT, UCT dan SCT kat pantai airport. sedap gak la. kami giler ikan, so ikan kena asing2, tak leh share nanti gaduh. hahahahaha


alololo. bucuk intan payung. hahahahaha. rindu byk sgt. huhuhu. muka ensem, tp tgk perut kalahla. hahahahahah. ahad dah balik kl, naik flight.. yer sy penah terlepas flight hari tu. kikiki. kali ni gigih bangun awal tnk tertinggal lagi. balik kampung seronok, tp jumpa suami lagi2 seronok. beronok2. heeee ;)


Wednesday, January 16, 2013

2 sudah lepas 3 lagi

banyak btl exam tuk sah jawatan. lega sgt dua exam JPA dah lulus, walaupun preparation ke laut, dengan buku rujukan tak bertagging, dengan huru-haranya aku masa tu namun Allah masih mempermudahkan rezki ku. syukur banyak2. malu sangat tatkala mengenangkan hati ni yang kadang-kadang lalai mengingatiNya.

Wedding Review: Hantaran & Bilik Pengantin

 Ni last ok. Sebab ada member tanya pasal hantaran. Hantaran aku simple je sebab DIY. jimat pun jimat.



hantaran ni pakai bunga mati je pun, amik la beberapa jenis dan colour ikat2 je, pastu tembak dgn gam. dulang hantaran pakai yg kak long punya masa dia kawin dulu. asal igt tanak pakai dulang (nk ikut trend semasa katanya) tp dulang dh ada, buat pe nak beli2 lagi. spoil la curtain tu..patutnya tersisir rapi mcm yg left side.. OP ni pun satu hal, betulkan lah kot before amik gambar. isk isk isk. fyi, dekat sebelah kiri katil, aku bajet nak letak lampu tidur. tapi mmg tak sempat nak cari, so abaikan je la. tu yg nmpak gonjeng jer.


tak de gambar bilik yg keseluruhannya. masa tgh make up ni, nampak mcm sesak sket, yela dgn luggage make up kak zaifie yg besar dan banyak. tp rasa gambar ni je yg mcm menunjukkan hampir keseluruhan bilik. pandai-pandailah korang tgk dr angle mana2.


ok la. sekian wassalamu la untuk review kahwin ni. majlis aku biasa2 je. anak org kampung je kan. cukup ye. majlis kat terengganu side sepenuhnya disediakan oleh keluarga suami termasuklah dengan baju bertandang dan make up bagai. so tak perlu review la kan. i mane tau ;) ok. till then!!

WW: aisshhhhh..geleng kepala dibuatnya





Tuesday, January 15, 2013

Wedding Review: Make up nikah dan sanding

rasanya ni entry last pasal wedding la. tak banyak pun yg aku nak review. benda-benda penting je yg kita boleh kongsi bersama.

make up nikah





yours truly wih MUA: Zaifie Zainal

make up sanding

 


with MUA: Kak eda team Zaifie Zainal


saya suka sangat make up untuk kedua-dua majlis!!!


Monday, January 14, 2013

13.01.13


 happy birthday muiz!!!


nice date kan. semalam merupakan birthday anak buah yg kedua iaitu muiz yg lahir pada 13.01.12. buat celebration kecik-kecik je untuk adik. tp abg muaz yg excited sebuk nak potong kek adik. happy birthday adik.. acu and pak su harie love u so much...




Early breakfast



yeah. we had our early breakfast at 5.30 am. hehehehe. before aku shoot ke Melaka. hubby (aiyarrhhhh. geli sgt berhubby2) nk mkn kfc am riser. heee. layan je la kan. tp aku ckp, make sure kna cepat sebab nnt aku yg kne drive sorg2 balik ke kolej (sambil tak sudah2 ckp, bukannya nak hantar kita pun..) nak kejar thumbprint okay. bab makan dua2 laju. nampak sangat!!! sbb tu la kedua-duanya membesar dengan jayanya. papepun am.riser mmg sedapppp.. rugi tak kasi tapau tadi. hahahahaha.

Wedding Review: Baju Sanding and Outdoor

Kedua-duanya adalah daripada Zaifie Zainal Creation. Termasuk dalam pakej 2 pasang baju, makeup dan pelamin. Harganya sangat berbaloi.

BAJU SANDING

Colour : Dark Purple
Tema : Kemelayuan (Mini Kebaya + Baju lelaki..apakah nama fesyennya..wopucetau)

Described sket baju aku:

Ada 3 pieces: corset, kebaya dan kain flowy sket serta labuh..cutting mmg muat2 aku. no alteration dari butik. just nice je. bju ni jarang, so aku beli inner sndiri.

 







BAJU OUTDOOR

Colour Baju Outdoor: Dress Krim and Hitam
Tema : Inggeris la sangat
Lokasi adalah di sekitar Kompleks Sukan Air Putrajaya dekat area Pullman. ramai giler pengantin buat photoshoot situ..tunggang terbalik. mcm2 posing. dress aku ni besar sebenarnya, kalau ikutkan aku nk suh kak zaifie kecikkan sket, tapi mak kata ok jer. tak payah ubah2. so aku pakai jela. nampakla mcm muslimah dress. heee. tetap jarang, so pkai inner gak la.








overall, amik gambar adalah sangat memenatkan even aku ni hantu bergambar... sedikit la, bukan nak pesan ape..tp aku ckp dr segi pemikiran akukan, kalau kahwin sgt cantik kalau pengantin pakai colour2 yg terang. ahaks. hehehe. baru la nampak pengantin dari jauh.


Saturday, January 12, 2013

Jalan-Jalan ZOO Melaka


entry hari ni dimulakan dengan cerita pasai Zoo Melaka. last week punya citer pun. hari ni adalah berehat-rehat je kat umah sambil do laundry. pergi Zoo Melaka ni pun atas permintaan suami yg tak tau lah nape excited sangat nk pergi zoo (mengalahkan si muaz).. hahahaha.

otw nak pergi, hujan renyai-renyai. tapi xdelah lebat sangat. orang pun tak ramai kat zoo. fee entrance RM10.00 untuk dewasa. overall. mcm dah tak byk sgt haiwan dah. still sama mcm yg aku penah pergi 3-4 thn yg lepas.




cuma, perasaan aku mcm sedih je tgk haiwan-haiwan dalam zoo ni. cian dia. tgk muka masing-masing macam sayu je. but i'm sure zoo keeper jaga diorang ni elok-elok. mesti food semua cukup, tahap kesihatan pun bagus. vet ada. hmmm. takpela, yang penting ada orang puas hati and happy dapat pergi zoo. nah amik muka happy dia :)


hahaha.. suami yang diturunkan dari langit untuk aku..kikikiki..