Wednesday, September 28, 2011

ww [graduation day]









ALHAMDULILLAH





sempena





Majlis Konvokesyen UKM

Sidang 2 (24.09.2011)

Thursday, September 22, 2011

interview

pergh.. mmg tak lena nk tido dibuatnya mlm sebelum tu. bukan study mana pun, debarannya je yang lebih2. biasala, aku kan suke over tak tentu pasal. tp dh mmg perasaan tu nk dtg, nk buat cane kan. tangan dah sejuk2, jantung tak berenti2 dub dab dub dab. pastu dlm hati tak sudah-sudah menyesal, nape la tak prepare awal2. amik kau. nangis. tsk tsk.

di hari kejadian, mmg bgn awl. sebab mesti sampai SPA b4 8am. kul 7.15 dah tercongok kat parking pelawat. igt nk belek-belek note, tp otak dah tak daya nk terima input lg. yg mampu buat pd masa tu, hanya kumat-kamit berselawat je. cuba menenangkan diri.

bila sampai kt SPA, perasaan debar tu masih ada lagi, tp mula berkurang sedikit demi sedikit. tgk org keliling, org lain ada yg khusyuk baca nota masing-masing, ada yg sibuk berbincang tentang isu semasa. syikin (kenalan yg baru jumpa di lobi) pun sibuk study. aku ni mmg dari dulu lg, kalau hari tu nk interview or ada exam mmg dah tak kuasa dah nk baca-baca lg pg tu b4 masuk dewan or bilik interview. biarlah.. setiap org dengan cara masing-masing kan.

selesai pendaftaran, aku org ke tiga untuk bilik K. ada lg 1 bilik for this post. rasanya candidate dia mmg tak ramai kot. tiba masa giliran dipanggil, mmg aku berserah je la time ni. pom pam almost 40 minutes lega aku dgr bila interviewer ckp ok, rasanya tu je soalan yg kami nak ajukan. fuhh. mmg dlm hati nk lompat-lompat je. lega akak, kalau tak asik neves je tak pasal-pasal. ada 2 org je interviewer, sorg pengerusi (Dato' mewakili ahli suruhanjaya) n sorg lg ahli (wakil kementerian). mcm mne interview? tgu je la resultnya, kalau dpt means aku jwb dgn terer la (poyo). kalau sangkut, maksudnya bukan rezeki aku la kan (sedapkan hati..hehehe).

usaha dah, doa dan tawakal je la yang kena buat skrg ni. insyaallah.

Monday, September 12, 2011

open house

kalau raya memang tak boleh nak dipisahkan dengan open house. pasti sana sini penuh dengan undangan rumah terbuka. sekarang ni pun dah berderet-deret dah jemputan. tak kan la tanak dtg kan, dah org bagi makan free. hehehe. rezeki jangan ditolak katanya. cuma, open house ni bukanlah satu kewajipan untuk melaksanakannya. siapa yang ada lebih, dia boleh buat, yang kurang datang makan je la kan. hahahaha. yang paling penting konsep ziarah menziarahi tu yang perlu ditekankan. ukhwah silaturrahim tu yg perlu dijaga.


rasanya, raya tahun ni lebih meriah sketla kat taman rumah ni, kalau dulu rasanya boleh dibilang dengan jari kot org yg sy kenal kat sini, tp sejak surau taman ni mula beroperasi masa bulan Ramadhan lepas, rasanya bilangan mak cik-mak cik yang saya kenal kat sini dah mula bertambahlah. hehehe. betullah kata Nabi, melalui surau dan masjid kita dapat mengeratkan silaturrahim dan menjalin kemesraan dengan jiran tetangga.

bukan apa, kehidupan di bandar berbeza dengan kehidupan di desa...renung-renungkan :)

Sunday, September 11, 2011

jalan-jalan Raya

hampir semua saudara-mara sepupu sepapat datang rumah masa raya ke-empat. kitorang mmg tak pergi mana-mana pun the whole day sebab masing-masing still lagi shocked dengan accident semalamnya. read this. hehehe. ptg tu, Pak Ngah call cakap nk dtg beraya rumah dengan nak mkn malam sekali. hoho.

bila call pun dh ptg, masak je la pe yang ada kan. nak buat yg special-special mmg tak dan la. mujurlah ikan, ayam, sotong semua ada. bolehla nak masak dua tiga jenis lauk. dlm pada nk tunggu lauk siap masak, yang boys semua duk tengok kereta yang remuk tu. terpaksalah flash back balik cane incident tu berlaku. huhuhu. bila semangat sdara mara tu ada, hati yg susah tu terubatla sket. heehehehe.


siap makan, tengok balik album-album lama. hehehe. nostalgia betul. tahun ni, best raya sebab mostly semua ada. keluarga makin besar, even tak besar mana pun. esoknya (5 syawal) pakat ramai-ramai pergi rumah Busu kat Shah Alam. gambar tak amik pulak. takpela.

semalam (12 syawal), pergi Melaka tgk Mak Tua kat Alor Gajah. Alhamdulillah Mak Tua nampak sihat. then terus ke rumah abg Wan. Muaz pun join gak kali ni. kemain manja dengan Kak Aina (dua pupu Muaz). tp aina demam. sian dia.



last sekali rumah yang diterjah adalah rumah mak lang dekat Kuala Pilah. Arwah Pak Lang (abg mak) kawin dengan org sana, walaupun dia dah takde, hubungan kekeluargaan tetap diteruskan. berpusing-pusing nak ikut jalan shortcut, last-last bukannya dpt shorcut, makin jauh adela. sabor je la.


finally, family picture. tak complete lagi ni. baru 3 family. nampak tak Muaz yg kat belakang yg pakai baju biru?? hee. sib baik la abohnye tinggi. mamanya tak nampak pulak kat mane. kiki. next time kita kasi kumpul semua ok! kesah jalan-jalan raya ni, semuanya at my mom's side. belah abah kita dah jalan semua rumah pd raya ke 2. sayangnya satu keping gambar pun tak amik. sadis. padahal sdara mara semua ada masa tu. hampa :'(

insiden 3 syawal

dalam pada kita semua bergembira di hari raya...

tiba-tiba.........


bertukar menjadi duka. kejadian yang tidak terduga berlaku. luckily kitorg semua tak de pape. masih lagi boleh beraya dan selamat pulang ke rumah. alhamdulillah.

sebelum kejadian.....


sape sangkakan?? malang tidak berbau. hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

Wednesday, September 7, 2011

pagi 1 Syawal

masih lagi mood hari raya kan, walaupun dah 2 hari masuk office. tak puas kan cuti seminggu. kalau dpt tambah seminggu lagi alangkah bahagianya. hehehe. kat blog pun semua cerita pasal raya, kat fb pun semuanya upload gambar raya.

cerita 1 syawal, kitorang raya kat umah je. pas solat raya baru balik Cheras. family member semua cukup. Muaz raya sini tahun ni. persiapan raya ala kadar je, keluarga pun tak besar mana. cukuplah sekadar masak rendang, nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh. menu biasa kami di hari raya.

tema kali ni, warna biru. so, semuanya berbiru la di pagi raya. tp xsama pun biru semua org. hehehe. pas solat raya (opss..thn ni akak tinggal solat raya la) salam bersalaman mcm biasa la kan. takde la feeling mane pun. kikiki. tahun ni, muaz rasa dah faham sket erti hari raya.. xdela faham mana, tp faham yg orang bg angpow, kena salam dan amik pegang kuat-kuat. hahahhaa.


 

selamat hari raya semua. mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan segala yang ter-ter la kan. jemput datang rumah. takdela open house, bila2 nak dtg dialu-alukan. ok!

Friday, September 2, 2011

sepasang kurung biru


kurung nan biru di pagi Syawal 1432H.  nnt kita citer yer... selamat hari raya semua :)) rasanya tahun ni ramai yg bertemakan biruuu

juadah berbuka di akhir Ramadhan 1432H & HB Muhammad Muaz

diam tak diam kejap je kan Ramadhan dah melabuhkan tirainya. sedih. sob sob sob. tapi dlm masa yg sama tak sabar gak nak meraikan kehadiran syawal. maka dengan perasaan sedih yg berbaur gembira oleh itu, kami adik beradik bersepakat nak masak nasi ayam special di akhir Ramadhan. kira special habis la tu. weee. act, bukannya sepakat..tp memandangkan mak buyong nak mkn nasi ayam, so kitorg masakkan je la. hahahhaa.

berbuka la kami semua dengan nasi ayam special.. alhamdulillah. harapan agar segala amalan yg dilakukan di bulan Ramadhan yg penuh berkat ini di terima Allah SWT. moga-moga bertemu lagi do Ramadhan yg akan datang. insyaAllah. Amin.


dlm masa yg sama yg sama pd 29 Ramadhan juga merupakan ulang tahun hari kelahiran Muhammad Muaz.


Muaz turn to 2 years old. happy birthday yayang acu :))