Saturday, April 30, 2011

The end

assalamualaikum semua,


pengakhiran yang dinantikan selama ni, sampai jua. 




alhamdulillah



xx end xx


note: dah submit sebulan ke dua bulan lepas, tp sebab xigt save pic ni kat mane so baru la terpublish hari ni.

Thursday, April 28, 2011

Entry tertangguh

ada banyak entry tertangguh. nak post tapi tak menyempat. charger hp rosak tak sempat nk beli yang baru. jadi mood nak update blog pun berkurang. sebab ape? sebab nak gak update blog dgn gamba2 yang ada dlm hp. so rakan-rakan semua harap bersabar ye. saya tetap ada di sini mcm biasa.



sebab tak dapat nak update blog selalu, maka saya layan KCB The Series (Ketika Cinta Bertasbih). mana2 yang belum dapat jodoh tgkla drama ni ek. yg dah berjodoh pun boleh gak tgk. sesuai seisi keluarga. banyak pengajaran yang kita boleh contohi. tabik spring kat Ust Habiburrahman, ke beliau dah entitled Dr skrg ni not sure. harap beliau dapat menghasilkan karya2 yang lebih baik dari ayat2 cinta dan ketika cinta bertasbih. saya amat recommended pada korang2 yang tak tgk supaya tgk citer ni. besttt. tak nyesal wook.



igt je satu benda, kalau Allah telah menentukan jodoh kita dengan si dia, seperti mana yang tertulis di Loh Mahfuz, tak kira walau apa jua dugaan yang mendatang, badai yang menimpa, cepat atau lambat.. di akhirnya pasti kamu dan si dia akan bersatu. tidak ada kuasa besar yang dapat menafikan ketentuan dan ketetapan Allah SWT. (sedikit sebanyak garapan dari sinopsis cerita ni)

Saturday, April 23, 2011

Imam Sudais Di Malaysia

assalamualaikum semua,


MasyaAllah.. kita telah menerima kunjungan hebat dari imam dan khatib Masjid Lil-Haram, Mekah iaitu As-Sheikh Dr Abdul Rahman bin Abdul Aziz As-Sudaisy. Imam yg selalu mengimamkan solat di hadapan Kaabah. Subhanallah. Subhanallah, tak terkata saya. saya pun baru je tau semalam tgk kat berita. tak sempat nak dgr khutbah Jumaat beliau. tsk tsk.



tapi, alhamdulillah saya pernah menjadi makmum beliau sewaktu mengerjakan umrah tahun lalu. mmg sangat lunak bacaan beliau sewaktu melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Bacaannya memang menusuk jiwa raga dan sanubari sehingga membuatkan kita nak mendengar dan terus mendengar. semoga suatu hari saya diberikan kesempatan sekali lagi untuk menjadi makmum beliau. semoga kesihatannya baik dan dikurniakan umur yang panjang untuk membantu memperjuangkan Islam di bumi Allah ini.



meh kita dgrkan surah Al-Mulk bacaan beliau. dalam diam tak diam dah setahun berlalu kenangan saya berada di Tanah Haram Mekah dan Madinah. pengalaman 16hari tersebut mmg tidak dapat dilupakan sampai bila-bila. tak tau bila nak sampai lagi ke sana. tgu musim haji kot. insyaAllah. tp nak daftar haji duit kat TH pun masih tak melepasi syarat minimum.. tett. heeee. niat yg baik insyaallah dipermudahkan jalannya. amin.







Wednesday, April 20, 2011

i'm the winner. thanks The SOLOUB

yeaaa!!! clap clap clap. I am the winner!! thank you syaida. thank you The SOLOUB. thanks for the giveaway :) nak tau saya dapat ape? saya dapat 5 shawl  freeeeeee.. yippieeeee. barang free mestila suka. yeaaaaa. ini giveaway pertama yg saya menang. xcaye?? cer tgk kat sini.


*******


as for compliment, let me introduce who is The SOLOUB
(ni bukan kipas sampai mati ok..)



owner blog tersebut ialah Syaida Fauziatul Hana. Syaida ni actually my coursemate masa kat uni dulu. tp dulu2 kitorg tak berapa rapat sgt, bukanla tak kamcing. cuma clan lain2 je. but still tegur sape, senyum2 bila selisih kat jalan. hehehe. but now rasanya usia dah mematangkan saya, and who cares about your clan. friends is still friends takde makna rapat tak rapat. betul dok?



amik dr blog syaida..xpe kan??


alhamdulillah syaida pun dah selamat berumah tangga dengan wan which is also my unimate. dorg ni couple masa degree lg. kekal ko. couple aku je selamat kawin dgn org lain. kikiki. never mind. i dumped him ok. kalau de kawan2 syaida yg single, ejas kat yong ok. teehee.. *joke* dari dulu lg diorg ni mmg sweet2 couple. muka diorg mmg lebih kurang sama. suke je kitorg tgk. couple yg slalu study k. jangan memain2. thats why la sekarang ni both of em dah boleh kata success la dlm hidup masing2. syaida pun dah de MBA. hebat kan? 



yong doakan syaida dan wan sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik serta berjaya di dunia mahupun di akhirat. cepat2 dapat baby k. mintak maaf byk2 sebab tak dpt dtg masa wedding korg hari tu. peacee!!

Monday, April 18, 2011

pb in action

assalamualaikum semua..


lately ni, benda alah ni sering berputar-putar ligat di kepala saya. huhu. bila bukak fb je slalu appear status2 mcm yg saya dah cut n paste kat bawah ni, kat blog jangan cakapla. dah la saya ni mmg bangsa senang ter'influenced' dengan iklan. huhu.


Now i trust PB more than..no backpain 1 week b4 period..huhu..xde dh lenguh2 satu bdn like before wearing PB..


extremely happy..i cn wear my bby-T ms upm dlu tanpa bonjol2 kiri,kanan,tgh..huhu..ni semua sbb PB yg shaping me..lovveeeee it..(",


ni antara status kak atil my senior at KUSESS (i dont know whether she still remember me or not). and now she's one of the PB team. act, mmg dah lama sebenarnya saya research psl pb ni. some of my fren pun rasanya dah bernanah telinga dgr saya ckp nk beli pb. kikiki. cumanya, setakat ni belum ada lagi sedara atau rakan terdekat yg used pb yang boleh membuatkan saya betul-betul yakin to buy it. mahal mmg satu hal la, tp kesan yang betul2 jadi belum dapat dilihat dengan mata sendiri. about the price, yeah.. barang baik mestilah mahal sket.



being in a perfect shape sape yg tanak kan??? tipu la kalau perempuan tu langsung tak kesah pasal figure diorangkan. mcm saya ni pun, act, bukanla gemok mane pun..(oppsss). gebu2 tu adala sket, tp yg sy teruja pasal pb ni adalah sebab ia baik untuk kesihatan based dari research yg saya baca la. tapi sebab tak cuba lagi so, saya pun takleh nak ckp lelebih la kan. tgu saya pakai dulu baru sy share kat sini. alangkah bahagianya kalau ada org yg nak belikan.. as for now, pb jadi wishlist yg amat diinginkan la bt masa skrg ni. tgu kaching masyuk byk sket, then i'll go for it. jimat2la mana yg patut. huhu.



sorg my fren tgh try satu product penjagaan kesihatan, kalau hasilnya memberangsangkan.....kita tgkla macam mana...what can i do now, just control my diet, do sports regularly and drink lot of water. thats all. and every nite mimpikan pb. semalam baru je dapat kain kebaya dari sab yang saya kirim masa sab g indon, myb leh jd inspirasi untuk menjadi lebih slim. ngeee ;) ohh..btw, sape yg nak join kitorg main futsal dialu2kan k. every wed 6-7pm.



[update]: act, kalau de rezeki lebih dapat beli pb one day nnt, niat saya nak pakai pb bukan sebab nak seksi meksi ok. so not me. i just want to keep my body health. itu saje.

Sunday, April 17, 2011

Think about it

When one door closes, another opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one that has opened for us....

-Alexander Graham Bell

is true rite?? always happened in our life, me myself also.. hrmmmm

Saturday, April 16, 2011

jarang dah kan..

assalamualaikum semua..


perasan tak yang sekarang ni saya jarang update blog. emm.. sebab... sibuk tahap gaban... (boring dah kan dengan jawapan macam ni..)


sebenarnya.. bukanla sibuk mana pun. sebabnya sekarang ni, ada masalah hp. errrkkk. blur?? pe kaitan masalah hp dgn jarang update blog??? masalahnya adalah entah ape pasal bluetooth hp gagal berconnected dgn bluetooth notebook. cable hp pun dah ke mana dah peginya. makanya tak dapatla nak transfer gambar-gambar dlm hp ke notebook. berblog tanpa meletakkan gamba adalah sangat boring dan menghambarkan for me umpama menikmati ikan bakar tanpa kuah asam dan cili apinya. tak sempurna rasanya. ni pendapat saya la. sebab lain orang, of coz lain caranya kan? ada je blogger yg still ramai readers even though blog diorg tak de post banyak gamba. hehehe


nnt i'll fixed it. actually, banyak cerita yang saya nak update. rasanya tahun 2011 macam tahun yang best je :p teeheee :)


tetiba rasanya nak buat vlog. whattt?? ain nak buat vlog..berangan lah kau!! blog ko pun xde org nak baca, ni kan pulak vlog. kikiki

Sunday, April 10, 2011

dah beli baju raya?

hai korang!!!! assalamualaikum




lamanya kita tak bersua. heeeee. i kan baru balik dari bengkel last week. so, ni baru dapat bersenang-lenang siket. sket je pun, bukannya banyak. mana taknya, time weekend pun leh ade kje gak sket2. sebab now we all organizing one big conference kan, dats why la keje pun tak kira masa. yang penting kena siapkan gak. bersengkang mata woo nak siapkannya. 




berbalik pada tajuk post ni kan... jadi, u all dah beli baju raya ke? ke awal sangat soalan ni saya tanya?? tak kot. kita puasa bulan 7 kan, raya end august, so, dah tak lama lg dah tu. sekarang pun dh mid of April. kejap je tu. so dah beli belum??




tu la...alkisahnya gni. we all sefamily niatnya hari ni nak g Jakel/Alamoda searching for baju raya. tp memandangkan angah nak balik sekolah dia, so tak sempat la. jadinya kami menuju je trus ke Nilai 3 since tak jauh sgt dr rumah kan. tp tak banyakla pilihan kain yg cantik2. kain mmg banyak, tp mata tak rambang sangat nak memilih. hehehe. taste saya haruslah yang tampak exclusive. teeeheee. tp dah sampai sana kan, so beli jela selai dua cotton tuk pakai basahan g opis. jadila. dah round 5-6 kedai, style kain still sama. at the end takdela dapat baju raya. tsk tsk tsk.




conclusion, misi gagal hunting for baju hari raya. kikiki. next time la. kami sepeti biasa ada theme colour for 1st Syawal, so uols macamane?? dah de dah ke baju pilihan tuk hari raya? puasa dah habis ganti ke? oppsss...cer citer cer citer cer citer... :)

Tuesday, April 5, 2011

rindu

hye semua... assalamualaikum



rindunya nak update blog. sumpah nak update selalu, tapi busy sangat sekarang ni. ni pun update cepat2, sambil check paper. (kan dh dpt title dr skrg ni). hehehehhee



besok, lusa n tulat ada pulak bengkel at Residence Uniten. 



aiyoooo. tergendala lagi nak citer pasal FRIM. best wooo mandi manda kat frim. jom jom kita g sesama lak pasni.



kalau de kesempatan sy update okay.



do miss me :)) har har har. tetibe teringat kat tangan lemah gemalai usop wilcha. kikikiki

 saya mengaku saya bajet.. sukati :p