Saturday, February 19, 2011

senyum nyum nyum nyum



wouldn't it be great if we could just smile like this every single day :)

.
.
.
.





 
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

 
 
kami semua sudah boleh senyum meleret2 kegembiraan ;))
heeeee

Tuesday, February 15, 2011

hye semua

heee...assalamualaikum semua,

hari ni cuti sempena Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW bersamaan 12Rabiulawal. so uols buat pe? jalan2, duduk saje2 di rumah or dating?? oppss. almaklumlah semalam kan konon2nya diisytiharkan hari kekasih. xsesuai ok! hari kekasih or valentine or mende semua tu tak boleh rite. not nice. kalau kita sayang kan orang, tak kan la kita nak sayangkan org tu satu hari je kan? mestila hari2 kita kena sayang dia.

so, toksah la muda mudi zaman skrg ni lagha dengan benda mcm2 ni. sempena Maulidurrasul ni baik kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW. mudah-mudahan mendapat syafaat di akhirat kelak. amin ya rabb. insyaAllah.

Rasulullah dalam mengenangmu,
Kami susuri lembaran sirahmu,
Pahit getir perjuanganmu,
Membawa cahaya kemenangan...

.
.
.
.
.

Tak terjangkau tinggi pekertimu,
Tidak tergambar indahnya akhlakmu,
Tidak terbalas segala jasamu,
Sesungguhnya Engkau Rasul mulia,
Tabahnya hatimu menempuh dugaan,
Mengajar erti kesabaran,
Menjulang panji kemenangan,
Terukir namamu di dalam Al-Quran..


lately ni macam2 benda jadi. semoga saya mampu dan tabah menghadapinya. sigh***

viva punya story..ALHAMDULILLAH..everything went well. yippieeeeeee. yg ni saya update nnt k. till then. hope today is better than yesterday ;)

Friday, February 4, 2011

satar

assalamualaikum semua, ini bukan kisah aziz satar, or alif satar eh ;) ni kesah pasal satar bakar. errkk. betul ke?? kikiki

saya tak pernah makan satar, selalu je nampak org bakar-bakar kt pasar esp time kat bazar ramadhan. hehehe. dah lama nak try, tp bila sampai kat pasar tu, selalu je tak jadi. mesti makcik2 tu bengang kan?? hehehe. bukan pe, rasa nak try, tp takut tak termakan.

baru je minggu lps, after balik dr U*M time ni mmg lapar giler la sbb tak lunch kan, so round2 la kat area org jual makanan then ternampak la org jual satar ni. hohoho. ni la masa yg tpt tuk merasa. saya pun terus beli. korang rasa mahal tak satu cucuk RM1.20 ada dua ketul je. saya pun beli la dua cucuk. sbb sure org kat rumah confirm tak makan.


source

rasanya boleh la..tp ada hanyir sket la. eeww. psl ikan kan. huhu. tak tau la kalau org bakar tu tak berapa pandai or mmg mcm tu rasanya. satar ni asal terengganu kang?? nnt nak mintak kak nor buatla. teeheee..tak pun mintak adeq bawak jalang2 makang satar kat tpt yg best kat ganu..boleh dok??  hehehe. overall not bad la. cuma nnt nk cari kedai yg jual satar betul2 sedap.

to adeq: aku cakap je lebih nak dtg ganu..pah ceghoh mu tgu pung lum tntu sapa..cakap starang. ha3

Wednesday, February 2, 2011

Selamatkanlah pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir

assalamualaikum semua,

selagi Presiden Mesir tak berundur, selagi tu lah keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia terancam. tak tau la mane silapnya. Mungkin rakyat Mesir dah tak boleh terima lagi corak pemerintahan Hosni Mubarak sehingga sanggup melakukan demonstrasi untuk menjatuhkan beliau. bukan sesenang sesuka hati sesedap oren rakyat nak gulingkan kerajaan, ni kira dah tahap super gaban la kot diorg tak puas hati dengan Presiden diorang. takutkan.

ye la, mane tak takutnya, balai polis dah dimusnahkan, banduan dah berpeleseran sana sini. nauzubillah.. harap-harap takdela kecelakaan yang menimpa orang awam khususnya rakyat dan pelajar Malaysia.

kapal laut dan pesawat TUDM tu harap dapat datang cepat sket untuk memindahkan rakyat kita. kesian kat pelajar2 perempuan, ngan ibu2 mengandung, yg laki saya kesian gak tapi tak kesah sgtla psl diorg lelaki, tp yg perempuan tu. mesti dah nangis2 bengkak mata dah. kalau saya kat sana pun boleh bayangkan mesti dah mengucap banyak2 dah. huhu. semoga korang semua bertabah kat sana. kitorang kat Malaysia sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan korang. Amin.

ps: agak2 kalau student ni balik, diorang nak sambung balik tak study kat sane???

Tuesday, February 1, 2011

Dari Mata ke Hati

assalamualaikum semua..

lamanya rasa dah tak update blog ni kan. heheheheeee. tak update bukan bermakna tak bukak lgsung blog, bukak.. cuma no idea nak blog pasal ape. kalau hari2 nak citer pasal ape yg kita buat, boringla kan?? kan kan?? makanya blogwalking je la yg mampu.

Dari Mata ke Hati???

yes..i am really inspired by Prof Dr Muhaya herself. Melalui rancangan bual bicara motivasi "Dari Mata ke Hati" beliau, sangat membuka mata, menjentik minda dan hati terus menusuk masuk ke sanubari saya. teehee.. fuuuyooohh. kira saya yang agak "keras kepala" pun leh cair gak la. her words motivated me lot. macam ada satu aura bila dengar suara beliau. Penyampaiannya begitu ikhlas sekali, mmg sedap didengar. Lembut je tak dela mcm keta kebal. tututututu laju. heee. Bg yang tak berapa familiar, cop cop..ada ke org yang tak knl dgn Dr Muhaya ni?? Beliau merupakan...

Professor Dr. Muhaya Mohamad currently serves as Consultant Eye Surgeon and Director of PCMC Eye and Lasik Centre Prince Court Medical Centre, Professor of Ophthalmology of Universiti Kebangsaan Malaysia, and Adjunct Professor to International Islamic University of Malaysia. Currently, she is the Chairperson of Malaysian Medical Association Ophthalmological Society.
  

pandangan ikhlas saya.. first tgk Dr Muhaya..she is super gorgeous. cantik sgt. tutur katanya sangat tersusun. sekali tgk talk show beliau, rasanya rugi kalau ketinggalan satu episod. sangat positif dalam segala aspek. cara beliau memberikan motivasi lebih bersifat keibuan. mudah diterima, mudah difahami, yang penting cool. pendek katanya..yes! saya sangat admire beliau.

buat yang belum pernah menonton rancangan bual bicara motivasi beliau, saksikannya di Asro Oasis ch106 setiap ahad 7.30pm.

ps: info Dr Muhaya taken from here. don't foget to visit her facebook.