Monday, December 31, 2012

Sebagai penutup

muahahahahha. yer.. aku tau, thn ni tak byk upload gambar aku kan. nah... sebagai pengakhiran 2012. terimalah segedabak muka aku yg mmg bajet!!!!





menikmati CORNETTO sebagai reward kepada diri sendiri lantaran ke pejabat dengan jayanya pada hari ini. walhal di hati kecil membara-bara untuk cuti di saat akhir. bila suami dah keluar muqaddimah, maka i kalahlah.. hohoho..tak de la degil sgt kan aku ni. hehehehe

** my 2012 **

tahun yang mencatatkan entry paling kurang. heeee.. lets recap 2012

* JAN *
  • wedding alya awal 2012... my wish pada masa tu duk rapat2 dgn pengantin hope aura pengantin melekat kat saya..hahahhaa... (and....lucky me!!! it works!!)
  • dapat anak buah baru..muhammad muiz
  • end pensyarah sambilan at UKM for two semester

 * FEB *
  • jalan-jalan ke Langkawi dengan research group  
  • jalan-jalan ke Pekan Baru, Indonesia dengan rakan-rakan

 * MAC *
  • hp baru. heeee
  • I'm hired..yippie!!
  • kenduri aqiqah muiz and birthday celebration for muaz

 * APRIL *
  • kursus sangat banyak masa ni..exhausted

 * MEI *
  • posting at Melaka.. to be exact at Kolej Komuniti Jasin
  • my parents and sister pergi umrah
  • my majlis merisik comes to engagement day

 * JUN * 
  • jalan-jalan ke Terengganu sambil ke wedding kak nor
  • i love terengganu...yeah.. because of sutera batik, keropok lekor and the beach.. i guess

 * JULAI >>> OCT *
  • wedding preparation. sangat penat.. but now really missed that moment

 * NOV * 
  • I'm blissful married 10.11.12

 * DEC * 
  • mission 2012 rasanya accomplished!! thanks ALLAH

doaku agar 2013 dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia..and tanak jauh2 dengan suami..hopefully. and jadi isteri yg solehah, manja and tak garang2 lagi. hahahaha. oh my ;))





ok... welcome 2013



Friday, December 28, 2012

Majlis Bertandang

Tiba-tiba kan dah terus masuk majlis bertandang. hahahaha. majlis kat umah sendiri tak cover lagi kan. heee. ikut suka i la kan. Sebab apa jadi gni? sebab gambar xde lagi. boleh? ok.. belah suami kita buat a week after side kitorang. kekangan kejauhan kan, itu je la pilihannya. warna tema adalah hijau. hijau pucuk pisang utk pengantin. baju pengantin tak penah fitting pun, mmg semuanya adalah pilihan kakak ipar dan suami. makanya redha je la. hahahaha.

gerak dari KL pukul 9.30 pagi, kesemuanya ada 6 kereta + 1 kereta dari kelantan.konvoi pun xde laju sgt, cuaca pun baik. sampai kuala terengganu dalam pukul 6.00 petang gtu.

few family members, yg belah belakang tu dh khusyuk makan
homestay memang terbaik, selesa dan besar. cuma takde aircond je. hahaha. tp ok la. sebelah malam after makan2, pasang bunga telur pulak.


esoknya after breakfast, semua org golek2 lagi sebab majlis start kul 12.30 gtu.. so..lepak2 je la menghabiskan masa tgu 12.30.. dalam pukul 10.30 gtu mak andam baru sampai.. kerja conteng muka pun bermula..

eh??? dah siap dah.. posing2 dulu before pukul 12.30. heeee


dapat sign leh gerak, maka kami pun menuju la ke destinasi kg gelam..





heee...perut tak leh nk control...hahahahahha

dah mula berlengas2 masa ni.. peluh dah tik tik tik menitik..huuuuu

my lovely parents



ni baru betul makan beradab...hahahaha


my new family...
Majlis kat belah terengganu sampai ke malam pun ada yg datang lagi. and satu perkara yg aku baru tau adalah di mana tetamu dtg dan menghulur kepada pengantin perempuan which is kalau kat belah kl tak penah pulak mcm tu. biasanya tetamu akan hulur pada ibu bapa pengantin. kikiki. i pun yg mata $$$$$$ ni pun kaut je la. hahahahaha. tp masukkan la balik dalam beg mak mertua ku. heee.

thank you so much kawan2 yg datang kat side tganu esp to adeq, firdaus and zubai. pasni insyaallah dah dekat ni bolehla kita jumpa selalu. heeeee.. tu saje..

 petang tu dah mula naik motor dgn suami I pusing2 kampung lalu tepi pantai. wow!! happy uols :)


Wedding Review: Mas Kahwin

nilai mas kahwin utk pengantin di selangor telah ditetapkan oleh JAIS sebanyak min RM300.00. lebih tu terpulangla kan ikut kemampuan suami. kes aku, suami nak bg RM313.00. aku pun xpaham nape perlu ada belasan ringgit di belakang tu. hahaha..buat nyusahkan nak sebut je masa akad nikah nnt. tp dia confident gak, terpulangla. aku suggest bagi lima ratus je..sonang nk sebut kan. kikiki.. dasar isteri bermata $$$$$..hahahahaha. kita terimalah seadanya.. kalu ikut hukum pun, biarlah yang besederhana je kan. baiklah.. saya terima seadanya mas kahwin dari abg..hiks.

album mas kahwin

tgk tu... tangan tak sabar2 nak amik duit... hahahahaha..dasarr

cek duit hantaran..

Kalau kat Selangor, mas kahwin ni kira lum sum apa sahaja jenis duit belanja atau segala mcm duit yang diterima oleh pengantin perempuan itu semua kena declare mas kahwin which is kena sebutlah masa lafaz akad nikah. act, kitorg mula2 mcm nak hidden kan la jumlah duit hantaran tu, but since ust reza (pendaftar nikah) cakap kena campurkan jugak makanya bertambah besarlah nilai mas kahwin aku. hahahaha. acik kayo ;)) kena la pengantin lelaki practice byk kali biar senang nak sebut nnt. nnt aku upload video lafaz akad nikah. confident sgt laki i okay..macam hafal skrip.. tp, aku ada sedikit ralatla sampai ke hari ni or mungkin sampai bila2 sbb masa time lafaz tu aku dalam bilik..omaigod.. sooooo sad ;(


Wednesday, December 26, 2012

Kad Perakuan Nikah JAIS

kita dah ada kad nikah uolsss. ni la dokumen yg paling penting memandangkan kami ni kan buat masa ni pjj.. so kad ni la sebagai bukti untuk kami ke mana-mana sahaja berdua-duaan dengan bebas. hahahaha. bagi pengantin yang bernikah di selangor, untuk urusan kad nikah ni senang je.




lepas settle akad nikah, segala dokumen urusan pernikahan  yang kita isi tu (borang 2B dan 2C) akan dihantar terus oleh pendaftar nikah di pejabat agama. then, korang cek la selalu kat website NCR, JAIS tengok urusan sijil nikah. if dah ada details tarikh kita kahwin maksudnya surat nikah kita dah siap la. kalau nak lg senang, call je tanya dah siap belum. then, bila nak amik surat nikah make sure suami isteri mesti ada sebab nak proof read details pada surat nikah tersebut dan perlu tanda tangan. untuk urusan kad nikah pula, yg ni sebenarnya optional dan ia adalah berbayar sebanyak RM40 untuk dua kad. siap dalam masa 5 hari waktu bekerja selepas kita submit surat nikah. waktu ambil kad tu, salah sorang je ada pun dah boleh.. ok la.. tu je.. masih lagi menunggu gambar nikah.. huhuhu. story board je dah siap.. ;(


Sunday, December 9, 2012

Inspirasi warna baju sanding

oh yeah.. dah mula berkira-kira untuk review sedikit demi sedikit tentang my wedding. tapi sebelum masuk bab tu masih lagi tak habis tentang colour theme yang dipilih.

kali ni nk bagitau macam mana boleh terpikir nak pakai baju kaler purple, as my previous entry here, i cakap pemilihan warna tema majlis perkahwinan according to the colour baju yang dipilih. act, xdela 100% tepat sgt. ngeh ngeh ngeh. mcm b2b yg lain gak, mesti dah ada pilihan warna yg berkenan dalam hati kan kan kan??. so kena doa2 gak la agar butik yg kita pilih tu ada warna seperti yang kita idam-idamkan. heeee. alkesahnya gtu.. (c my sentence eh.. "doa2 gak la agar butik yg kita pilih tu ada warna seperti yang kita idam-idamkan.") ni pun adventure gak on how me choose the vendor for my wedding. aku pilih vendor dulu, aku booked, aku bayar depo tanpa tgk apakah baju yg disediakan. maha hebat!!! kih kih kih. naik senak perut ahli keluargaku. but knowing me, i know what is the best n suit me..wahhh.. ni nnt cover ngan entry vendor k.

terus terang before decide warna idaman, aku dah go through ex-b2b punya blog. banyakla pilihan warna yang menarik. tp secara ringkas, warna yg sgt menarik and attract me more adalah warna dress ex-b2b terkenal kina. aku mmg tak knl dia, tp sejak2 nak kawin hari tu active gak la memasuki dunia b2b, maka go through b2b's link and akhirnya terjumpa blog dia n terkesima gak la dengan colour outfit dia. mmg cantik. dlm hati terus berkira2 i want this colour! i want it!

**pic: blog Kina



tapi persoalannya sesuai ke dgn kulit aku yg tak berapa nak cerah sgt tu. lantakla kan. hehehe. tp pokoknya itulah warna yg aku nak dalam hati dan berdoa banyak2 agar vendor ada colour yg sedemikian. heeee..

Masih lagi tentang anak buah

ye.. belum tamat lagi kesah anak2 buah ku. (mode: sedang merindui mereka teramat-amat sangat).

dengan pecah rekodnya weekend di merlimau dengan jayanya. hohohoho. this is really for the first time bermalam pada hujung minggu di Merlimau tanpa sebarang aktiviti yang panjang membuatkan diriku betul2 kebosanan. urrgghhhhh. kalau balik umah mak, tak terkejar masa tu, tp bila kat sini, aigoooo lambatnya masa berlalu. tsk tsk tsk.. sampai merajuk2 dengan suami sebab membiarkan isteri keseorangan. hahahahaha. hate it..

lupakan kesahku sebentar.. jom tgk sat dengan video lama yg aku jumpa..

video


video


video

bila tgk video2 ni, rasanya cepat sangat abg membesar..hoho..acu rindu aaz yg kecik.. la ni dah big boy ngan kita2 dia ajak gusti.. sabor je la..makcik ko ni gegirl ok. mana leh ganas2. iiz jgn cpt sgt besar ye.. video iiz tak byk..nnt acu balik, acu akan cuba merakam saat2 iiz kecik okiesss.. layan lagi video2 lama.. time flies oh nooo.. cepatlah weekend ni.. adoiiii

** aaz dan iiz adalah nama manja muaz n muiz yg mak ngah bagi..


Monday, December 3, 2012

anak-anak buah

buat masa sekarang ni aku ada dua orang anak buah.. yang pertama muaz.. yang kedua muiz.. dua-dua comellllll sangat. yang ketiga kita tunggulah nanti kan..

 **** MUIZ ****










 **** MUAZ ****








ni nak citer pasal kedua-duanya. masing-masing dah pandai menunjukkan pe-el masing-masing. adik jealous kat abg, abg jealous kat adik, especially bila dua-duanya berada di rumah wan. bila adik minum nenen dengan wan, masa tu la abg nak basuh yak (berak) dengan wan.. bila abg nenen dengan wan, time tu pulakla adek terkedek-kedek menempel dekat wan, mintak amik dia. masa ni dua2 bolayan kan mama dia gara-gara berebutkan wan. hahahahaha. sampaikan wan terpaksa meriba abg, dalam masa sama ribakan adik jugak. alahai dua-dua cucu wan. wan pulak jenis tak sampai hati melihat cucu-cucunya. maka timbullah pelbagai adegan antara adik dengan abang. ni baru dua orang dah rebutkan wan.. nnt bila ada anak aku sendiri nnt***.. eh??? ada dah ke??  heeeee ;))) kikiki.

** belum lagi la...usaha tangga kejayaan #harie anuar